Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kita bertemu lagi dalam artikel terbaru. Bagaimana dengan hari-hari anda? Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja

Baiklah, seperti mana yang anda maklum, baru-baru ini aku menyertai satu program ke daerah Baling. Salah satu lokasi tempat makan yang kami singgah adalah di restoran Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie. Nak tahu apa yang menarik di sini? Jom aku kongsikan secara penuh di dalam artikel ini

Oh ya, untuk anda yang mungkin nak tahu tempat-tempat makan menarik lain di daerah Baling, boleh terus ke sini ya : https://www.aerill.com/2024/01/tempat-makan-menarik-wajib-kunjungi-di.html
{tocify} $title={KANDUNGAN}
MAKAN DI NASI KUKUS AYAM PENYET BEREMPAH MAK LANG MAT LIE, BALING, KEDAH

Restoran Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie ini diusahakan oleh Mak Lang dan keluarganya bermula pada tahun 2016. Bermula dengan warung kecil-kecilan sahaja, kini Mak Lang mempunyai sebuah restoran dua tingkat yang boleh memuatkan ramai pelanggan


Lokasinya yang strategik iaitu betul-betul di tepi jalan yang menjadi laluan orang menjadikan restoran ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 10.30 malam, pelanggan yang datang ke sini menikmati menu tidak kira masa, termasuklah waktu bersarapan, makan tengahhari, makan petang dan juga makan malam


Setibanya kami di restoran ini sekitar jam 8.30 malam, kelihatan sebuah restoran yang berwarna warni, dihiasi dengan lampu berbagai warna menyambut kedatangan pelanggan

Mempunyai dua tingkat, of course kami memilih untuk makan di bahagian atas yang didekorasikan dengan hiasan tradisional rumah melayu lama yang cukup ikonik


Pelanggan sebenarnya boleh memilih sama ada mahu makan di ruangan bawah atau di tingkat atas. Untuk di tingkat atas pula terdapat dua jenis tempat makan, pertamanya makan di atas meja seperti biasa, atau satu lagi makan bersila di ruangan yang telah dikhaskan

MAKAN NASI KUKUS AYAM PENYET BEREMPAH !
Of course bila datang ke sini anda wajib mencuba menu Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah! Sebagai pencinta ayam, menu ini sememangnya aku sangat suka. Sebelum ini aku pernah mencuba beberapa menu nasi ayam berempah di beberapa tempat lain. Bagaimanakah dengan menu ini di sini


Pertamanya, aku suka dengan nasinya. Rasa bagi nasi kukus itu adalah sedikit berbeza berbanding nasi biasa. Selain itu, aku juga suka dengan ayamnya yang digoreng dengan pelbagai rempah. Untuk bahagian ayam sebenarnya anda boleh 'request' ya! Macam aku, aku suka bahagian isi dan kepak. 
Telur masin dan papadom juga diberikan dalam set nasi ini. Sambalnya juga bagi aku tahap kepedasannya adalah pada tahap yang terbaik. Aku cukup suka dengan sambalnya, sampaikan aku meminta sambal kedua. Untuk itu, aku boleh katakan ini adalah menu nasi ayam berempah paling sedap yang pernah aku cuba seumur hidup


Di sini juga terdapat beberapa menu lain yang anda boleh cuba. Contohnya macam anda datang ramai-ramai, takkan semua akan makan nasi kukus ayam berempah je kan? 
Ada juga menu lain seperti nasi kukus set ikan keli, nasi kukus set puyuh, moi sup, bihun sup, koey teow sup, mee goreng, laksa dan sebagainya


Tiga menu yang sempat kami cuba (berkongsi) adalah moi sup, bihun sup dan juga laksa kedah. Of course sebagai anak Kedah, aku sangat suka laksa kedah. Untuk laksa, yang menjadikan sesuatu laksa itu sedap adalah pada kuahnya. 
Kuah laksanya memang pekat dan sedap. Ditambah pula dengan bahan-bahan lain seperti telur, mee laksa, cili dan sebagainya, memang sedap! Tapi sebab dah kenyang makan nasi, terpaksalah makan sedikit sahaja



Secara keseluruhannya, aku sangat sarankan untuk anda datang ke Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie ini. Ada banyak menu menarik yang anda boleh cuba. Selain itu, ruangan tempat makannya juga sangat selesa

In shaa Allah aku akan bawa keluarga aku yang menetap di Merbau Pulas, Kulim untuk datang ke sini suatu hari nanti

SEKIAN
NASI KUKUS AYAM PENYET BEREMPAH MAKLANG MATLIE
LOKASI : K10 Jalan Baling, Kampung Terabak, 09100 Baling, KedahHUBUNGI : 013-968 1458WAKTU OPERASI : 8pagi-10.30 malam
FACEBOOK : https://www.facebook.com/mak.lang.92123?locale=en_GBINSTAGRAM : https://www.instagram.com/mak.lang.92123/ / https://www.instagram.com/balqisaiin_/

#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-
📱+60174079734📱+60193036008📩 : [email protected]
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.
Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim gunung dan kumpulan Gua Sireh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/02/makan-di-nasi-kukus-ayam-penyet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ayam Penyet

Nasi Ayam Penyet

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi NASI AYAM PENYET Semalam encik suami balik lewat dari sekolah Disebabkan drag meeting sampai ke petang Biasalah Di penghujung sesi persekolahan pastinya banyak benda yang hendak dibincangkan Jadi kisahnya Tak na...
Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaling merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah Darul Aman Seperti yang anda sedia maklum baru baru ini aku berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di daerah ini terutamanya di bandar Ba...
Nasi Dah Lah Mahal Pelanggan Sakit Perut Makan Ayam Bakar Basi Netizen Puji Owner Cepat Bertindak

Nasi Dah Lah Mahal Pelanggan Sakit Perut Makan Ayam Bakar Basi Netizen Puji Owner Cepat Bertindak

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 195 hits
Viral di laman Facebook kisah seorang pelanggan yang merasa kecewa apabila makanan yang dibeli di sebuah gerai makan di Pasar Malam Bintong Perlis itu ternyata sudah basi dan mengakibatkan dirinya sakit Mahal dan basi Berdasarkan perkongsik...
Tapau Nasi Padang Rumah Makan Pak Ali

Tapau Nasi Padang Rumah Makan Pak Ali

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum WBTBALIK kerja dua hari lepas Pak Inche ajak tapau Nasi Padang di sini Dekat jer ni dengan pejabat Sk tapi akhir akhir ni baru perasan kewujudannya Rupa rupanya memang baru sahaja dibuka bila Sk tanya Angah Pejabat Angah bel...
Mak Perasan Ada Perempuan Selalu Mesej Ayah Ayah Selalu Tak Makan Dekat Rumah Aku Selongkar Pejabat Ayah Jumpa Sesuatu

Mak Perasan Ada Perempuan Selalu Mesej Ayah Ayah Selalu Tak Makan Dekat Rumah Aku Selongkar Pejabat Ayah Jumpa Sesuatu

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 169 hits
Saya tak tahu nak meluahkan kepada siapa tetapi benda amat mengecewakan saya Saya seorang yang mempunyai trust issue yang tinggi Dan apabila kejadian ini berlaku dan telah membuat saya rasa kecewa dan sedih teramat sangat Okay benda ini ber...
Tak Cuma Nasi Gudeg Ini Menu Disantap Jokowi Dan Ahy Saat Makan Bareng Di Yogyakarta

Tak Cuma Nasi Gudeg Ini Menu Disantap Jokowi Dan Ahy Saat Makan Bareng Di Yogyakarta

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 204 hits
Usai menyantap gudeg mereka menyapa warga yang telah menunggu di depan rumah makan sembari membagikan kaus berwarna hitam
Resepi Ayam Kukus Halia

Resepi Ayam Kukus Halia

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 179 hits
BAHAN BAHAN 500 gm ayam 4 sudu teh lada putih1 sudu besar minyak bijan2 sudu besar madu150 gm halia 100 gm bawang putih 100 gm bawang merah 9dikisar halus 50 gm daun sup 9dihiris halus 50 gm daun bawang garam secukup rasa CARA MEMBUAT 1 Ber...
Lunch Ayam Kampung Di Mak Pah Tom Yam

Lunch Ayam Kampung Di Mak Pah Tom Yam

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 122 hits
Dah buntu tak tau nak pegi mana kami pun lunch di Restoran Mak Pah Tom Yam Kuala Lumpur nbsp nbsp nbsp Next time boleh repeat sebab sesuai dengan selera walau pun simple Restoran ni depan kedai batik Kami oder nasi putih dan ayam kampung nb...
Pesona Alam Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

Pesona Alam Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik baik sahaja Baiklah kali in aku nak kongsikan satu lagi tempat menarik yang anda boleh kunjungi di...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand