Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


 

KUALA LUMPUR: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Md Jamil Pauzi menegaskan bahawa Titah Tuanku bukan bahan politik untuk dipermainkan.
Ujarnya, Institusi Diraja tidak boleh dijadikan mangsa permainan naratif atau kepuasan politik jangka pendek, keadilan tidak boleh dilihat terpilih selektif atau bersifat kemenangan politik.
“Sebarang kenyataan atau hantaran yang seolah-olah meraikan penderitaan, menyindir proses undang-undang atau mempamerkan sikap ‘triumphalist’ adalah tidak bertanggungjawab, tidak mencerminkan kematangan kepimpinan, dan boleh menggugat kepercayaan antara rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.
“Kerajaan Perpaduan akan dinilai bukan pada siapa yang bersorak hari ini, tetapi pada siapa yang berani mempertahankan prinsip, adab dan institusi negara apabila keadaan menjadi sukar.
“Jika perkara ini terus dipolitikkan tanpa kawalan, ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian gabungan, malah mencalar maruah institusi yang sepatutnya kita semua pertahankan demi negara dan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Tambah Jamil, menyeru khususnya kepada pimpinan dan wakil rakyat dalam kerajaan, termasuk Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin agar lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan awam.
“Mengawal naratif agar tidak mengapi-apikan sentimen atau persepsi negatif dan mengutamakan penyelesaian berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan, bukan emosi atau kepuasan politik sempit,” jelasnya.
Mengulas lanjut kata beliau lagi, keputusan mahkamah berkaitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan naratif yang ditafsirkan sebagai meraikan penahanan dan ketegangan politik, serta berpotensi mengundang persepsi negatif terhadap institusi keadilan dan keharmonian Kerajaan Perpaduan.
“Dalam sebuah negara yang berteraskan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan sistem Raja Berperlembagaan, setiap keputusan kehakiman wajar dihormati tanpa dipolitikkan, apatah lagi dijadikan bahan sindiran awam yang boleh mencetuskan kegusaran rakyat serta menjejaskan hubungan antara rakan gabungan kerajaan.
“Isu yang berbangkit hari ini bukan semata-mata berkaitan seorang individu, tetapi menyentuh sensitiviti perlembagaan yang jauh lebih besar, khususnya apabila wujud perbahasan awam mengenai kewujudan dan pengendalian satu titah atau Adendum Diraja yang sehingga kini menimbulkan persoalan dari sudut tatakelola, ketelusan dan pertanggungjawaban pentadbiran.
“Apa yang membimbangkan ialah apabila penahanan terus dikekalkan dan dijadikan bahan naratif politik.
Kesahihan titah Tuanku diperdebatkan secara terbuka di ruang awam, namun pihak yang didakwa menyimpan, menyorok atau gagal menguruskan titah tersebut tidak dikenakan sebarang tindakan atau pertanggungjawaban setakat ini,” katanya lagi.
Tegas beliau lagi, jika dibiarkan secara tidak langsung mewujudkan persepsi bahawa titah Tuanku boleh dipersoalkan, dipilih atau diketepikan mengikut kehendak dan kesesuaian politik.
“Satu persepsi yang amat berbahaya dalam sistem Raja Berperlembagaan dan boleh mencalar keyakinan rakyat terhadap institusi negara,” ujarnya lagi. #UMNOnline
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/12/exco-pemuda-umno-md-jamil-pauzi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Logik Rafizi Vs Ketua Pemuda Umno Bukan Macam Si Ketua Pemuda Umno Tu

Ulasan Logik Rafizi Vs Ketua Pemuda Umno Bukan Macam Si Ketua Pemuda Umno Tu

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 100 hits
INI MINDA KETUA PEMUDA UMNO TARAF TU SAJA PEMIKIRAN DIA MANA UMNO NAK MENANG IQ 76SDM RENDAHMISKIN LITERASI 90 RAKYAT SEMUA DIA TAK PUNYA OTAK CAKAP TAK ADA ISI
Tito Karnavian Mohon Maaf Tegaskan Hargai Solidariti Malaysia

Tito Karnavian Mohon Maaf Tegaskan Hargai Solidariti Malaysia

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 86 hits
JAKARTA Menteri Dalam Negeri Indonesia Tito Karnavian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya sebelum ini yang dianggap meremehkan bantuan daripada Malaysia Memetik laporan Wartakota Tito menegaskan beliau sama se...
Isu Titah Adendum Tidak Sah Bersatu Dakwa Umno Pahang Kini Lemah Dan Sekadar Pegang Jawatan Utama Dalam Pentadbiran

Isu Titah Adendum Tidak Sah Bersatu Dakwa Umno Pahang Kini Lemah Dan Sekadar Pegang Jawatan Utama Dalam Pentadbiran

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 119 hits
KUANTAN Kedudukan UMNO Pahang dalam kerajaan negeri disifatkan sebagai lemah dan sekadar memegang jawatan utama dalam pentadbiran kata Timbalan Ketua BERSATU Pahang Datuk Jasri Jamaludin Menurutnya pendirian UMNO negeri yang mahu pimpinan u...
Malaysia Kini Magnet Pelaburan Digital Berkat Infrastruktur Mantap Amp Iklim Politik Stabil

Malaysia Kini Magnet Pelaburan Digital Berkat Infrastruktur Mantap Amp Iklim Politik Stabil

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 114 hits
KUALA LUMPUR 23 Disember Malaysia terus mencuri tumpuan sebagai destinasi utama pelaburan digital apabila kekuatan infrastruktur komunikasi negara serta kestabilan politik semasa meyakinkan pemain global untuk melabur dalam sektor teknologi...
Mahathir Muhyiddin Jadikan Politik Malaysia Semakin Toksik Dua Dua Kena Berundur Puad

Mahathir Muhyiddin Jadikan Politik Malaysia Semakin Toksik Dua Dua Kena Berundur Puad

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 142 hits
Hubungan politik antara nbsp dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali menjadi tumpuan selepas kenyataan kontroversi mengenai tuduhan rasuah terhadap Muhyiddin Hantaran di laman Facebook oleh Ahl...
Cadangan Dari Ketua Pemuda Umno Iq 65 Keh Keh Keh

Cadangan Dari Ketua Pemuda Umno Iq 65 Keh Keh Keh

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 47 hits
Che Ubrahim Kalau hidupkan MN masih 6 5 1 BN 0 Kalau PRK belum tentu lagi sapa yang menang
Haaaa Walaun Waljib Macai Umno Sila Baca Dan Paham Sekolahkan Ketua Pemuda Umno Malu Ke Orang

Haaaa Walaun Waljib Macai Umno Sila Baca Dan Paham Sekolahkan Ketua Pemuda Umno Malu Ke Orang

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 100 hits
Fahami kes Najib Razak dengan betulHarapandailyDecember 23 2025Oleh DR ZULQARNAIN LUKMANMelalui kes Permohonan Semakan Kehakiman No WA 25 136 04 2024 ini kita dapat melihat beberapa fakta yang belum dilapor di media berhubung kes Titah Adde...
Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 191 hits
Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar MalaysiaKalau follow KakYa lama korang memang dah tahu satu benda bila sembang pasal kasut sekolah jawapan KakYa tak pernah lari opkos kasut Sekolah Pallas jadi pilihan Serius ini bukan overclai...
Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Kedai Buku 24 Jam The Library Bookxcess Sunway

Surat Dari Syurga

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Prinsip Frugal Living Hidup Berjimat Tanpa Korbankan Kebahagiaan