Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi


 
Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

GUA SIREH PUNYAI KEUNIKAN DAN KEPELBAGAIAN BATU SEMULAJADI Keindahan Gua Sireh mula diperkatakan sejak gua tersebut diuruskan oleh Koperasi Eko Pelancongan Gua Sireh dengan kerjasama dan pembabitan penduduk kampung sejak 2019. Lokasi Gua Sireh yang terletak din Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai ini cuma mengambil masa 15 minit dari Pekan Baling.

Penerokaan Gua Sireh ini dilakukan atas inisiatif Persatuan Penduduk dengan membina trek laluan, pendawaian elektrik dan memasang lampu. Malahan Persatuan Penduduk juga turut menyediakan perkhidmatan Malim Gua sebagai penunjuk arah dan memberi informasi dalam menerokai keunikan Gua Sireh.

Malim Gua akan menunjukkan setiap sudut yang cantik dan sesuai untuk bergambar. Gua Sireh ini punyai keunikan tersendiri dengan dindingnya berwarna putih dan seakan-akan berbentuk tiga dimensi. Keluasan gua mencecah 70,000 kaki persegi meliputi 192-meter lebar dan ketinggian antara 60-80 meter.

LALUAN PINTU MASUK GUA SIREH. Sebelum memulakan penerokaan masuk ke Gua Sireh, AM dan team memulakan senaman ringan. Dari kaki Gua Sireh, terdapat laluan tangga ke pintu masuk Gua Sireh. Dari pintu masuk Gua Sireh, AM dan team akan berjalan di atas jambatan kayu. Di bahagian kanan jambatan kayu, AM dapat lihat batu besar berbentuk sireh junjung dengan ketinggaan 7 meter.

Secara peribadi AM rasakan laluan gua yang sepanjang 400-meter dari pintu masuk hingga hujung gua sangat santai dengan trek yang selamat. Malahan gua ini sudah diterangi dengan lampu yang berwarna warni sehingga menimbulkan kecantikan formasi batu di dalam.

PENEMUAN KHAZANAH BERHARGA DI GUA SIREH Titisan air bercampur kalsium yang terbentuk ribuan tahun telah membentuk formasi stalagmit dan stalaktit yang pelbagai dan menakjubkan seperti bentuk singa, mini love, pentas, pengisar tepung, perahu patah dan sebagainya.
AM berpeluang juga menyaksikan persembahan bunyi gong dengan hanya menggunakan batu keras yang terdapat di dalam gua. Terdapat juga banyak kesan fosil atau kulit kerang dan siput lama yang dikatakan ada kaitan dengan sungai atau laut.

AM dimaklumkan bahawasanya mengikut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia, Gua Sireh dan gua sekitarnya ini sudah ada masyarakat terawal yang mendiami gua sejak 16,000 - 17,000 tahun yang lalu.

Waktu Operasi : Setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

5.30 petang kemasukan terakhir.

Setiap lawatan akan ditemani oleh Malim Gua Sireh.


NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

Sekalung penghargaan buat Pejabat Tanah Daerah Baling, Majlis Daerah Baling, APM Baling, Malim Gunung, dan Team Gua Sireh.

#GuaSirehBaling #GuaSirehIsBeautiful #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2024/01/gua-sireh-punyai-keunikan-dan-kepelbagaian-batu-semulajadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah

Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah masih lagi dalam mood untuk berkongsi tentang trip Baling kali ini adalah mengenai sebuah gua yang sebenarnya sangat menarik dan aku rasa mampu men...
Kes Batu Puteh Kabinet Tubuh Rci Kaji Pengendalian

Kes Batu Puteh Kabinet Tubuh Rci Kaji Pengendalian

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 137 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir selatan Ketua Setiausaha Negara Tan...
Azalina Batu Puteh Rci Will Uncover The Truth

Azalina Batu Puteh Rci Will Uncover The Truth

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 210 hits
Azalina said the establishment of the RCI will also assist the government in processes and procedures related to national sovereignty 8211 Bernama photo PENAMPANG The move to establish the Royal Commission of Inquiry to review the issu
Polres Rohil Kawal Pemindahan Surat Suara Dprd Provinsi Ke Gor Batu 6

Polres Rohil Kawal Pemindahan Surat Suara Dprd Provinsi Ke Gor Batu 6

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 89 hits
Pengawalan ketat dilakukan Satgas Pam Gudang Logistik KPU Rohil yang dipimpin Iptu Yatim
4 Hari Lelaki Ini Redah Parit Akhirnya Terjumpa Cincin Batu Jed Bernilai Rm670000

4 Hari Lelaki Ini Redah Parit Akhirnya Terjumpa Cincin Batu Jed Bernilai Rm670000

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 203 hits
Kejadian ini menyebabkan penduduk di kawasan kejiranan di wilayah ini terpaksa menanggung bau yang tidak enak selama tiga hari Sejenis cincin yang dihiasi dengan permata jed bernilai 1 juta yuan dilaporkan tercicir dari tingkap sebuah rumah...
Visitors Celebrate Colours Diversity During Thaipusam At Batu Caves

Visitors Celebrate Colours Diversity During Thaipusam At Batu Caves

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 191 hits
Devotees carrying paal kudam as they make their way up to the Sri Subramaniar Swamy temple at Batu Caves BATU CAVES The 28 year old looked resplendent in her orange saree blending in with the sea of colours at Batu Caves where Thaipusam cel...
Govt To Form Rci On Batu Puteh Middle Rocks South Ledge Sovereignty

Govt To Form Rci On Batu Puteh Middle Rocks South Ledge Sovereignty

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 195 hits
The cabinet has decided to form a Royal Commission of Inquiry on the sovereignty of Batu Puteh Batuan Tengah and Tubir Selatan The decision was made after a cabinet meeting today Batu Puteh Batuan Tengah and Tubir Selatan are three tiny isl...
Mengintip Kampung Sakura Versi Kota Batu Tarik Serasa Di Jepang Beneran

Mengintip Kampung Sakura Versi Kota Batu Tarik Serasa Di Jepang Beneran

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 184 hits
Keunggulan tiap tiap wilayah dalam upaya meningkatkan minat kunjungan wisatawan secara berkelanjutan
Missing Bella Case Skeleton Found In Batu Pahat Abandoned House

Missing Bella Case Skeleton Found In Batu Pahat Abandoned House

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 136 hits
Kamarul said the skeleton was found at about 2pm after one of the arrested suspects led police to the scene 8211 Bernama photo BATU PAHAT A partial human skeleton found in an abandoned house in Batu 7 Tongkang Pechah here today is believed
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat