Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Pertama kali makan agar-agar ni masa zaman kecil dulu kemain happy sebab berwarna warni. Agar-agar kristal ni nak buat dia tak susah cuma kena sabar.
Oleh kerana kurang kesabaran, terlalu awal masukkan kristal tu semasa bancuhan masih panas maka semuanya turun ke bawah.
Padan la dengan muka sendiri. huhu. kroang nak cuba? saya share resepinya
Agar-agar permata ialah salah satu pencuci mulut klasik yang masih digemari hingga sekarang. Resepi agar-agar permata ini bukan sahaja cantik, malah sangat mudah disediakan dengan bahan ringkas dan masa yang singkat.
Bagi yang mencari pencuci mulut mudah dan cepat, agar-agar permata simple ini memang sesuai untuk buat di rumah, sama ada untuk keluarga atau majlis kecil-kecilan.
Bahan-bahan Agar-Agar Permata1 paket serbuk agar-agar
1 liter air
Gula secukup rasa
Pewarna makanan (ikut pilihan)
1 kotak susu cair
Cara Buat Agar-Agar PermataMasak serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih dan larut sepenuhnya.
Bahagikan agar-agar kepada beberapa bekas dan campurkan pewarna makanan.
Biarkan agar-agar mengeras, kemudian potong kecil berbentuk dadu.
Tuangkan susu cair ke atas agar-agar yang selebihnya tadi(yang banyak) dan sejukkan .
bila dah hampir keras masukkan agar agar yang warna warni ke dalam adunan putih yang ada susu .
Tips Agar-Agar Permata Cantik & SedapGunakan warna yang terang supaya agar-agar permata nampak lebih menarik
Pastikan agar-agar dipotong kecil supaya mudah dimakan
Sejukkan beberapa jam untuk rasa yang lebih sedap dan segar
Resepi agar-agar permata ini sangat sesuai dijadikan pencuci mulut selepas makan. Cara buatnya mudah, rasanya sedap dan tampilannya pula memang cantik bila dihidangkan.
Kalau suka resepi agar-agar permata ini, boleh simpan dan cuba buat sendiri di rumah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2026/01/agar-agar-kristal-mudah-dan-simple.html