Agong Permaisuri Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang


 
PEKAN  -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Jamuan Tengah Hari Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Dewan Mulia Istana pada 12.20 tengah hari  diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan menjamah pulut kuning yang dibawa masuk ke dewan dengan diketuai Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah dan menerima persembahan cendera kenangan daripada kerajaan negeri yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 
Majlis santapan itu berlangsung sejurus tamat Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang yang disempurnakan oleh Tengku Hassanal yang didahului dengan persembahan perutusan taat setia oleh Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah mewakili kerabat dan orang besar Pahang.
Wan Rosdy seterusnya mempersembahkan ucapan sembah taat setia bagi mewakili pemimpin dan rakyat negeri Pahang.
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran disempurnakan oleh Tengku Hassanal melibatkan 56 penerima termasuk lapan anakanda Seri Paduka dengan didahului Tengku Muhammad yang menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama dua kekanda baginda, Tengku Amir Nasser dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Sementara itu, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah masing-masing dikurniakan darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera.
Dalam pada itu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menerima darjah kebesaran SSAP bersama 15 individu iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hasnah Mohammed Hashim; Pengarah Urusan Amara Investment Management Sdn Bhd Datuk Johan Tazrin Hamid Ngo; Pengarah Urusan Kumpulan Bharat Datuk Vinod Kumar Agarwal; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Muez Abd Aziz dan Pengerusi Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.
Penerima SSAP lain ialah Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Abdul Latif Abdul Kadir; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil; Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar dan Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan.
Turut menerima SSAP ialah Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Yaz Datuk Mohammed Shaheen Shah Mohd Sidek; Ketua Eksekutif Kumpulan Marmaz Group Holding Datuk Marajoh Unding; Pengerusi Eksekutif JRK Holdings Berhad Datuk Kwan Aik Khai; Pengarah Urusan Jadeline Exchange Sdn Bhd Jajakhan Kader Gani dan Pengarah Urusan Bergamo Design (M) Sdn Bhd K. Vijayendren.
Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan darjah kebesaran SIMP kepada tiga lagi penerima iaitu suami Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Shahnaz Murad.
Darjah kebesaran Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk pula dikurniakan kepada lapan penerima antaranya Pengarah Gading Sari Plantation Sdn Bhd Tengku Rizal Razak Tengku Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda; Lt Kol Tengku Mohd Najirulzamal Tengku Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Pasir Pahang Berhad Lt Kol (B) Nor Hashim Abdul Aziz.
Penerima DSAP lain ialah Pakar Perunding Kardiologi Hospital Gleneagles Dr Nik Halmey Nik Zainal Abidin; Pengerusi Eksekutif Persada Prospek Sdn Bhd Abdul Murshidin Peer Bux dan pengamal undang-undang Wang Ming Way.
Seramai 16 individu menerima darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk termasuk tiga juruiring Yang di-Pertuan Agong iaitu daripada Tentera Darat Brig Jen Zahari Mohd Ariffin; Brig Jen Mohamed Zahari Yahya (Tentera Udara Diraja Malaysia) dan SAC Yahaya Othman (PDRM).
Turut menerima DIMP ialah Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Nor Hisham Mohammad; Timbalan Mufti Pahang Abdul Zaki Md Zain; Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Markas Tentera Laut Laksamana Muda Roslan Mohd Yunus; Ketua Penolong Pengarah D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Rusdi Mohd Isa; juruiring Perdana Menteri SAC Yusni Mohd Jamil dan Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Suhana Abd Malek.
Penerima DIMP lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tanah Makmur Berhad Shahrul Nizam Abdul Aziz; Pengerusi Eksekutif Borneo Natural Stone Sdn Bhd Mohd Ishak Ayub; Setiausaha kepada KDYMM Al-Sultan Abdullah, Rosina Othman; Pengarah Urusan Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd Shamsul Kamar Samsudin; Timbalan Pengerusi MIC Pahang K.Muniamdy; Pengarah SB Logistics Sdn Bhd, Mok Chuang Kiang dan pesara guru, Ahmad Wahid.
Selain itu, Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada dua penerima dan Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada tiga individu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/agong-permaisuri-berkenan-berangkat-ke.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lapan Orang Anakanda Agong Terima Darjah Kebesaran Pahang Hari Ini

Lapan Orang Anakanda Agong Terima Darjah Kebesaran Pahang Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 1008 hits
KUANTAN Lapan anakanda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ialah antara 58 penerima darjah kebesaran pada Istiadat Pengurniaan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 61 Sultan Pahang hari ...
Tengku Hasanal Jaga Kemuliaan Dan Gelaran Darjah Kebesaran Negeri Pahang

Tengku Hasanal Jaga Kemuliaan Dan Gelaran Darjah Kebesaran Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 844 hits
PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini mengingatkan semua penerima darjah kebesaran negeri Pahang agar menjaga kemuliaan dan gelaran yang diberikan kepada...
Gadis Secret Recipe Guna Bakat Lukis Gambar Raja Permaisuri Agong Atas Kek

Gadis Secret Recipe Guna Bakat Lukis Gambar Raja Permaisuri Agong Atas Kek

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 863 hits
Seorang gadis yang dikenali sebagai Nurul Aina bekerja di Secret Recipe sejak 2018 menggunakan bakatnya dalam mewarna dan melukis untuk merealisasikan kemahuan pelanggan Menurut laporan Astro Gempak Aina yang berusia 23 tahun itu akan mengi...
Datuk Naresh Didakwa Tipu Darjah Mahkota Pahang

Datuk Naresh Didakwa Tipu Darjah Mahkota Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 317 hits
Oleh Siti Rohaizah Bt Zainal V Vicknes menghadapi empat pertuduhan termasuk memperdaya menguruskan darjah kebesaran Mahkota Pahang di Mahkamah Majistret Klang Selangor KLANG Seorang penganggur didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini atas ...
Meriah Majlis Jejak Tanah Tunku Sofia Che Puan Sarimah Berkongsi Gambar Majlis Penuh Istiadat Dengan Peminat

Meriah Majlis Jejak Tanah Tunku Sofia Che Puan Sarimah Berkongsi Gambar Majlis Penuh Istiadat Dengan Peminat

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 211 hits
Personaliti dan juga pengacara televisyen Che Puan Sarimah Ibrahim baru baru ini ada berkongsi beberapa gambar anakandanya Tunku Sofia Najihah yang comel dalam satu majlis Di Raja yang berlangsung dalam satu majlis penuh Istiadat Di Raja Ne...
Mohon Sekarang Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang Bagi Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda

Mohon Sekarang Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang Bagi Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 480 hits
Kepada yang pelajar Ijazah Sarjana Muda yang layak anda kini boleh mohon Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang khusus bagi anak Negeri Pahang Darul Makmur Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan ...
Faisal Tewas Dua Perlawanan Persahabatan Tunggu Aksi Pahang Sebenar Pada 26 Ogos Ini

Faisal Tewas Dua Perlawanan Persahabatan Tunggu Aksi Pahang Sebenar Pada 26 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Pemain tengah Pahang Faisal Abdul Halim harap penyokong akan tetap memberikan sokongan padu kepada pasukan meskipun mereka tewas dalam dua perlawanan persahabatan setakat ini sambil menjanjikan aksi yang lebih memberangsangkan ...
Pengesahan Kemasukan Murid Darjah 1 Tahun 2021 Dibuka

Pengesahan Kemasukan Murid Darjah 1 Tahun 2021 Dibuka

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 1207 hits
Pengenalan sistemSistem pendaftaran dalam talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan MalaysiaPenempatan kanak2 ke tahun 1 bagi sesi kemasukan 2021 ak...
Company Refutes Pahang S Musang King Farmers Modern Slavery Accusations Says Scheme Protects Malaysia S Durian Industry

Company Refutes Pahang S Musang King Farmers Modern Slavery Accusations Says Scheme Protects Malaysia S Durian Industry

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 1196 hits
General view of Royal Pahang Durian Group logo August 21 2020 A spokesman from the group explained the legalisation scheme would ultimately lead to a win win situation between the growers state and industry Picture by Firdaus LatifPETALING ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools