Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025




SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menghapuskan sistem kadar tambang secara tawar-menawar (bidding) serta menetapkan kadar tambang lantai e-hailing demi memastikan keadilan kepada semua pihak dalam industri.
PPIM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengakui sistem tambang bidding memberikan kelebihan tertentu kepada pengguna namun kebajikan dan kelangsungan pendapatan pemandu e-hailing tidak boleh diketepikan.
Menurutnya, ini kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang bergantung sepenuhnya kepada sektor ini sebagai sumber rezeki.
"Amat mengelirukan dan tidak konsisten apabila perkhidmatan teksi dilarang daripada menjalankan tawar-menawar tambang, sedangkan perkhidmatan e-hailing pula dibenarkan walaupun Menteri Pengangkutan sendiri menyatakan bahawa kementerian tidak pernah membenarkan sistem tambang 'bidding' beroperasi di Malaysia.
"Justeru, MOT dan APAD seharusnya menggubal dasar yang lebih adil, seimbang dan menyeluruh kepada keseluruhan ekosistem industri gig sektor e-hailing, merangkumi pengguna, pemandu serta syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing (EHO), tanpa menyebelahi mana-mana pihak," katanya pada Rabu.
Sebelum ini, APAD dalam kenyataan memaklumkan kerajaan tidak mengawal selia dasar tambang bagi perkhidmatan e-hailing dan penetapan kadar tambang ditentukan konsep permintaan dan penawaran.
Katanya, perkhidmatan e-hailing adalah satu perkhidmatan gig ekonomi yang bersifat pasaran terbuka dan operasi syarikat adalah berbeza-beza.
Tambah PPIM, isu penurunan kadar tambang kini menjadi semakin kritikal dan tidak terkawal.
Jelasnya, ia berlaku sejak pelaksanaan sistem tambang 'bidding' di Malaysia, sehingga menekan pendapatan pemandu serta menjejaskan kelestarian industri dalam jangka panjang.
"PPIM menegaskan bahawa syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing seharusnya bersaing secara sihat melalui peningkatan kualiti perkhidmatan, bukannya melalui perang harga yang akhirnya menjadikan pemandu sebagai mangsa.
"Selain itu, sehingga ke hari ini, kerajaan dilihat masih gagal menyelesaikan isu-isu utama yang membebankan pemandu, termasuk kenaikan kos insurans e-hailing serta kegagalan menangani isu kuota Budi Madani Ron95 (BUDI95) secara menyeluruh dan berkesan," jelasnya.
Sehubungan itu, PPIM menggesa MOT dan APAD agar segera mengambil tindakan tegas dan konkrit tanpa sebarang alasan bagi memastikan kebajikan pemandu ehailing terus terbela serta industri gig sektor e-hailing kekal relevan, mampan dan adil di Malaysia.
Artikel oleh: Sinar Harian
PPIM GESA HAPUS SISTEM TAWAR-MENAWAR, TETAPKAN TAMBANG LANTAI E-HAILING
https://www.sinarharian.com.my/article/762342/berita/nasional/ppim-gesa-hapus-sistem-tawar-menawar-tetapkan-tambang-lantai-e-hailing


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/12/ppim-gesa-hapus-sistem-tawar-menawar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aceh Nazak Jangan Halang Bantuan Kemanusiaan Sidang Media Ppim 18 12 2025

Aceh Nazak Jangan Halang Bantuan Kemanusiaan Sidang Media Ppim 18 12 2025

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 145 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan termasuk Harmoni Prihatin Malaysia Muslim Care Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini mendedahkan situasi krisis kemanusiaan yang amat serius di Aceh In...
Senat Meluluskan Rang Undang Undang Pengumpulan Cukai 2025 Untuk Memodenkan Sistem

Senat Meluluskan Rang Undang Undang Pengumpulan Cukai 2025 Untuk Memodenkan Sistem

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 127 hits
Dewan Senat telah meluluskan undang undang untuk memodenkan sistem percukaian Malaysia yang memperkenalkan pemfailan secara digital dan penilaian diri untuk duti setem bagi meningkatkan kecekapan dan pematuhan KUALA LUMPUR Dewan Senat telah...
Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 199 hits
Kuala Lumpur Pasukan memanah berkuda Malaysia meraih tiga pingat emas dalam Global Horseback Archery Masters 2025 di Honghuashan Sports Centre Shenzhen China Kejayaan cemerlang pada kejohanan 10 hingga 13 Disember lalu itu dimulakan dalam K...
Aktiviti Siri Minggu Ke 31 Berkebun Di Kebun Bandar Villa Puteri Ppim 27 12 2025

Aktiviti Siri Minggu Ke 31 Berkebun Di Kebun Bandar Villa Puteri Ppim 27 12 2025

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 77 hits
Terima kasih diucapkan kepada seluruh pasukan Kebun Bandar Villa Puteri atas komitmen kerjasama dan dedikasi yang telah ditunjukkan sepanjang pelaksanaan aktiviti kebun Program ini menandakan penutup rasmi aktiviti kebun bagi tahun 2025 set...
Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 192 hits
Kuala Lumpur Keadaan penduduk sangat teruk tiada makanan dan air bersih apatah lagi ubat ubatan kata Ketua Lembaga Aceh Bersatu Tengku Munawar Spdi mengenai mangsa banjir dan tanah runtuh dahsyat yang berlaku di Aceh Sumatera Indonesia Seja...
Ppim Mohon Bantuan Pm Mudahkan Penyaluran Bantuan Kemanusiaan Ke Aceh Bernama 18 12 2025

Ppim Mohon Bantuan Pm Mudahkan Penyaluran Bantuan Kemanusiaan Ke Aceh Bernama 18 12 2025

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR 18 Dis Persatuan Pengguna Islam Malaysia memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempermudahkan urusan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh Indonesia yang dilanda banjir khususnya melalui saluran diploma...
Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 179 hits
FOTO BERITA Sidang Media Aceh Nazak Kecemasan oleh Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Our Private Place Tingkat 3 Villa Puteri Condominium Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur 18hb Disember 2025 Persatuan Penggun...
Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 196 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan telah memenuhi undangan ke Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia atas jemputan Pengerusi Semerah Padi Guru Besar Paduka Tok Ayah Khalifah Utama Mohamed Murad Kassim Majli...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Hari Bonus 2025 30 12 25

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Program Penurunan Berat Badan Di Kalangan Kakitangan Kesihatan Keberkesanan Cabaran Dan Implikasi Amalan

Permulaan Hari Yang Baik Dengan Hati Yang Bersih

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak