Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, masih lagi dalam 'mood' untuk berkongsi tentang trip Baling, kali ini adalah mengenai sebuah gua yang sebenarnya sangat menarik dan aku rasa mampu menjadi salah satu tumpuan pelancong pada masa akan datang

Gua yang aku akan kongsikan dalam artikel kali ini adalah Gua Sireh. In shaa Allah aku akan kongsikan pengalaman aku sepenuhnya di Gua Sireh, Baling, Kedah

{tocify} $title={KANDUNGAN}
MENEROKA KEINDAHAN GUA SIREH, BALING, KEDAHBaiklah, setelah selesai bersarapan dengan juadah yang begitu enak di M Idaman Cafe, kami terus menuju ke Gua Sireh, Baling, Kedah. Perjalanan dari M Idaman Cafe ke perkarangan pintu masuk Gua Sireh adalah sekitar 6 minit perjalanan sahaja. 

Gua Sireh merupakan sebuah kompleks gua yang terletak hanya sekitar 10 kilometer sahaja dari bandar Baling. Terletak di kaki Bukit Dalam Wang, gua ini sebelum dikomersilkan sebagai produk pelancongan merupakan tempat mencari rezeki oleh penduduk sekitar

Najis tahi kelawar atau dikenali sebagai Guano dikutip dan menjadi baja. Kandungan dalam tahi kelawar tersebut yang kaya dengan nitrogen, fosfat dan kalium yang tinggi, iaitu semua nutrien utama yang penting untuk pertumbuhan tumbuhan



Beroperasi sejak tahun 2019, Gua Sireh ini diuruskan oleh Koperasi Eko Pelancongan Gua Sireh. Selain itu, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah memperuntukkan sejumlah RM750,000 bagi membangunkan Gua Sireh, sebagai lokasi pelancongan baharu

Sebelum memulakan perjalanan ke Gua Sireh, seperti biasa sesi 'warm-up' dijalankan terlebih dahulu. Mengapa perlu 'warm-up' ? Ini adalah kerana terdapat laluan mendaki serta tangga yang agak mencabar. Aktiviti melibatkan fizikal sememangnya perlu 'warm-up' terlebih dahulu


Maka bermulalah perjalanan mendaki tangga dan meneroka keindahan Gua Sireh


Jika dilihat ada beberapa fasiliti yang di naiktaraf seperti tangga dan juga laluan di dalam gua. 

Di pintu masuk Gua Sireh terdapat mercu tanda yang mana anda boleh mengabdikan gambar kenangan di sini.  Masuk saja ke dalam gua ini anda akan dapat melihat batu besar berbentuk sireh junjung dengan ketinggian lebih kurang 7 meter

Kebiasaannya, pengunjung akan menghabiskan masa sekitar 1 sehingga 2 jam di sini. Oh ya, lupa nak beritahu bahawa ada jurupandu yang akan memberikan penerangan dan memberikan tunjuk arah laluan yang tepat dan benar. 



Selain batu berbentuk sireh junjung, terdapat beberapa lagi batu dengan imej menarik seperti burung, singa, pengisar tepung, gajah, lembu kucing dan perahu patah. Jangan risau, setiap batu yang unik ini ditanda namanya serta jurupandu akan memberitahu tentangnya



Mengikut info yang diberitahu, Gua Sireh ini berkeluasan 70,000 kaki persegi. Lebar bagi gua ini mencecah 192 meter manakala ketinggiannya pula adalah antara 60 meter sehingga 80 meter. Di dinding gua ini pula dihiasi lampu neon berwarna warni menjadikan gambar yang diambil kelihatan lebih menarik


Sedikit info menarik, mengikut kajian yang dijalakn oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Gua Sireh ini sudah ada masyarakat terawal yang mendiami gua sejak 16,000 hingga 17,000 tahun lalu kerana terdapat banyak kesan fosil atau kulit kerang dan siput lama yang kelihatan


Gua Sireh ini sememangnya sangat luas. Banyak tempat bergambar yang menarik, malangnya terdapat beberapa kawasan di dinding yang dipenuhi dengan grafiti yang menjadikan pemandangan kurang enak. Ada grafitinya ditulis dengan tarikh tahun 1980-an. 
Mungkin pihak pengurusan boleh membersihkan dindingnya, barulah kelihatan lebih cantik dan bersih tanpa sebarang grafiti


Alhamdulillah, selesai meneroka gua yang indah ini sekitar 2 jam lebih. Banyak betul gambar dan video yang sempat dirakam. Bagi aku yang menariknya tentang gua ini adalah pada bahagian silingnya yang sangat cantik berwarna putih

Okay, untuk 'parking' di sini memang luas, cuma jalan masuk hanya sesuai untuk satu kenderaan sahaja. Tandas juga disediakan tapi dibahagian bawah sahaja, tempat mendaftar. Jadi, sebelum masuk ke Gua Sireh, pastikan anda membuat 'pelaburan' terlebih dahulu. 
Untuk yang tertanya-tanya tentang laluan di dalam gua, laluan di dalam Gua Sireh ini telah pun dinaiktaraf menjadikan pergerakan di dalam gua selamat

HARGA BAYARAN MASUK GUA SIREH, BALING, KEDAH
Berikut adalah harga bayaran yang dikenakan pada pengunjung yang ingin meneroka melihat keindahan Gua Sireh. RM15 DewasaRM10 Warga EmasRM 7 Sekolah RendahRM10 IPT / Sekolah MenengahJom ke Gua Sireh

GUA SIREH, BALING, KEDAH

LOKASI : Kampung Padang Che Mas, Dalam Wang, 09100, Baling, Kedah.HUBUNGI : 013-411 4325WAKTU OPERASI : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
FB : https://www.facebook.com/p/Gua-Sireh-Baling-Kedah-100063664868220/TIKTOK : https://www.tiktok.com/@guasirehofficial

#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-
📱+60174079734📱+60193036008📩 : [email protected]
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.
Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim gunung dan kumpulan Gua Sireh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/01/meneroka-keindahan-gua-sireh-baling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 229 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku dan rakan rakan blogger influencer berkesempatan melawat Weng Valley yang terletak di Baling Kedah Pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula seawal jam 9 00 pagi sehinggalah ke sebelah p...
Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah

Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 151 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga kita semua masih kuat dan bertenaga untuk menghadapi masa yang semakin sukar Baiklah dalam artikel kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku...
Pesona Alam Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

Pesona Alam Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik baik sahaja Baiklah kali in aku nak kongsikan satu lagi tempat menarik yang anda boleh kunjungi di...
Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaling merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah Darul Aman Seperti yang anda sedia maklum baru baru ini aku berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di daerah ini terutamanya di bandar Ba...
Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam artikel terbaru Bagaimana dengan hari hari anda Semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah seperti mana yang an...
Lawatan Ke Galeri Rundingan Baling Baling Kedah

Lawatan Ke Galeri Rundingan Baling Baling Kedah

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak berkongsi tentang satu lokasi yang aku kira ramai yang pernah dengar tentang terma Rundingan Baling Sebuah galeri telah dibina men...
Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 232 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti NATURE BASED TRAVELERS FAM TRIP selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpelua...
Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 266 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan P...
Cuti Umum Kedah 2024 Dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah

Cuti Umum Kedah 2024 Dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 394 hits
Berikut merupakan senarai cuti umum Kedah 2024 untuk pengetahuan umum Kalendar cuti umum bagi negeri Kedah tahun 2024 seperti yang disiarkan di laman web Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Semoga kalendar cuti ini dapat membantu warga negeri ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian