Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand Jakoa Bantu Komuniti Di Empat Negeri


Kuala Lumpur, 07 Ogos 2020 – Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19. Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Johor, Pahang, Perak dan Selangor.


Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.
Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Empat NegeriVersi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Kangkar Senanga, Kampung Teluk Gunung, Kampung Orang Asli Tibang dan Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 167 keluarga Orang Asli.


Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini. 


“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo. 
Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial. 


“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau. 


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.
Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini. 
“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling. 
Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Changkat Bintang di Selangor, Kampung Kangkar Senanga di Johor, Kampung Teluk Gunung di Pahang, dan Kampung Orang Asli Tibang di Perak. 


“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang En Harun Bin Abdullah dari Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang. 

Seorang penduduk kampung dari Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Teluk Gunung.


“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ciktie.com/2020/08/kempen-ayambersamamu-menyokong-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Ayambersamamu Ayam Brand Jakoa Bantu Komuniti Di Kampung Orang Asli Kangkar Senanga Johor

Kempen Ayambersamamu Ayam Brand Jakoa Bantu Komuniti Di Kampung Orang Asli Kangkar Senanga Johor

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 562 hits
Kempen AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Kangkar Senanga Johor Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak ...
Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat

Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 332 hits
Kempen AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli Betapa sedihnya ciktom bila mendapat tahu yang komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian
Kepak Ayam Diuji P0sltlf C0vld Akhirnya Pihak Berkuas4 Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Kepak Ayam Diuji P0sltlf C0vld Akhirnya Pihak Berkuas4 Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 494 hits
Kepak Ayam Diuji P0SlTlF C0VlD Akhirnya Pihak BERKUAS4 Dedahkan Dari Mana Makanan Itu TerkenaHaiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif C0VID 19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari bagi tujuan pemantauan kesihatan Pe...
Resepi Sandwich Tuna Chili Saba Ayam Brand

Resepi Sandwich Tuna Chili Saba Ayam Brand

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 715 hits
Sesekali sarapan kita bersandwich kan apa salahnya Kebetulan Tuna Chili Saba Ayam Brand ada lagi jadi kita buat sandwich pulak Resepi Menu sarapan yang simple dan kenyang The post appeared first on
Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Jakoa Negeri Perak

Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Jakoa Negeri Perak

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 665 hits
Hai sahabat rose semua doa rose moga sahabat semua sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat selalu Rindunya dah lama sangat ros tak berblog Sebenarnya mood nak menulis blog dah hilang ke laut kang entah apa2 pulak yang rose taip nanti kann ...
Azeez Kumpul Rm27 8 Bilion Dalam Tempoh Empat Tahun Untuk Th

Azeez Kumpul Rm27 8 Bilion Dalam Tempoh Empat Tahun Untuk Th

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 301 hits
SHAH ALAM Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan bahawa dalam tempoh empat tahun semasa beliau mengambil alih Tabung Haji sebanyak RM27 8 bilion simpanan Tabung Haji dapat dikumpulkan Pada 2017 waktu saya...
Kolej Komuniti Chenderoh Perak Latih Pelajar Jadi Profesional Kemahiran

Kolej Komuniti Chenderoh Perak Latih Pelajar Jadi Profesional Kemahiran

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 383 hits
Maklumat Institusi Nama Institusi Kolej Komuniti Chenderoh Perak Kementerian Pendidikan MalaysiaAlamat Lot 41 Jln Industri Miel 2 Kawasan Perindustrian IKS 33000 Kuala Kangsar PerakMaklumat lanjut https ift tt 2Dcs806Jom adik adik ambil tah...
Sungaipetani Kanak Kanak Perempuan Empat Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

Sungaipetani Kanak Kanak Perempuan Empat Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 715 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia selepas hampir 10 jam tertinggal di dalam kereta bapanya di Bukit Makmur Sungai Lalang Sungai Petani semalam Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata ...
Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina