33 Adun Sabah Fail Permohonan Halang Pilihan Raya Negeri



KOTA KINABALU: Usaha pembangkang untuk mengambil alih kerajaan negeri mungkin telah gagal, tetapi kini 33 Adun yang diketuai bekas ketua menteri Musa Aman membawa kes mereka ke mahkamah.
Mereka mempersoalkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin pada 30 Julai lepas.
Pembubaran itu membuka jalan kepada pilihan raya kilat negeri (PRN). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikhnya dalam masa terdekat.
Kumpulan wakil rakyat itu memfaikan semakan kehakiman terhadap keputusan Juhar.
Kertas mahkamah difailkan oleh FT Ahmad dan Rakan Isnin lepas dan permohonan itu dijangka didengar esok.
FMT cuba menghubungi peguam terbabit, tetapi gagal mendapatkan komen.
Kumpulan Adun ini memohon injunksi terhadap pembubaran DUN dan mempersoalkan permohonan bertulis daripada Mohd Shafie Apdal, yang kini merupakan ketua menteri sementara, kepada Juhar supaya membubarkan DUN.
33 Adun tersebut menamakan Juhar sebagai responden pertama; Shafie, SPR dan kerajaan negeri sebagai responden ke-2, ke-3 dan ke-4 dalam tindakan undang-undang mereka yang dijangka akan mencabar kuasa perlembagaan Yang di-Pertua Negeri Sabah.
33 pemohon terbabit adalah Musa yang merupakan Adun Sungai Sibuga, Bolkiah Ismail (Pitas), Julita Majungki ( Matunggong), Anita Baranting (Tandek), Musbah Jamli (Tempasuk), Japlin Akim (Usukan), Jahid Jahim (Tamparuli), Hajiji Mohd Noor (Sulaman), Joniston Bangkuai (Kiulu), Kenny Chua (Inanam), Ghulam Haider Khan (Kawang), Mohd Ariffin Ariff (Membakut), Isnin Aliasnih (Klias), Limus Jury (Kuala Penyu), Matbali Musah (Sindumin), Dr Joachim Gunsalam (Kundasang), Masidi Manjun (Karanaan), Abidin Madingkir (Paginatan), Jeffrey Kitingan (Tambunan), Robert Tawik (Bingkor), Jamawi Jaafar (Kemabong), Ellron Angin (Sook), Bobbey Suan (Nabawan), James Ratib (Sugud), Abdul Rahman Kongkawang (Labuk), Masiung Banah (Kuamut), Saddi Abdul Rahman (Sukau), Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Hamisa Samat (Tg Batu), Abdul Muis Picho (Sebatik), Osman Jamal (Balung) serta Adun dilantik Ronnie Loh dan Jaffari Waliam.
Minggu lepas Musa mendakwa mendapat sokongan daripada 33 Adun untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.
Awal minggu ini, 3 individu memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi menghalang PRN berikutan wabak Covid-19.
Peguam Marcel Jude dan ahli perniagaan Magret Binsing serta Tessa Romana mahu mahkamah membatalkan persetujuan Juhar untuk membubarkan DUN.
Mereka juga memohon perintah untuk menghalang pengerusi SPR daripada menjalankan PRN, melainkan perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19 ditarik balik.
#Sumber : FMT   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/33-adun-sabah-fail-permohonan-halang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 721 Bn Dan Sekutunya Bakal Bertanding Kesemua Kerusi Di Pilihan Raya Negeri Sabah

Rentasan 721 Bn Dan Sekutunya Bakal Bertanding Kesemua Kerusi Di Pilihan Raya Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 283 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 721 1 PULAU PINANG TOLAK POLITIK DENDAM PERIBADI 2 PERIKATAN NASIONAL BEREBUT KERUSI DI SABAH 3 AKHIRNYA RUU355 TERKAPAR DI LAUTAN ALASAN 4 KLEPTOKRASI MANA BUKTI NAJIB DIZALIMI
Pilihan Raya Negeri Sabah Mungkin Tak Akan Berlaku

Pilihan Raya Negeri Sabah Mungkin Tak Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 389 hits
Dua peristiwa penting bakal berlaku di Sabah pada 17 Ogos ini Pertamanya ialah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada tindakan Yang di Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah boleh dibicarakan di m...
Pilihan Raya Negeri Shafie Menghadap Ydp Sabah Sidang Media 10 Pagi

Pilihan Raya Negeri Shafie Menghadap Ydp Sabah Sidang Media 10 Pagi

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 300 hits
Hariz Mohd Perhatian kini tertumpu kepada ketua menteri Sabah Shafie Apdal yang dijadual mengadakan sidang akhbar jam 10 pagi dipercayai berkaitan pertemuan dengan Yang di Pertua Negeri Juhar Mahiruddin malam tadi Menurut sumber dari kem pr...
Suruhanjaya Pilihan Raya Telah Terima Pemakluman Rasmi Pembubaran Dun Sabah

Suruhanjaya Pilihan Raya Telah Terima Pemakluman Rasmi Pembubaran Dun Sabah

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 338 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menerima pemakluman rasmi dari Dewan Undangan Negeri Sabah semalam berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke 15 kata Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak Beliau berkata berdasarkan Perkara 21 Per...
Anwar Tak Setuju Cadangan Pilihan Raya Di Sabah

Anwar Tak Setuju Cadangan Pilihan Raya Di Sabah

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 286 hits
PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan pilihan raya negeri di Sabah susulan dakwaan bekas ketua menteri Musa Aman mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru Pengerusi Pakatan H...
Pilihan Raya Negeri Sidang Media Shafie Dijadualkan Jam 10 Pagi Ini

Pilihan Raya Negeri Sidang Media Shafie Dijadualkan Jam 10 Pagi Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 268 hits
Ketua menteri Sabah Shafie Apdal telah dijadual akan mengadakan sidang akhbar jam 10 pagi ini dipercayai berkaitan pertemuan dengan Yang di Pertua Negeri Juhar Mahiruddin pada malam tadi Menurut sumber pertemuan di Istana Negeri Sabah di Ko...
Pilihan Raya Cara Terbaik Selesai Kebuntuan Di Sabah Kata Penganalisis

Pilihan Raya Cara Terbaik Selesai Kebuntuan Di Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 351 hits
PETALING JAYA Tiga penganalisis menyambut baik Yang di Pertua Sabah bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri langkah yang boleh membuka laluan kepada pilihan raya kilat di negeri itu Awang Azman Awang Pawi Azmi Hassan dan James Chin berk...
Penganalisis Politik Pilihan Raya Kecil Dun Slim Wadah Pejuang Untuk Test Market

Penganalisis Politik Pilihan Raya Kecil Dun Slim Wadah Pejuang Untuk Test Market

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim menjadi medan ujian kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad menguji sambutan orang ramai terhadap parti baharu mereka Penganalisis Politik dan Media Sosial dari Universiti Teknologi Mara P...
Rentas Negeri Hari Raya Aidiladha Di Benarkan Patuhi Sop

Rentas Negeri Hari Raya Aidiladha Di Benarkan Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 795 hits
Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua sahabat sahabat Naim harap semua baik baik belaka Pada sidang media harian PKPP tadi Menteri Kanan Pertahanan Dato Seri Ismail Sabri telah mengumumkan kebenaran rentas negeri dibenarkan di baw...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung