Lawatan Ke Galeri Rundingan Baling Baling Kedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak berkongsi tentang satu lokasi yang aku kira ramai yang pernah dengar tentang terma Rundingan Baling. Sebuah galeri telah dibina menempatkan pelbagai perkara menarik tentang sejarah menuju ke arah kemerdekaan dan Rundingan Baling 1955 menjadi fokus utama galeri tersebut

Oh ya, lupa nak beritahu bahawa baru-baru ini aku ada menyertai satu FAM TRIP ke daerah Baling, melihat tempat-tempat dan produk menarik yang ada di daerah ini. Untuk anda yang berminat nak baca artikel-artikel yang aku tulis berkenaan daerah Baling, boleh klik sini : AERILL X BALING
{tocify} $title={KANDUNGAN}
LAWATAN KE GALERI RUNDINGAN BALING, BALING, KEDAH
Galeri Rundingan Baling atau sebelum ini dikenali sebagai Galeri Putera terletak di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera. Untuk maklumat, di sinilah terjadinya peristiwa Rundingan Baling 1955. Rundingan tersebut melibatkan pihak Kerajaan yang terdiri daripada Tunku Abdul rahman, Dato Sir Tan Cheng Lock, David Marshall dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin

PERISTIWA RUNDINGAN BALING 1955
Pada awal bulan Jun 1955, sepucuk surat telah diterima daripada wakil Ibu Pejabat Pemerintah Tertinggi Tentera Pembebasan Malaya yang menyatakan bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) bersedia untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan darurat dan memulihkan keamanan di Malaya

Pada 18 September 1955 iaitu sejurus selepas Kerajaan Perikatan mendapat kuasa (hasil daripada pilihanraya pertama), tawaran pengampunan telah diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri. Syarat-syarat pengampunan (amnesty) telah dikeluarkan dan disebarkan secara meluas

Dalam pada itu hubungan telah dibuat dengan wakil Chin Peng untuk mengadakan rundingan bagi membincangkan syarat-syarat tersebut. Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk mengadakan rundingan dengan Chin Peng, tetapi sebaliknya beliau mahu bersemuka dengan Chin Peng untuk menerangkan syarat-syarat pengampunan dan akan menimbangkan sebarang cadangan yang mungkin akan dikemukakan oleh pihak PKM

SEJARAH PENUBUHAN GALERI RUNDINGAN BALING
Untuk maklumat, ruang asal Galeri Rundingan Baling merupakan tempat rehat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) semasa rundingan tersebut berlaku


Pada tahun 2021, Jabatan Warisan Negara telah menjalankan kerja-kerja konservasi pembaikan bangunan dan siap pada penghujung tahun 2021. Pada tahun 2022, Kementerian Pelancongan telah meluluskan kerja-kerja menyiapkan galeri pameran tetap yang dilaksanakan oleh Lembaga Muzium Negeri Kedah. 

Pada tahun 2023, Mesyuarat Tindakan Pelancongan Daerah Baling bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah bersetuju agar pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah sebagai agensi yang bertanggungjawab menjalankan operasi harian Galeri Rundingan Baling memandangkan agensi ini mempunyai kepakaran berkaitan pameran dan pemuziuman. 
APA YANG TERDAPAT DI GALERI RUNDINGAN BALING ?Galeri Rundingan Baling ini mempamerkan peristiwa bersejarah berkaitan Baling yang berlaku sebelum kemerdekaan antaranya Darurat di Tanah Melayu, Sejarah Parti Komunis Malaya (PKM), Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Kezaliman Komunis, Pembenterasan Komunis di Tanah Melayu, Kesan Darurat, Kepimpinan Tempatan di Kedah, Home Guard dan Rundingan Baling



Selain pameran, di sini juga terdapat ruangan utnuk para pengunjung melihat video dimana kisah Rundingan Baling 1955 diceritakan oleh salah seorang veteran yang berkhidmat pada ketika itu



Selain sejarah peristiwa galeri Rundingan Baling juga mempamerkan sejarah asal usul nama Baling melalui mitos Raja Bersiong yang berkait rapat dengan sejarah asal-usul nama di beberapa tempat di Baling. Sedikit sebanyak pameran yang terdapat di dalam galeri ini menunjukkan tentang kisah hidup masyarakat dan kegiatan ekonomi pada zaman dahulu di Daerah Baling


MITOS RAJA BERSIONGBercakap mengenai mitos Raja Bersiong ini, sebenarnya aku sendiri begitu 'familiar' dengan kisah ini. Mak aku dibesarkan disebuah tempat yang dikenali sebagai Merbau Pulas, terletak di pinggir daerah Kulim berdekatan dengan pekan Kuala Ketil. Sewaktu aku kecil, aku selalu mendengar mitos ini yang diceritakan oleh kedua tok dan tokwan aku

TABIAT buruk dan kekejaman Raja Bersiong bermula selepas memakan sayur bayam bercampur darah manusia, milik tukang masak istana yang tidak sengaja terhiris jarinya ketika sedang memasak. Apabila makanan itu dihidangkan dan disantap Raja Bersiong, berasa kelainan ketara


Hal ini diajukan kepada tukang masak dengan bertanya resipi yang digunakan dan terpaksa tukang masak itu menceritakan hal sebenar yang berlaku. Sejak itulah baginda mengarahkan masakannya dicampur dengan darah manusia

Pengawal istana diarah membunuh musuh baginda dipenjara dan dipancung untuk diambil darahnya. Apabila semua tawanan sudah habis, kanak-kanak pula menjadi mangsa. Rakyat ketakutan dan selepas sekian lama, mula timbul api pemberontakan menentang kezaliman raja

Raja Bersiong yang semakin ghairah dengan darah mengalami masalah sakit gigi yang disebabkan siung mula timbul di mulutnya. Ketika ini pula gerakan memberontak bermula dan menyerang istana menyebabkan raja melarikan diri

Ada yang mengatakan pemberontakan itu diketuai seorang menteri dan ada pula mendakwa ia dipimpin raja negeri Kampar yang berjiran dengannya

Ketika dalam perjalanan di hutan, giginya semakin sakit dan selepas berhempas pulas mencabut siung, akhir berjaya dan mencampakkan taringnya jauh ke hutan sebagai tanda marah, lalu dinamakan Baling. Ada yang mengatakan baginda melarikan diri bersama sekumpulan pengikut dan berkubu di Kota Air, Gubir

Daripada peristiwa Raja Bersiong itu, timbullah nama tempat seperti Merbau Pulas, Kuala Pegang dan Kuala Ketil dan Kota Aur

JOM KE GALERI RUNDINGAN BALINGAlhamdulillah, datang sahaja ke Galeri Rundingan Baling ini membuatkan aku seperti kembali ke zaman sekolah. Subjek Sejarah merupakan salah satu matapelajran yang aku suka, jadi sudah tentu peristiwa Rundingan Baling merupakan peristiwa yang aku masih ingat

Tahniah diucapkan kepada pihak Jabatan Warisan Negara kerana berjaya memperbaiki dan membaik pulih pameran-pameran di sini. Semoga selepas ini Galeri Rundingan Baling ini bakal menjadi sebuah lokasi pelancongan popular di Baling, terutamanya buat peminat sejarah

GALERI RUNDINGAN BALING

LOKASI : Bersebelahan Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, Kampung Banggol Lada, 09100 Baling, Kedah
WAKTU OPERASI : Setiap Ahad : 10.00 pagi - 4.30 petangLAMAN SESAWANG : https://www.muziumkedah.gov.my/

#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-
📱+60174079734📱+60193036008📩 : [email protected]
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.
Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim gunung dan kumpulan Gua Sireh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/02/lawatan-ke-galeri-rundingan-baling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Galeri Rundingan Baling Lokasi Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi

Galeri Rundingan Baling Lokasi Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 263 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti NATURE BASED TRAVELERS FAM TRIP selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpelua...
Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah

Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga kita semua masih kuat dan bertenaga untuk menghadapi masa yang semakin sukar Baiklah dalam artikel kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku...
Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah

Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah masih lagi dalam mood untuk berkongsi tentang trip Baling kali ini adalah mengenai sebuah gua yang sebenarnya sangat menarik dan aku rasa mampu men...
Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku dan rakan rakan blogger influencer berkesempatan melawat Weng Valley yang terletak di Baling Kedah Pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula seawal jam 9 00 pagi sehinggalah ke sebelah p...
Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam artikel terbaru Bagaimana dengan hari hari anda Semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah seperti mana yang an...
Pesona Alam Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

Pesona Alam Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik baik sahaja Baiklah kali in aku nak kongsikan satu lagi tempat menarik yang anda boleh kunjungi di...
Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaling merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah Darul Aman Seperti yang anda sedia maklum baru baru ini aku berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di daerah ini terutamanya di bandar Ba...
Kambing Golek Dan Kari Kepala Ikan Kedah Sajian Istimewa Sempena Ramadan Di Hotel Royal Signature

Kambing Golek Dan Kari Kepala Ikan Kedah Sajian Istimewa Sempena Ramadan Di Hotel Royal Signature

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 223 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Tinggal kurang dari 50 hari sahaja lagi seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadan Mesti korang tengah tengok...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023