Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah semoga kita semua masih kuat dan bertenaga untuk menghadapi masa yang semakin sukar. Baiklah, dalam artikel kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku mendaki sebuah gunung yang memang indah, terletak di Daerah Baling, Kedah

Gunung yang aku daki bersama rakan-rakan blogger / influencer adalah Gunung Baling. Oh ya, dalam artikel ini aku juga akan kongsikan juga tempat kami menginap dan juga satu lokasi menarik terletak di kaki Gunung Baling yang anda wajib singgah


{tocify} $title={KANDUNGAN}
PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG BALING, KEDAH !
Gunung Baling merupakan sebuah gunung batu kapur yang termasuk dalam kategori gunung ' limestone outcrops'. Gunung ini terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling dan berketinggian 546 meter. Sebenarnya terdapat dua buah gunung di sini iaitu Gunung Baling dan juga Gunung Pulai. Jika dibandingkan, Gunung Baling mempunyai pendakian yang lebih mudah berbanding Gunung Pulai

Baiklah, pertamanya aku nak kongsikan penginapan kami pada malam sebelum mendaki iaitu di Mountain Baling Garden Village. Kedua aku akan kongsikan pula pengalaman pendakian yang sangat indah, penuh dengan kenangan menarik dan akhir sekali aku akan kongsikan tempat cantik di kaki Gunung Baling iaitu Titi Hayun Lubuk Pedati

Mountain Baling Garden Village > Gunung Baling > Lubuk Pedati

PENGINAPAN DI MOUNTAIN BALING GARDEN TERRACE 
Mountain Baling Garden Village merupakan sebuah 'boutique chalet' yang terletak di tengah bandar Baling. Untuk ke Pejabat Pendakian Gunung Baling mengambil masa kurang daripada 10 minit sahaja menjadikan ia lokasi sesuai untuk menginap sekiranya ingin mendaki Gunung Baling

Di sini terdapat tiga jenis bilik iaitu The Royal Suite, Deluxe Queen dan Single Deluxe Double. Bilik yang aku tidur adalah bilik jenis Single Deluxe Double. Bilik yang cukup selesa, terdapat semua kemudahan yang diperlukan seperti peti ais, seterika televisyen, pendingin hawa dan sebagainya.

Lokasi Mountain Baling Garden Vilage ini juga sangat strategik, berdekatan dengan stesyen minyak dan juga Masjid Ridzwaniah dan juga beberapa lokasi popular di bandar Baling



Lebih menarik, di sebelah malam pula terdapat paparan cahaya lampu menarik memancar ke arah Gunung Baling seakan menyambut kedatangan kami untuk mendaki gunung itu

Baling Mountain Garden Village, Boutique ChaletLOKASI : Baling Mountain Garden Village, Kedah, Baling, MalaysiaHUBUNGI : 017-558 6428 / 017-422 9001EMAIL : [email protected] :https://www.facebook.com/bmgardenvillage/IG : https://www.instagram.com/balingmountaingardenvillage/

PENDAKIAN GUNUNG BALING BERMULA


Baiklah, tiba masa yang ditunggu-tunggu iaitu perkongsian mengenai pendakian Gunung Baling. Alhamdulillah, perancangannya adalah untuk kami semua mendaki dan sampai ke puncah ketika matahari terbit. Khabarnya pemandangan ketika matahari terbit sangat lawa

Maka, seawal jam 4 pagi kami sudah bersiap dan berkumpul bergerak ke kawasan Pejabat Pendakian Gunung Baling. Kumpulan pendakian kami pada pagi itu turut disertai empat orang malim gunung dan juga empat orang anggota Angkatan Pertahanan Awam. 

Selesai 'warm-up' dan bergambar kenangan, kami memulakan pendakian seawal jam 4.30 pagi. Untuk makluman, laluan mendaki di Gunung Baling boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. 
Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh



Terdapat empat 'checkpoint' keseluruhannya dan antara 'checkpoint'nya adalah pondok ini yang menjadi lokasi solat subuh kami. Tiada air yang disediakan, bermakna anda perlu membawa air sendiri


Pendakian ke puncak Gunung Baling kebiasaannya mengambil masa sekitar 2 hingga ke 3 jam. Pendakian turun pula mengambil masa 1.5 sehingga 2 jam. Untuk seseorang yang sangatlah jarang bersenam dan mendaki gunung, aku mengambil masa yang agak lama berbanding mereka yang profesional dan sering mendaki

Beberapa kali juga aku berhenti mencari nafas dan minum air. Pendakian Gunung Baling ini dikatakan mudah dan sesuai untuk 'beginner' seperti aku. Nampak gayanya untuk mendaki gunung-gunung lain, aku perlukan latihan yang lebih keras sebab mendaki Gunung Baling bagi aku sendiri adalah sukar


Seperti yang diberitahu, terdapat laluan berbatu dimana aku perlu mendaki melalui lubang, memanjat batu dan sebagainya. Memang mencabar fizikal dan mental


Alhamdulillah, semakin sampai ke puncak cuaca semakin sejuk dan berangin. Malangnya matahari terbit tidak dapat dilihat kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun pemandangannya masih menakjubkan


Sebenarnya aku sendiri tak sangka bahawa aku berjaya sampai ke puncak Gunung Baling. Sebagai seorang yang sangat jarang mendaki bagi aku ini adalah pencapaian yang patut dibanggakan

Lebih menariknya, kesemua ahli kumpulan kami berjaya sampai ke puncak! Alhamdulillah. Jom aku kongsikan beberapa gambar menarik yang sempat di ambil


Gambar diatas diambil dari lokasi yang dipanggil sebagai puncak tipu-tipu. Mengapa tipu-tipu? Kerana ramai yang ingat bawah inilah puncak sebenar sedangkan puncak sebenar berada di satu lagi tempat. Anda perlu mendaki beberapa meter lagi laluan berbatu barulah sampai. Dalam gambar anda boleh lihat ada bendera Kedah, disitulah pundak sebenar


Sampai sahaja dipuncak, apalagi bergambar lah. Sempat juga aku makan sedikit jajan yang dibawa dari bawah


Perlu diingatkan buat semua pendaki bahawa sampah-sampah yang dibawa perlulah dibawa pulang. Aku rasa peraturan ini terpakai bukan sahaja di sini tetapi dimana-mana sahaja. Sampah yang kita bawa perlulah disimpan dan dibuang ditempat yang sepatutnya

KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN 

Alhamdulillah, setelah beberapa minit berada di puncak, bergambar, berehat, ber'healing' dan sebagainya, tibalah masa untuk turun pula. Bagi aku pendakian turun adalah lebih mencabar kerana kita perlu menuruni laluan yang dilalui sebelum ini yang mana berbatu, condong dan sebagainya


Alhamdulillah, sampai di bawah dalam sekitar 2 jam pendakian turun. Sampai dibawah apa yang aku perlukan adalah air untuk diminum. Sangat haus ya! Baiklah seterusnya aku akan berikan beberapa info penting tentang pendakian Gunung Baling yang anda perlu tahu

PENDAKIAN GUNUNG BALING✅Masa pendakian 8.00 pagi - 10.00 pagi dan jangkamasa pendakian 1 jam 30 minit✅Bayaran masuk adalah merangkumi permit, sijil, parkir, kemudahan tandas dan bilik mandi✅Terhad kepada 150 orang satu pada satu-satu masa dan pendakian akan ditutup serta merta sekiranya cuaca hujan✅Tidak dibenarkan bermalam✅Digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan slot pendakian penuh✅Tiada pendakian pada waktu petang / sunset dan pendakian tutup selepas jam 10.00 pagi✅Pastikan setiap kumpulan pendaki mempunyai penunjuk arah

PERSEDIAAN UNTUK MENDAKI GUNUNG BALING
#1 Sila pakai pakaian yang sesuai seperti kasut 'hiking' & sarung tangan terutama pada musim hujan kerana jalan yang licin. Sarung tangan sangat berfungsi terutamanya ketika memanjat batu yang tajam dan sebagainya

#2 Jangan lupa untuk bawa air yang secukupnya kerana tiada air yang disediakan di puncak dan sepanjang jalan. 
#3 Boleh juga bawa makanan ringan untuk dimakan ketika perjalanan untuk mengalas perut dan sebagainya. Sampah plastik bungkusan dan sebagainya jangan lupa untuk bawa turun

#4 Untuk pendakian awal pagi, jangan lupa untuk bawa 'head lamp' untuk melihat laluan pendakian dan baju sejuk yang akan dipakai kerana cuaca yang agak sejuk ketika pagi

PROSEDUR UNTUK PERMOHONAN MENDAKI GUNUNG BALING DI AWAL PAGIPermohonan secara bersurat atau email ke pihak Majlis Daerah Baling selewatnya 3 minggu awalMinimun pendaki adalah 30 orang ke atasKeputudan dan kelulusan akan dimaklumkan melalui WhatsAppSetiap pendakian yang diluluskan akan menerima surat atau email, dan hendaklah membawa surat itu pada hari mendakiPersediaan pendaki adalah dibawah tanggungjawab pemohonSetiap permohonan hendaklah bersama penunjuk arah yang bertauliahPihak Majlis Daerah Baling juga menyediakan petunjuk arah yang bertauliah bagi kumpulan atau program jabatanPEJABAT PENDAKIAN GUNUNG BALING
WAKTU OPERASI : Setiap Hari EMAIL : [email protected] : 04 -4701803
BAYARAN DI GUNUNG BALING
PENDAKIAN : RM10 untuk warganegara RM 30 pelancong asingPETUNJUK ARAH : RM100 - RM150MELAYAN PERASAAN DI TITI HAYUN LUBUK PEDATI
Selepas sahaja selesai mendaki Gunung Baling, kami semua terus makan 'brunch' di Warung Mat Noi Route 67. Selesai menjamu selera, kami semua ke kawasan yang dikenali sebagai Titi Hayun Lubuk Pedati


Memang cantik 'bethol' kawasan ini! Sebatang sungai mengalir dengan deras, pemandangan dinding batu kapur yang cantik bagaikan berada di luar negara sedangkan hanya di Baling

Ada sebuah jambatan gantung dibina menghubungkan kawasan seberang sungai. Sambil menikmati pemandangan, tiba-tiba datang dua ekor angsa comel berwarna putih yang berenang riang dan menghampiri tebing sungai


Sempat ber'healing' selama beberapa minit, seterusnya kami pulang ke Mountain Baling Garden Village untuk membersihkan diri dan berehat sebelum bergerak ke lokasi berikutnya. 
Oleh itu, sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai penginapan, pengalaman mendaki Gunung Baling dan juga satu lokasi menarik berdekatan dengan Gunung Baling. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda gambaran tentang keseluruhan pengalaman yang aku dapat pada trip tersebut. Jumpa lagi dalam artikel berikutnya ! Bye

SEKIAN
#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-
📱+60174079734📱+60193036008📩 : [email protected]
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.
Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim gunung dan kumpulan Gua Sireh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/01/pengalaman-mendaki-gunung-baling-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesona Alam Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

Pesona Alam Dusun Tok Wak Desa Baling Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik baik sahaja Baiklah kali in aku nak kongsikan satu lagi tempat menarik yang anda boleh kunjungi di...
Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaling merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah Darul Aman Seperti yang anda sedia maklum baru baru ini aku berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di daerah ini terutamanya di bandar Ba...
Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku dan rakan rakan blogger influencer berkesempatan melawat Weng Valley yang terletak di Baling Kedah Pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula seawal jam 9 00 pagi sehinggalah ke sebelah p...
Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 206 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti NATURE BASED TRAVELERS FAM TRIP selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpelua...
Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah

Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah masih lagi dalam mood untuk berkongsi tentang trip Baling kali ini adalah mengenai sebuah gua yang sebenarnya sangat menarik dan aku rasa mampu men...
Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam artikel terbaru Bagaimana dengan hari hari anda Semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah seperti mana yang an...
Lawatan Ke Galeri Rundingan Baling Baling Kedah

Lawatan Ke Galeri Rundingan Baling Baling Kedah

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak berkongsi tentang satu lokasi yang aku kira ramai yang pernah dengar tentang terma Rundingan Baling Sebuah galeri telah dibina men...
Video Turun Gunung Luhut Perintahkan Kenaikan Pajak Hiburan Ditunda

Video Turun Gunung Luhut Perintahkan Kenaikan Pajak Hiburan Ditunda

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 85 hits
Luhut menjelaskan penundaan kenaikan pajak dilakukan untuk mengevaluasi keputusan tersebut
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm