Balik Kampung Cuti Sekolah


Seminggu bercuti di kampung memang seronok sangat. Awal-awal cuti sekolah hari tu dah rancang nak luangkan masa balik kampung. Alhamdulillah big boss beri keizinan bawa anak-anak pulang ke kampung.
Lebih kurang seminggu juga kami habiskan masa di kampung. Kali ni balik dengan anak-anak je sebab suami tak dapat cuti lama.
Balik Kampung Cuti Sekolah - Musim Rambutan Kebetulan cuti sekolah kali ni dekat kampung tengah musim buah. Buah Rambutan dan manggis. Rezeki ya tahun ni. Cukup untuk kami adik beradik. Beza sungguh tahun lepas terpaksa berebut makan dengan monyet dan kalong. Aku baru tahu kalong tu kelawar yang makan buah.




Cuti sekolah hujung tahun kali ni relax sikit. Seminggu sebelum tu asyik la hujan, air Sungai Pahang naik tapi tidak sampai banjir. Cuaca pun elok panas je. Dapatlah anak-anak main dengan senang hati.

Kalau balik kampung aktiviti memang tak dijangka sebab mak suka request macam-macam. Ada je benda mak nak ajak buat sama-sama. Jadinya kalau balik kampung tak akan sempat nak rasa bosan.





Percaya atau tak kami langsung tak tonton televisyen bila berada di kampung. TV tu jadi perhiasan je. Siang hari sibuk mengemas, berkebun, memasak dan bila malam masing-masing sibuk mengaji dan berborak.





Aktiviti Dekat Kampung – Main Masak-masak Dulu masa kecik-kecik, kami adik beradik suka sangat main masak-masak guna kayu api. Lebih tepat masak mi segera. Perasaan seronok tu hanya Tuhan je yang tahu. Dapat masak dan makan sama-sama.

Bagus ya aktiviti tu sebab mengajar kami kemahiran hidup. Nak hidupkan api guna kayu api dan mancis tu perlukan kesabaran dan ilmu. Dulu-dulu emak akan gelakkan kami sebab berejam ya nak hidupkan api.





Kali ni aku pula yang ajak anak main masak-masak. Aku faham sangat keterujaan tu. Bila giliran anak, aku duduk tepi nak tengok kreatif ke tidak mereka. Bantu mana yang patut je. Kalau dekat rumah sendiri mana ada jumpa benda-benda macam ni.





Pergi Pekan Sehari Chenor Seminggu juga kami duduk di kampung. Sempat pergi Pekan Sehari Temerloh dan Pekan Sehari Chenor. Mak ajak pergi Chenor sebab terpengaruh nampak video di TikTok. Tujuan utama nak cari ulam yang rare. Ikan Patin aku dah beli masa pergi Pekan Sehari Temerloh. 

Kami ikut jalan dalam jadi ambil masa 45 minit untuk sampai. Sampai sekitar pukul lapan pagi itu pun dah penuh orang tapi kurang sesak berbanding Pekan Sehari Temerloh. Dari segi barang jualan, kepadatan, pilihan barangan, dan keselesaan memang Pekan Sehari Temerloh menang.

Tak beli banyak barang pun, datang nak cuci mata dan tunaikan hajat emak. Aku beli kuih Tepung Bungkus dan Sate Padang tapi sayangnya kuih terlebih manis. Dua-dua kurang kena dengan tekak.

Sekurang-kurangnya lepas ni kalau ada yang borak tentang Pekan Sehari Chenor aku dah tahu nak borak apa. Ada rezeki aku share dalam entri lain pasal Pekan Sehari Chenor. 



Kesimpulan balik kampung kali ini terasa amat pendek dan sangat-sangat seronok. Bersyukur sangat dapat tunaikan permintaan emak, dapat kemas rumah, dapat panjat pokok rambutan dan manggis. Dapat berkumpul dengan adik beradik walaupun tak semua dapat balik.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2025/12/balik-kampung-cuti-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 185 hits
Minggu depan cuti sekolah dah nak mula Sebagai seorang ibu aku dah siap siap beli buku untuk Adha buat Bukan sebab nak tekan tapi sebab aku risau Risau kalau aku ambil mudah nanti dia yang tertinggal Kali ini aku kena straight dengan Adha m...
10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 186 hits
Temui 10 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anak anak dan keluarga semasa cuti sekolah 2025 Aktiviti hiburan adukatif lokasi photogenic sesuai untuk merakam kenangan bersama Bila cuti sekolah tiba ibu bapa tercari cari tempat sesuai dilaw...
Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah

Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 225 hits
Koleksi resipi snek homemade ini memang wajib dicuba oleh para ibu lebih lebih lagi apabila tiba musim cuti sekolah Maklumlah bila anak anak berkumpul di rumah suasana jadi lebih meriah dan dapur pula menjadi lokasi paling sibuk Waktu inila...
Kenangan Patah Hati Di Balik Kampung

Kenangan Patah Hati Di Balik Kampung

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 104 hits
Balik kampung ada satu momen yang selalu buat hati merasa berat Bukan ketika menikmati makanan yang enak Bukan ketika ketawa bersama keluarga Tetapi saat hendak berangkat pulang Ibu dan bapa akan berdiri di depan rumah Mereka menunggu sehin...
Cikgu Cari Pelajar Tak Hadir Sekolah Menangis Bila Dapat Tahu Kisah Sebenar

Cikgu Cari Pelajar Tak Hadir Sekolah Menangis Bila Dapat Tahu Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 92 hits
Cikgu Cari Pelajar Tak Hadir Sekolah Menangis Bila Dapat Tahu Kisah Sebenar Tugas sebagai seorang guru sememangnya sangat mencabar fizikal dan emosi Kadang kala ada pelbagai perkara tidak terjangka berlaku terutama apabila mendidik ramai pe...
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus Dan Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2026

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus Dan Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2026

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 140 hits
Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA Tahun 2026 bagi murid Tingkatan 1 Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia akan dibuka mulai 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 melalui pautan berikut 1 ...
Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia Terbina Ruang Gps

Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia Terbina Ruang Gps

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 125 hits
Sempena cuti sekolah yang bakal berakhir dan pembukaan semula sekolah bagi tahun 2026 tidak lama lagi pastinya ramai ibu bapa sedang sibuk menguruskan keperluan sekolah anak anak mereka seperti baju sekolah uniform persatuan dan pastinya ka...
Tali Leher Sekolah Adalah Pilihan Untuk Pelajar Pada Tahun Depan

Tali Leher Sekolah Adalah Pilihan Untuk Pelajar Pada Tahun Depan

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 52 hits
PETALING JAYA Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa pelajar dan murid tidak lagi diwajibkan untuk memakai tali leher bermula tahun depan dengan keputusan mengenai perkara ini diserahkan kepada sekolah dan ibu bapa Satu pekelili...
Plus Jangka 2 2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Akhir Tahun

Plus Jangka 2 2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR PLUS Malaysia Berhad menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2 2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 19 20 22 23 24 26 dan 27 Dis ini sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krisma...
Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Anak Dara Ke Janda Baik

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Balik Kampung Cuti Sekolah

Hadits Arbain Nawawi Ke 18 Taqwa Dan Akhlak Mulia

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Kicap Mee Sedap Dan Mudah

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga