Lapan Orang Anakanda Agong Terima Darjah Kebesaran Pahang Hari Ini


 
KUANTAN - Lapan anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ialah antara 58 penerima darjah kebesaran pada Istiadat Pengurniaan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-61 Sultan Pahang, hari ini.
Istiadat pengurniaan di Istana Abu Bakar, Pekan, dekat sini, disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Anakanda Seri Paduka, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, mendahului senarai penerima dengan pengurniaan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, bersama kekanda baginda, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Lima lagi anakanda Seri Paduka menerima darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera, iaitu Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.
Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menerima darjah kebesaran SSAP bersama 15 individu.
Mereka ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hasnah Mohammed Hashim; Pengarah Urusan Amara Investment Management Sdn Bhd, Datuk Johan Tazrin Hamid Ngo; Pengarah Urusan Kumpulan Bharat, Datuk Vinod Kumar Agarwal; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz; dan Pengerusi Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.
Penerima SSAP lain ialah Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil; Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar; dan Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan.
Turut menerima SSAP ialah Pengarah Urusan Ri-Yaz Hotels & Resorts, Datuk Mohammed Shaheen Shah Mohd Sidek; Ketua Eksekutif Kumpulan Marmaz Group Holdings, Datuk Marajoh Unding; Pengerusi Eksekutif JRK Holdings Berhad, Datuk Kwan Aik Khai; Pengarah Jadeline Exchange Sdn Bhd, Jajakhan Kader Gani; dan Pengarah Urusan Bergamo Design (M) Sdn Bhd, K Vijayendren.
Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan darjah kebesaran SIMP kepada tiga lagi penerima, iaitu suami Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin; dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Shahnaz Murad.
Darjah kebesaran Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk pula dikurniakan kepada lapan penerima, antaranya Pengarah Gading Sari Plantation Sdn Bhd, Tengku Rizal Razak Tengku Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd Rahim Muda; Lt Kol Tengku Mohd Najirulzamal Tengku Jamaluddin; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Pasir Pahang Berhad, Lt Kol (B) Nor Hashim Abdul Aziz.
Penerima DSAP lain ialah Pakar Perunding Kardiologi Hospital Gleneagles, Dr Nik Halmey Nik Zainal Abidin; Pengerusi Eksekutif Persada Prosper Sdn Bhd, Abdul Murshidin Peer Bux; dan pengamal undang-undang, Wang Ming Way.
Seramai 17 individu pula menerima darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, termasuk empat juruiring Yang di-Pertuan Agong, iaitu daripada Tentera Laut Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim; Tentera Darat Brigedier Jeneral Zahari Mohd Ariffin; Tentera Udara Brigedier Jeneral Mohamed Zahari Yahya; dan PDRM Senior Asisten Komisioner (SAC) Yahaya Othman.
Turut menerima DIMP ialah Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Nor Hisham Mohammad; Timbalan Mufti Pahang, Abdul Zaki Md Zain; Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Roslan Mohd Yunus; Ketua Penolong Pengarah D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Rusdi Mohd Isa; juruiring Perdana Menteri, SAC Yusni Mohd Jamil; dan Pengarah Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suhana Abd Malek.
Penerima DIMP lain ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Tanah Makmur Berhad, Shahrul Nizam Abdul Aziz; Pengerusi Eksekutif Borneo Natural Stone Sdn Bhd, Mohd Ishak Ayub; Setiausaha kepada Al-Sultan Abdullah, Rosina Othman; Pengarah Urusan Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd, Shamsul Kamar Samsudin; Timbalan Pengerusi MIC Pahang, K Muniandy; Pengarah SB Logistics Sdn Bhd, Mok Chuang Kiang; dan pesara guru, Ahmad Wahid.
Selain itu, tiga penerima masing-masing dikurniakan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) dan Setia Mahkota Pahang (SMP). #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/lapan-orang-anakanda-agong-terima.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Permaisuri Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang

Agong Permaisuri Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 363 hits
PEKAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Jamuan Tengah Hari Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke 61...
Tengku Hasanal Jaga Kemuliaan Dan Gelaran Darjah Kebesaran Negeri Pahang

Tengku Hasanal Jaga Kemuliaan Dan Gelaran Darjah Kebesaran Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 844 hits
PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini mengingatkan semua penerima darjah kebesaran negeri Pahang agar menjaga kemuliaan dan gelaran yang diberikan kepada...
Pesara Pengurusan Air Pahang Berhad Di Dakwa Terima Rasuah Rm24 000

Pesara Pengurusan Air Pahang Berhad Di Dakwa Terima Rasuah Rm24 000

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 385 hits
nbsp KUANTAN nbsp Seorang pesara Pengurusan Air Pahang Berhad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan rasuah membabitkan jumlah RM24 000 dua tahun lalu Tertuduh Nazeri Hussain 61 mengaku tidak bersalah selep
Dr Hisham Bawa Gelaran Tan Sri Terima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Rasmi Ydpa

Dr Hisham Bawa Gelaran Tan Sri Terima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Rasmi Ydpa

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 486 hits
Hari ini berlangsung hari penganugerahan kepada tokoh tokoh negara bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Penganugerahan ini berlangsung di Istana Melawati Putrajaya dan...
Sambut Hari Jadi Ke 40 Song Jihyo Ucap Terima Kasih Atas Ingatan Peminat

Sambut Hari Jadi Ke 40 Song Jihyo Ucap Terima Kasih Atas Ingatan Peminat

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 383 hits
Diam tak diam pelakon dan ahli Running Man popular iaitu Song Ji hyo menyambut hari jadi yang ke 40 hari ini Nampaknya wanita itu menerima penghargaan ramai apabila dia menerima ucapan kasih sayang yang banyak menerusi penghantaran hadiah k...
Skandal Projek Balak Di Pahang Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah Rm3 Juta

Skandal Projek Balak Di Pahang Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 432 hits
KUALA LUMPUR Tiga individu ditahan kerana disyaki memberi dan menerima rasuah berjumlah RM3 juta berhubung projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang lima tahun lepas Suspek yang berusia antara 39 dan 73 tahun itu ditahan ketika m...
Datuk Naresh Didakwa Tipu Darjah Mahkota Pahang

Datuk Naresh Didakwa Tipu Darjah Mahkota Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 317 hits
Oleh Siti Rohaizah Bt Zainal V Vicknes menghadapi empat pertuduhan termasuk memperdaya menguruskan darjah kebesaran Mahkota Pahang di Mahkamah Majistret Klang Selangor KLANG Seorang penganggur didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini atas ...
Lindungi Premis Haram 4 Penguat Kuasa Mbsa Direman Tujuh Hari

Lindungi Premis Haram 4 Penguat Kuasa Mbsa Direman Tujuh Hari

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 313 hits
MALAYSIAKINI Empat anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam direman tujuh hari berkaitan siasatan kes menerima dan mengutip rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh Selangor Turut direman tujuh hari ialah seora...
Peraturan Hari Rehat Dilonggarkan Bagi Penghuni Dormitori Mom Jelaskan Status Pekerja Yang Pindah Ke Tapak Bedok

Peraturan Hari Rehat Dilonggarkan Bagi Penghuni Dormitori Mom Jelaskan Status Pekerja Yang Pindah Ke Tapak Bedok

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 233 hits
SINGAPURA Pekerja asing yang tinggal di beberapa dormitori yang sudah diisyithar bebas COVID 19 akan boleh memohon pas keluar untuk meninggalkan dormitori masing masing dan mengunjungi pusat riadah pada hari rehat mereka mulai Ogos Dalam uj...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11