Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku dan rakan-rakan blogger / influencer berkesempatan melawat Weng Valley yang terletak di Baling, Kedah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula seawal jam 9.00 pagi sehinggalah ke sebelah petang. 
Sebagai salah satu lokasi pelancongan dan tarikan terbaru, kali ini aku akan kongsikan apa yang menarik yang anda boleh dapatkan dan rasai di Weng Valley!
{tocify} $title={KANDUNGAN}
PUSAT REKREASI WENG VALLEY !
Weng Valley merupakan sebuah tarikan menarik terbaru yang terletak di Felcra Gugusan Weng. Idea untuk menghasilkan sebuah pusat rekreasi yang penuh dengan aktiviti dan tarikan di Felcra ini merupakan satu idea yang bernas. 
Selain dapat membawa pengunjung dan pelancong dari luar ke kawasan ini, ia juga dapat meningkatkan ekonomi penduduk di sini sekaligus dapat meningkatkan punca pendapatan

APA ITU FELCRA ?Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (Felcra) telah ditubuhkan pada 1 April 1966 yang mana Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein. Felcra telah ditubuhkan dibawah satu peruntukkan undang – undang yang dikenali sebagai Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan 1966. 
Penubuhan Felcra adalah bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah penganugerahan tanah-tanah oleh kerajaan kepada rakyat tanpa sebarang bantuan untuk meningkatkan pendapatan masyarakat desa khususnya di dalam memajukan tanah-tanah berkenaan bagi tujuan pertanian. 
APA YANG MENARIK DI PUSAT REKREASI WENG VALLEY ?
Sebenarnya banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Weng Valley! Aku sendiri sebagai penduduk Kedah sebenarnya tidak tahu betapa banyaknya tempat menarik dimana kita boleh melakukan aktiviti bersama keluarga. Untuk itu, jom aku kongsikan antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Weng Valley! MANDI MANDA DI TAMAN AIR
Tarikan utama buat mereka yang datang ke sini sudah tentunya taman air atau kolam mandi! Memang sangat sesuai sekiranya anda datang bersama keluarga dan sebagainya, menghabiskan masa di sini


Terdapat dua kolam air, satu untuk dewasa manakala satu lagi untuk kanak-kanak. Selain itu, turut disertakan kawasan permainan kanak-kanak untuk mereka bermandi manda dan bermain riang. 

Kemudahan yang tersedia di sini termasuklah tandas awam, bilik mandi, surau, serta kiosk yang menjual makanan

MENUNGGANG ATV DI WENG VALLEY

Selain mandi manda, anda juga boleh menaiki ATV di Weng Valley! Anda yang datang boleh memilih untuk menaiki ATV laluan biasa atau yang lebih ekstrem. Kepada peminat ATV, apa lagi tunggu, terus datang ke Weng Valley ya
MENAIKI KERETAPI MINI
Sekiranya anda datang ke Weng Valley, jangan lupa untuk menaiki keretapi mini ini bersiar-siar mengelilingi kampung ya! Memang seronok dan untuk orang dewasa seperti aku ini berasakan seperti kembali ke zaman kanak-kanak


Jangan risau, untuk budak-budak sememangnya selamat, untuk orang tua bersaiz besar juga muat. Memang seronok bersiar-siar sekitar Felcra Weng!
BERKAYAK DI WENG VALLEY !
Aktiviti lain yang anda boleh lakukan di Weng Valley adalah berkayak! Jangan risau, segala kelengkapan untuk berkayak telah disediakan termasuklah jaket keselamatan. Selain dapat mengeluarkan peluh, anda juga boleh bergambar bersama kayak dan mempamerkan gambar tersebut di laman media sosial sebagai bukti bahawa anda pernah berkayak

LAWATAN LADANG LEBAH KELULUT
Lebah kelulut atau kelulut sahaja ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika


Weng Valley turut mempunyai ladang lebah kelulutnya tersendiri. Pengunjung boleh lihat bagaimana lebah kelulut diternak di sini. Selain itu, pengunjung juga boleh melihat antara produk-produk madu kelulut yang dihasilkan selepas siap diproses


Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain

MENU TRADISI DIPERKENALKANAlhamdulillah, kedatangan kami turut diraikan serba meriah oleh penduduk sekitar Weng Valley. Mereka turut memperkenalkan beberapa menu tradisi di Baling kepada kami semua. Selain itu, mereka turut mengadakan demonstrasi di mana kami dapat melihat sendiri bagaimana setiap makanan itu dihasilkan


Cucur Jawa : Sebagai seorang anak Kedah, ini merupakan antara kuih yang aku selalu jumpa dan juga merupakan kegemaran sekeluarga aku sendiri. Pernah beberapa kali menghasilkan sendiri dan memang kuih ini sangat sedap



Roti arab / Roti Puri : Untuk roti arab ini memang selalu juga nampak dan makan, roti yang mana berbentuk bulat dan didalamnya mempunyai ruang kosong diisi angin. Boleh dimakan dan dicicah bersama apa jenis gulai atau kari dan sebagainya


Peknga / Cucur Tempek : Ini juga merupakan antara menu yang selalu aku makan dari kecil sehingga sekarang. Boleh makan bersama gulai ikan atau sebagainya. Selalu makan diwaktu sarapan, tapi kadang-kadang makan makanan ini sahaja sudah kenyang sehingga ke petang. 

Kuih Semelit : Ini merupakan sesuatu yang aneh bagi aku. Pertama kali mendengar bagaikan nama bagi simptom yang aku rasa ramai tahu. Dihasilkan daripada daun semelit, makanan ini merupakan makanan signature penduduk di sini yang mana ia merupakan tradisi turun temurun. Enak dimakan bersama kopi panas sambil bersembang menikmati keindahan alam. 


Bengkang Sawit/ Bingka Sawit : Keluarga aku sebenarnya sangat meminati kuih bengkang atau mereka yang berada di sekitar ibu negara menggelarnya sebagai bingka. Tetapi ini merupakan pertama kali aku melihat dan mencuba Bengkang yang diperbuat daripada sawit. Dikhabarkan bahawa menu ini merupakan menu popular bagi mereka yang berada di felcra atau felda memandangkan buah kelapa sawit senang untuk dijumpai.   LAWATAN KE LADANG TIMUN
Kami juga dibawa melawat ladang timun yang diusahakan oleh seorang anak muda. Difahamkan seluruh keluarga beliau mengusahakan tanaman-tanaman seperti cili, dan juga peria. 

LAWATAN KE RUMAH PERTAMA FELCRA
Kami juga dibawa untuk melawat rumah Felcra pertama disini yang dijaga begitu rapi dan bersih. Melihat ruangan dalam rumahnya cukup sederhana sahaja. Jika dibandingkan rumah felcra tersebut dengan rumah-rumah pada masa kini cukup berbeza


HARGA BAYARAN MASUK DI WENG VALLEY Berikut merupakan senarai harga bayaran yang dikenakan buat pengunjung yang ingin melakukan aktiviti di Weng Valley ini

✅ TAMAN AIR : RM3
✅ MINI KERETAPI : RM5
✅ ATV : RM20.00 (EXTREME)RM15.00 (BIASA)✅ KAYAK : RM5 (SINGLE)RM10.00 (DOUBLE)
Jom ramai-ramai datang ke Weng Valley. Tak kiralah sekiranya anda berasal dari mana, daripada kawasan sekitar, sekitar negeri Kedah dan sebagainya, jom beriadah bersama keluarga di Weng Valley

WENG VALLEY, KEDAH

Lokasi : Felcra Weng, Baling, KedahWaktu Operasi : 10.00 Pagi - 7.00 MalamHubungi : 019-470 2949
Facebook : https://www.facebook.com/wengvalleyFacebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100088522760517TikTok : https://www.tiktok.com/@wengvalley
#WengValley #FelcraWeng #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/01/weng-valley-destinasi-pelancongan-penuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaling merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah Darul Aman Seperti yang anda sedia maklum baru baru ini aku berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di daerah ini terutamanya di bandar Ba...
Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 266 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan P...
Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah

Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 151 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga kita semua masih kuat dan bertenaga untuk menghadapi masa yang semakin sukar Baiklah dalam artikel kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku...
Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 199 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti NATURE BASED TRAVELERS FAM TRIP selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpelua...
Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah

Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah masih lagi dalam mood untuk berkongsi tentang trip Baling kali ini adalah mengenai sebuah gua yang sebenarnya sangat menarik dan aku rasa mampu men...
Cuti Umum Kedah 2024 Dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah

Cuti Umum Kedah 2024 Dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 394 hits
Berikut merupakan senarai cuti umum Kedah 2024 untuk pengetahuan umum Kalendar cuti umum bagi negeri Kedah tahun 2024 seperti yang disiarkan di laman web Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Semoga kalendar cuti ini dapat membantu warga negeri ...
Meriah Sembang Santai Gen Z Katakan Ya Pada Simpan Sspn Penuh Perkongsian Ilmu Bermanfaat Games Menarik

Meriah Sembang Santai Gen Z Katakan Ya Pada Simpan Sspn Penuh Perkongsian Ilmu Bermanfaat Games Menarik

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 264 hits
Membuat persediaan kewangan untuk masa depan anak anak sudah menjadi tanggungjawab ibu ayah Simpanan untuk pendidikan mereka perlu dibuat sedari awal bagi memudahkan anak anak melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi Memandang se...
Apa Yang Menarik Di Dima Garden Kuala Ketil Kedah

Apa Yang Menarik Di Dima Garden Kuala Ketil Kedah

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan semua Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kepada yang belum tahu baru baru ini aku ada menyertai FAM TRIP kelolaan QTT Group PLT dan Kemb...
Pesona Alam Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

Pesona Alam Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik baik sahaja Baiklah kali in aku nak kongsikan satu lagi tempat menarik yang anda boleh kunjungi di...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults