Covid 19 Hanya Tiga Negeri Ada Individu Dari Kluster Sivagangga


MELAKA, 8 OGOS: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan hanya tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, merekodkan individu positif Covid-19 dari Kluster Sivagangga, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata satu kes positif Covid-19 yang dilaporkan dari kluster sama di Selangor semalam, masih dalam siasatan, manakala dua kes di Perak merupakan kes Influenza-Like Illness (ILI).
“Sehingga semalam, kita dapati kluster Sivagangga yang bermula di Kedah telah menular ke Kubang Pasu, Padang Terap dan Kulim. Oleh kerana Kubang Pasu berjiran dengan Kuala Sanglang di Perlis, maka Perlis ada kes dan yang terkini ialah Sungai Bakap di Pulau Pinang.
“Kita masih meneruskan usaha dan kita minta mana-mana individu yang merasakan diri mereka ada kontak dengan kluster Sivagangga, bermula 13 Julai hingga sekarang untuk tampil ke hadapan, kerana kluster ini melibatkan bukan sahaja pengunjung kedai tersebut, tetapi ada antara mereka merupakan pemandu lori dan mereka balik ke kawasan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis Dua (Delima) di Batu Berendam, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata Kementerian Kesihatan sedang berusaha mengawal sepenuhnya penularan wabak Covid-19 melibatkan kluster berkenaan, menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar di kawasan terlibat.
Katanya, pengesanan kontak dan saringan melibatkan seramai mungkin yang mempunyai simpton atau bergejala berkaitan kluster Sivagangga perlu dilakukan, bagi memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, sehingga kini Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga, mencatat 43 kes positif Covid-19.
Dalam perkembangan lain Dr Adham berkata, Kementerian Kesihatan akan menyemak semula sistem pendawaian, termasuk perangkap kilat di 46 hospital yang berusia lebih 50 tahun di seluruh negara secara berperingkat, bagi mengekang sebarang insiden buruk seperti kebakaran dan gangguan ketika pembedahan sedang berlangsung.
Beliau berkata, salah satu hospital iaitu Hospital Sultanah Aminah di Johor yang kini berusia lebih 100 tahun, akan dilaksanakan pendawaian semula melibatkan kos projek berjumlah RM114 juta, yang akan dimulakan dalam masa terdekat.
“Kita akan masukkan senarai 46 hospital berkenaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan di peringkat kerajaan khususnya Unit Perancang Ekonomi, telah memberi persetujuan untuk kita memulakan permohonan bagi kerja membaik pulih sistem pendawaian.
“Apabila lebih 50 tahun, bermakna kita kena semak balik sistem pendawaian termasuk perangkap kilat, kerana bekalan elektrik tidak boleh terputus ketika pembedahan sedang dijalankan, atau sekiranya pesakit Covid-19 sedang menggunakan ventilator atau pesakit sedang menjalani rawatan hemodialisis,” katanya.
Sementara itu, Dr Adham berkata Klinik Kesihatan Batu Berendam, yang kos pembinaannya berjumlah RM22.2 juta di tapak seluas 2.02 hektar itu, dijangka beroperasi awal September ini.
Beliau berkata, Klinik Kesihatan Jenis Dua itu, yang mula dibina Oktober 2017 dan siap sepenuhnya pada 29 Mac lepas, bakal menyediakan perkhidmatan kepada kira-kira 38,000 penduduk di kawasan Batu Berendam.
Antara perkhidmatan yang akan disediakan ialah jabatan pesakit luar, klinik pergigian, klinik ibu dan anak, ruang farmasi dan makmal, unit kecemasan, unit pengimejan, selain mempunyai kuarters kakitangan.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/08/covid-19-hanya-tiga-negeri-ada-individu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kluster Pui Sivagangga 45 Positif Covid 19 Merebak Ke Tiga Negeri

Kluster Pui Sivagangga 45 Positif Covid 19 Merebak Ke Tiga Negeri

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 287 hits
Seramai 45 individu dikesan positif COVID 19 dalam Kluster PUI Sivagangga setakat hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua mereka disaring daripada 4 636 orang di tiga negeri iaitu Kedah Perlis dan Pulau...
Kluster Sivagangga Kkm Saring 262 Individu Lapan Dikesan Positif Covid 19

Kluster Sivagangga Kkm Saring 262 Individu Lapan Dikesan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR 31 JULAI Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan ujian saringan Covid 19 terhadap 262 individu dalam kluster PUI Sivagangga di Kedah dan lapan daripadanya dikesan positif setakat hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk...
Terkini Kluster Sivagangga 425 Orang Telah Disaring 21 Sah Positif Covid 19 Dr Noor Hisham

Terkini Kluster Sivagangga 425 Orang Telah Disaring 21 Sah Positif Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 424 hits
By 3 August 2020Perkembangan terbaharu Kluster Sivagangga di Kubang Pasu Kedah menyaksikan seramai 425 orang telah disaring setakat 12 tengahari ini Daripada jumlah itu 21 kes dikesan positif Covid 19 manakala 362 negatif dan 42 kes masih m...
Covid 19 Kluster Sivagangga Merebak Ke Perlis Pulau Pinang

Covid 19 Kluster Sivagangga Merebak Ke Perlis Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 389 hits
Daripada 12 jangkitan baru hari ini membabitkan kluster Sivagangga 10 kes di Perlis dan 1 di Pulau Pinang
Covid 19 12 Daripada 16 Kes Penularan Tempatan Babit Kluster Pui Sivagangga

Covid 19 12 Daripada 16 Kes Penularan Tempatan Babit Kluster Pui Sivagangga

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 352 hits
SHAH ALAM 7 OGOS Sebanyak 25 kes baharu Covid 19 dilaporkan hari ini dengan 16 merupakan penularan tempatan kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 12 kes jangkitan dalam negara berkait kluster PUI Sivagangga den...
Covid 19 Fakta Kluster Sivagangga

Covid 19 Fakta Kluster Sivagangga

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 416 hits
Covid 19 Fakta Kluster SivaganggaUntuk pengetahuan semua Kluster Sivagangga merupakan jangkitan import yang dibawa oleh seorang individu yang merupakan pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai yang lalu Dia merupak...
Covid 19 Kluster Pui Sivagangga Di Kedah

Covid 19 Kluster Pui Sivagangga Di Kedah

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 520 hits
Assalamualaikum Selamat petang Hari kedua dalam bulan Ogos 2020 Ramai yag masih bercuti Dan ada yang pulang ke kampung bersempena Aidil Adha Pemakaian pelitup muka telah diwajibkan di tempat awam Jangan lupa pakai mask jika tak nak kena kom...
Covid 19 Kluster Sivagangga Di Kedah Adalah Contoh Penularan Semula Jaga Sop

Covid 19 Kluster Sivagangga Di Kedah Adalah Contoh Penularan Semula Jaga Sop

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 381 hits
1 Kluster Sivagangga akibat seorang pemastautin tetap yg pulang dari India tapi GAGAL mematuhi syarat Kuarantin Kendiri di rumah adalah contoh penularan semula boleh berlaku meskipun Kedah telah diisytiharkan sebagai Zon Hijau 2 Kesilapan K...
Hanya 2 Hari Individu Kuarantin Akan Ditahan Jika Masih Gagal Jalani Ujian Saringan Covid 19 Ke 2

Hanya 2 Hari Individu Kuarantin Akan Ditahan Jika Masih Gagal Jalani Ujian Saringan Covid 19 Ke 2

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 288 hits
Hanya 2 hari Individu kuarantin akan ditahan jika masih gagal jalani ujian saringan Covid 19 ke 2Seramai 2 897 individu yang dikuarantin wajib di rumah selepas pulang dari luar negara sehingga kini tidak melaksanakan ujian itu pada hari ke ...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih