Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York


Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York
Zohran Mamdani mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar baharu New York City dalam satu majlis bersejarah yang diadakan di Manhattan.
Beliau, seorang ahli politik Demokrat berdarah India, menjadi pemimpin Muslim pertama bagi bandar terbesar Amerika Syarikat (AS) itu, dengan meletakkan tangannya di atas al-Quran ketika mengangkat sumpah.
“Ini benar-benar satu penghormatan dan keistimewaan terbesar dalam hidup saya,” kata Mamdani dalam ucapannya. Isterinya, Rama Duwaji, turut berada di sisi sambil memegang al-Quran.
Menurut NDTV, upacara itu disempurnakan oleh Peguam Negara New York, Letitia James. Majlis diadakan di Old City Hall Station, salah satu stesen asal sistem kereta api bawah tanah New York yang terkenal dengan seni bina bumbung melengkung yang indah.
Difahamkan, Mamdani akan melalui satu lagi majlis angkat sumpah secara lebih rasmi dan besar di Dewan Bandaraya pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan), yang akan disempurnakan oleh Senator AS, Bernie Sanders.
Majlis itu akan disusuli acara sambutan rakyat di Broadway yang dikenali sebagai “Canyon of Heroes”.
Selepas ini, Mamdani dan isterinya akan berpindah dari pangsapuri sewa terkawal mereka ke kediaman rasmi Datuk Bandar di Manhattan.
Beliau kini memulakan tugas sebagai salah seorang tokoh politik paling diperhatikan di AS, memikul tanggungjawab besar dalam mentadbir bandar mega itu.
Kenali siapa Zohran Mamdani Gambar: AFP Untuk pengetahuan, Ahli Dewan Negeri kawasan Queens yang berusia 35 tahun itu dilahirkan di Uganda dalam keluarga yang berasal dari India. Beliau telah menetap di AS sejak berusia tujuh tahun dan memperoleh kewarganegaraan AS pada 2018.
Ibunya, Mira Nair merupakan seorang pembikin filem (Monsoon Wedding, Mississippi Masala) dan bapanya Mahmood Mamdani ialah seorang profesor dan pakar yang dihormati dalam kajian Afrika.
Berikutan itu, ada sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai nepo baby (seseorang yang mendapat kelebihan kerana latar keluarga berpengaruh).
Mamdani mendapat pendidikan di sekolah elit iaitu Sekolah Tinggi Sains Bronx, sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Kolej Bowdoin di Maine.
Menceburi bidang hiburan Pada 2015, beliau menceburi dunia rap dengan membawa nama pentas Young Cardamom.
Pun begitu, percubaannya untuk bertapak dalam industri muzik profesional tidak bertahan lama. Mamdani menggelarkan dirinya sebagai ‘artis kelas kedua’.
Minatnya terhadap politik mula tercetus apabila beliau mengetahui bahawa penyanyi rap, Himanshu Suri (dikenali sebagai Heems) menyokong seorang calon majlis bandar. Mamdani kemudian menyertai kempen tersebut sebagai aktivis akar umbi.
Beliau seterusnya bekerja sebagai penasihat pencegahan penyitaan hartanah, membantu pemilik rumah yang berdepan masalah kewangan untuk mengelakkan rumah mereka dilelong atau dirampas.
Menginjak ke tahun 2018, beliau telah dipilih sebagai wakil rakyat dari Queens, iaitu sebuah kawasan dengan masyarakat pelbagai latar belakang dan budaya.
Gelarkan diri sebagai sosialis Tiga kali dipilih sebagai wakil di kawasan itu, Mamdani menggelarkan dirinya sebagai sosialis dan membina imej sebagai seorang Muslim progresif.
Beliau memanfaatkan pengalaman lamanya dalam aktivisme untuk membina strategi kempen yang teratur termasuk gerak kerja dari rumah ke rumah, edaran risalah, serta penggunaan media sosial secara meluas dengan sentuhan jenaka.
Berkahwin dengan ilustrator dari AS, Rama Duwaji, beliau juga meletakkan matlamat untuk menjadikan bandar itu mampu didiami oleh golongan yang bukan berpendapatan tinggi iaitu majoriti daripada kira-kira 8.5 juta penduduk New York sebagai teras utama kempennya.
BACA: Zohram Mamdani Menang Pemilihan Datuk Bandar New York
Sumber: NDTV
The post Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2026/01/01/zohran-mamdani-angkat-sumpah-sebagai-datuk-bandar-new-york/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 177 hits
ADUN Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu ARAU 28 Dis Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu Abu Bakar 57 mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar ...
What Could Be The Best New Year Message Ever

What Could Be The Best New Year Message Ever

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 147 hits
Tomorrow is 1 January 2026 New Year s Day A truly memorable New Year message balances hope clarity generosity and action The best message feels personal yet universal short but resonant and leaves the recipient with a clear positive image t...
Pahang Royals Call For Harmony Growth In New Year Message

Pahang Royals Call For Harmony Growth In New Year Message

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 85 hits
The Sultan of Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah and the Tengku Ampuan of Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah have extended their New Year wishes for 2026 to the people of Pahang and all Malaysians Pic...
New Perlis Mb Announces Rm3k Monthly Cut To Personal Salary

New Perlis Mb Announces Rm3k Monthly Cut To Personal Salary

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 94 hits
Newly appointed Perlis Menteri Besar Abu Bakar Hamzah has announced an RM3 000 monthly cut to his salary According to Berita Harian the Perlis Bersatu chief added that all members of the incoming state executive council will also see a RM1 ...
Importance Of A New Year Resolution

Importance Of A New Year Resolution

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 118 hits
Year 2026 is just another 3 days away Is a New Year Resolution important to begin with New Year s resolutions matter because they convert abstract intentions into a time bound commitment create psychological momentum and serve as a practica...
Japanese New Year Shogatsu

Japanese New Year Shogatsu

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 129 hits
How to celebrate Japanese New Year at home Discover Shogatsu traditions symbolic foods and simple tips to make the holiday easy meaningful and fun READ
King Queen Extend New Year Greetings

King Queen Extend New Year Greetings

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 123 hits
FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDARKUALA LUMPUR His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia has called on the people to continue strengthening unity and mutual respect among one another for the harmony of the country In a New Year messa...
Perlis New Order Ruler Calls For Unity Pas Fumes At Betrayal

Perlis New Order Ruler Calls For Unity Pas Fumes At Betrayal

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 89 hits
Raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail has called for Perikatan Nasional assemblypersons in the state to unite and accept his decision to appoint Bersatu s Abu Bakar Hamzah as the new menteri besar However PAS leaders outside the...
Pm Ushers In New Year With Revellers At Bukit Bintang

Pm Ushers In New Year With Revellers At Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 87 hits
KUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has arrived at Bukit Bintang tonight to join the New Year s Eve countdown greeted by cheering crowds lining the streets Revellers waved and called out as he made his way through the Pavil...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Balik Kampung Cuti Sekolah

Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Hari Bonus 2025 30 12 25


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju