Tengku Hasanal Jaga Kemuliaan Dan Gelaran Darjah Kebesaran Negeri Pahang


 
PEKAN -- Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengingatkan semua penerima darjah kebesaran negeri Pahang agar menjaga kemuliaan dan gelaran yang diberikan kepada mereka.
Tengku Hassanal bertitah peringatan itu juga terpakai kepada bakal penerima darjah kebesaran tersebut, yang mana baginda menegaskan bahawa “setiap kurniaan di bumi Allah datang bersama tugas dan amanah yang wajib dijunjung.”
"Jangan sesekali bersikap riak dan angkuh, sebaliknya ambil resmi padi yang semakin berisi semakin menunduk. Berilah sumbangan sebaiknya kepada negeri dan rakyat beta," titah baginda semasa menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.
Pada istiadat itu, Tengku Hassanal berkenan menyempurnakan pengurniaan darjah kebesaran kepada 56 penerima termasuk lapan kekanda dan adinda baginda yang masing-masing menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri dan darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera.
Tengku Hassanal pada titah itu juga menitipkan doa supaya Allah SWT terus mencorak, membentuk, mendidik dan mengurniakan perkara yang baik kepada ayahanda baginda yang kini bersemayam di Istana Negara selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga Tengku Ampuan Pahang. 
Merujuk kepada nama pilihan Seri Paduka, Tengku Hassanal bertitah nama yang bermaksud “Sultan sebagai hamba Allah, pembela agama yang terpilih oleh Allah” adalah hasrat Seri Paduka supaya sentiasa menjadi doa dan mendapat limpah perkenan Allah dalam menjalankan amanah yang diberikan.
"Keterikatan baginda (Seri Paduka) kepada Allah mewajibkan baginda untuk bersikap adil kepada semua bangsa, agama atau taraf hidup, menjaga keamanan negara dan menegakkan kebaikan.
"Titah nasihat baginda serta contoh teladan yang dipamerkan tidak lain hanya melambangkan keikhlasan dan kasih sayang tulen dalam hati baginda kepada rakyat, bukan hanya di peringkat negeri bahkan ke seluruh negara yang secara tidak langsung, menjadi contoh yang baik dan menaikkan nama negara di mata dunia," titah Tengku Hassanal.
Tengku Hassanal juga mengingatkan rakyat agar mengekalkan perpaduan, mempertahankan nilai murni, sentiasa menjaga batas dan adab walaupun semasa berdepan cabaran, supaya amanah yang digalas dilaksanakan mengikut ilmu dan bukannnya emosi.
Tanpa sikap yang baik seperti itu, Tengku Hassanal bertitah boleh menyebabkan kuasa dan amanah yang diberikan tersasar daripada jalan yang benar sehingga boleh mengakibatkan hilang integriti, rasuah berleluasa, pecah amanah dan perpecahan serta pergaduhan.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada persembahan ucapan sembah taat setia menjunjung kasih kepada Tengku Hassanal kerana melanjutkan perkhidmatan beliau bersama 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berakhir pada 14 Mei lalu sehingga pembubaran Dewan Undangan Negeri ke-14.
Wan Rosdy berkata lanjutan itu membangkitkan semangat mereka untuk terus menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat menerusi pendekatan “mesra rakyat, mesra pelabur.”
Beliau seterusnya berkata Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan  Agong telah menzahirkan tahap diplomasi tertinggi kepada rakyat Malaysia, yang sebelum ini sikap mulia itu sudah lama diketahui rakyat Pahang.
"Ini termasuklah peribadi secara spontan dan menurut gerak hati seperti membantu rakyat kemalangan jalan raya atau menjengah ke gerai di tepi jalan hingga terbit rasa kecintaan dalam kalangan rakyat Malaysia … seperti pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya, sikap mulia ini telah ternampak diwarisi oleh Tuanku (Tengku Hassanal)," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/tengku-hasanal-jaga-kemuliaan-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Permaisuri Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang

Agong Permaisuri Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 409 hits
PEKAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Jamuan Tengah Hari Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke 61...
Lapan Orang Anakanda Agong Terima Darjah Kebesaran Pahang Hari Ini

Lapan Orang Anakanda Agong Terima Darjah Kebesaran Pahang Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 1059 hits
KUANTAN Lapan anakanda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ialah antara 58 penerima darjah kebesaran pada Istiadat Pengurniaan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 61 Sultan Pahang hari ...
Datuk Naresh Didakwa Tipu Darjah Mahkota Pahang

Datuk Naresh Didakwa Tipu Darjah Mahkota Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 353 hits
Oleh Siti Rohaizah Bt Zainal V Vicknes menghadapi empat pertuduhan termasuk memperdaya menguruskan darjah kebesaran Mahkota Pahang di Mahkamah Majistret Klang Selangor KLANG Seorang penganggur didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini atas ...
Tengku Maimun Arshad Di Anugerah Tun Dr Noor Hisham Dapat Anugerah Gelaran Tan Sri

Tengku Maimun Arshad Di Anugerah Tun Dr Noor Hisham Dapat Anugerah Gelaran Tan Sri

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 442 hits
KUALA LUMPUR Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro Canselor Universiti Teknologi Mara Tan Sri Dr Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 hari ini Tengku Maimun dan...
Pilihan Raya Negeri Sabah Mungkin Tak Akan Berlaku

Pilihan Raya Negeri Sabah Mungkin Tak Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 382 hits
Dua peristiwa penting bakal berlaku di Sabah pada 17 Ogos ini Pertamanya ialah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada tindakan Yang di Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah boleh dibicarakan di m...
Istana Negeri Sabah Sangkal Tapi Surat Bubar Dun 29 Julai Bukti Rancangan Lebih Awal Shafie

Istana Negeri Sabah Sangkal Tapi Surat Bubar Dun 29 Julai Bukti Rancangan Lebih Awal Shafie

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 362 hits
TYT kata tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah Bagaimana mahu terima jika rancangan bubar DUN sudah diterima pada 29 Julai lagi Hanya 30 Julai Shafie umumkan secara rasmi Maksudnya TYT memang tidak mahu bertemu Musa dan ADUN KOTA KINABAL...
Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand Jakoa Bantu Komuniti Di Empat Negeri

Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand Jakoa Bantu Komuniti Di Empat Negeri

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 521 hits
Kuala Lumpur 07 Ogos 2020 Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID 19 Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia sedang bekerjasama dengan Ayam Brand bagi membawa kempen kebajikan komun...
Covid 19 Hanya Tiga Negeri Ada Individu Dari Kluster Sivagangga

Covid 19 Hanya Tiga Negeri Ada Individu Dari Kluster Sivagangga

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 348 hits
MELAKA 8 OGOS Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan hanya tiga negeri iaitu Kedah Perlis dan Pulau Pinang merekodkan individu positif Covid 19 dari Kluster Sivagangga kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba Beliau berkata satu kes pos...
33 Adun Sabah Fail Permohonan Halang Pilihan Raya Negeri

33 Adun Sabah Fail Permohonan Halang Pilihan Raya Negeri

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 296 hits
KOTA KINABALU Usaha pembangkang untuk mengambil alih kerajaan negeri mungkin telah gagal tetapi kini 33 Adun yang diketuai bekas ketua menteri Musa Aman membawa kes mereka ke mahkamah Mereka mempersoalkan pembubaran Dewan Undangan Negeri ol...
Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Dakwa Kerajaan Derhaka Titah Agong

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

Biaya Pembangunan Masjid Raya Al Jabbar 207 M Dari Dana Pinjaman 3 4 T

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Malaysia Rolls Out Generative Ai Tool To 445 000 Civil Servants

Mechanic Caught By Jpj For Not Renewing His Road Tax For 23 Years

Bufet Ramadan 2025 Merentasi Tradisi Pentas Citarasa Di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Panduan Lengkap Solat Sunat Tahiyatul Masjid