Tengku Maimun Arshad Di Anugerah Tun Dr Noor Hisham Dapat Anugerah Gelaran Tan Sri


 
KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini.
Tengku Maimun dan Dr Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.
Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Empat lagi tokoh utama menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.
Tokoh berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’, manakala 29 orang menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan lima penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), masing-masing membawa gelaran Datuk.
Penerima PSM ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Turut menerima PSM ialah Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Datuk Ahmad Nizam Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, The Lotus Corporation Berhad, Datuk R. Doraisingam, Presiden Sunway Group Berhad, Datuk Chew Chee Kin, Pengarah Urusan Platinum Victory Holdings Sdn Bhd, Datuk Seri Gan Yu Chai, Pengasas dan Pengarah Urusan SENA Group of Companies yang juga Pengasas dan Pengarah Optimax Holding Berhad, Datuk Tan Boon Hock.
Penerima PJN antaranya ialah Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dan Hakim Mahkamah Rayuan, Ravinthran N. Paramaguru.
Turut dianugerahkan PJN ialah Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Mohd Rabin Basir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Mohd Gazali Abas.
Penerima lain PJN ialah Panglima Armada Barat Laksamana Madya, Datuk Aris Adi Tan Abdullah, Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami dan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Laksamana Madya Datuk N. Ganesh.
Di samping itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Leftenan Jeneral Datuk Dr Md Amin Muslan, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan juga menerima PJN.
Turut dianugerahkan PJN adalah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Zamri Yahya.
Antara penerima PJN yang lain ialah Naib Pengerusi CRSC Holdings Berhad, Datuk Mohamed Salleh Bajuri, Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional, Wan Mohd Shaharir Wan Abd Jalil, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Low Yat Group, Low Gee Teong.
Penerima PSD pula ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri, Mohammad Ismail, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Roziah Abudin, Ketua Unit Endokrin Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Mahathar Abd Wahab dan Pengarah Cawangan Tenaga Kerja ATM, Briged Jeneral S. Suriakala.
Selain itu, seramai 27 individu dikurniakan Johan Mangku Negara (JMN) antaranya Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Zulkifli Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia Azlikamil Napiah.
Sementara itu, antara  ‘orang kuat’ barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Norhayati Rusli dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM) bersama 37 individu lain.
Antara tersenarai dalam 147 penerima Kesatria Mangku Negara (KMN) ialah Pengarah Bahagian Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lokman Muda manakala penyampai berita dan wartawan penyiaran Media Prima, Pang Chinn Fei serta personaliti TV, Terrence Joseph Dass masing-masing tersenarai dalam 182 penerima Ahli Mangku Negara (AMN).
Tahun ini juga menyaksikan seramai 11 individu dianugerahkan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD), 328 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 44 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD). #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/tengku-maimun-arshad-di-anugerah-tun-dr.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Noor Hisham Dikurnia Tan Sri Tun Kepada Tengku Maimun Arshad Ayub Sempena Keputeraan Agong

Noor Hisham Dikurnia Tan Sri Tun Kepada Tengku Maimun Arshad Ayub Sempena Keputeraan Agong

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro Canselor Universiti Teknologi Mara Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 hari ini Tengku Maimun dan Arshad merupakan t...
Dr Hisham Bawa Gelaran Tan Sri Terima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Rasmi Ydpa

Dr Hisham Bawa Gelaran Tan Sri Terima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Rasmi Ydpa

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 486 hits
Hari ini berlangsung hari penganugerahan kepada tokoh tokoh negara bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Penganugerahan ini berlangsung di Istana Melawati Putrajaya dan...
Hero Negara Dr Noor Hisham Dianugerahkan Tan Sri Oleh Agong

Hero Negara Dr Noor Hisham Dianugerahkan Tan Sri Oleh Agong

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 429 hits
1 753 total views 1 753 views today Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro Canselor Universiti Teknologi Mara Tan Sri Dr Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 har...
Tan Sri Award Appreciation To All Frontliners Dr Noor Hisham

Tan Sri Award Appreciation To All Frontliners Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 411 hits
Health director general Dr Noor Hisham Abdullah has described the conferment of the Darjah Panglima Setia Mahkota which he received in conjunction with the Yang di Pertuan Agong s official birthday today as a symbol of appreciation to all t...
Pro Canselor Uitm Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad Meninggal Dunia

Pro Canselor Uitm Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 570 hits
91 total views 91 views today Pro Canselor Universiti Teknologi Mara Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad meninggal dunia pagi tadi pada usia 83 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Taman Ampang Utama Ampang dekat sini Universiti itu dalam ke...
Sempena Hari Keputeraan Rasmi Ydpa Dr Hisham Antara Penerima Anugerah Psm Dan Akhirnya Dia Menerima Satu Gelaran Ini

Sempena Hari Keputeraan Rasmi Ydpa Dr Hisham Antara Penerima Anugerah Psm Dan Akhirnya Dia Menerima Satu Gelaran Ini

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR 17 Ogos Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro Canselor Universiti Teknologi Mara Tan Sri Dr Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 hari ini Tengku Ma...
Ex Chief Justice Tan Sri Richard Malanjum To Enter Politics

Ex Chief Justice Tan Sri Richard Malanjum To Enter Politics

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 251 hits
A particular list allegedly made up of allied candidates of Parti Warisan Sabah had gone viral on a social media platform The alleged list among others speculated that former chief justice Tan Sri Richard Malanjum had been picked to stand a...
11 Kes Positif Baharu Covid 19 Noor Hisham

11 Kes Positif Baharu Covid 19 Noor Hisham

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 300 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Malaysia mencatatkan 11 kes baharu ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran