Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baling merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Seperti yang anda sedia maklum, baru-baru ini aku berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di daerah ini, terutamanya di bandar Baling bersama rakan-rakan blogger. 
Antara tempat-tempat menarik yang kami lawati termasuklah tempat makan menarik yang menyediakan pelbagai juadah menarik dan begitu menyelerakan. In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan beberapa tempat makan menarik dengan menu-menu sedap yang anda perlu kunjungi sekiranya datang ke Baling, Kedah

{tocify} $title={KANDUNGAN}
TEMPAT MAKAN MENARIK WAJIB KUNJUNGI DI BALING, KEDAH

1) NASI KUKUS AYAM BEREMPAH MAKLANG MATLI
Kalau sebut sahaja nasi kukus ayam berempah, apa yang terfikir dalam fikiran adalah aku boleh dapatkan di mana-mana sahaja. Menu yang aku kira agak popular bagi penduduk Malaysia terutamanya bagi kaum melayu

Jadi, apakah istimewanya Nasi Kukus Ayam Berempah Maklang Matli ini? Menariknya, ayam yang digunakan adalah ayam berempah penyet! Satu keistimewaan yang agak unik


Setiap ketulan ayam yang dihidang memang penuh dengan rempah dan cukup rasa 'juicy'nya. Selain itu, buat penggemar makanan, pengalaman makan di restoran ini sendiri adalah menarik, terdapat dua tingkat untuk pelanggan menjamu selera

Di tingkat atas terdapat tempat untuk duduk bersila dan juga tempat untuk makan di atas meja. Dekorasinya yang cukup menarik, bagaikan berada di rumah tradisional melayu klasik membangkitkan rasa cinta pada bangsa. Eh



Selain menu nasi kukus ayam berempah, ada beberapa lagi menu menarik yang anda  boleh cuba seperti laksa kedah, bihun sup dan pelbagai lagi. Oleh itu, sekiranya anda berada di sekitar Baling, jangan lupa untuk singgah dan mencuba hidangan yang cukup menyelerakan di sini. 
NASI KUKUS AYAM PENYET BEREMPAH MAKLANG MATLI

LOKASI : K10 Jalan Baling, Kampung Terabak, 09100 Baling, KedahWAKTU OPERASI : Setiap Hari / 8.00 Pagi - 10.00 MalamHUBUNGI : 013-968 1458 / 019 -527 3905
INSTAGRAM : @mak.lang.92123 @balqisaiin_FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=100093147159978


2) WARUNG MAT NOI ROTI BAKAR BALING ROUTE 67
Terletak betul-betul di tengah bandar Baling, Warung Mat Noi Roti Bakar Route 67 merupakan sebuah lokasi bersarapan yang sangat popular. Lokasinya yang strategik menjadi salah satu sebab restoran ini mendapat perhatian orang ramai untuk datang dan singgah bersarapan


Mengetengahkan konsep makan dalam hutan, restoran ini menempatkan tempat makan yang cantik, dimana pelanggan dapat menjamu selera sambil menikmati bunyi-bunyian hutan, serta dapat melihat sendiri keindahan pemandangan Gunung Baling yang tersergam indah

Terdapat pelbagai menu yang anda boleh cuba di sini dan kebanyakannnya adalah menu sarapan barat seperti roti bakar, kacang panggang, roti salut telur dan sebagainya. Jangan risau, aku sendiri dan mencuba menu-menu di sini dan alhamdulillah, semuanya memang sedap-sedap belaka


Kepada anda yang datang ke bandar Baling, jangan lupa untuk singgah di Warung Mat Noi Roti Bakar Baling Route 67. Pastikan datang awal kerana restoran in memang sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar

WARUNG MAT NOI ROTI BAKAR BALING ROUTE 67

LOKASI : Baling, 09100 Baling, KedahWAKTU OPERASI : Setiap Hari kecuali Khamis / 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI HUBUNGI : 013-483 3217
FACEBOOK : https://www.facebook.com/Route67WarungMatNoi/

3) M IDAMAN CAFE
Satu lagi lokasi sarapan yang menarik di Baling adalah M Idaman Cafe. Sebuah warung kecil tetapi menampilkan pelbagai jenis menu menarik dan sedap-sedap belaka. Menariknya, lokasi M Idaman Cafe ini terletak di kawasan kampung dan bersebelahan dengan jalan raya besar

Suasananya yang nyaman, tenang sambil menikmati keindahan pemandangan gunung-gunung dan bukit bukau sekitar Baling. 

Terdapat pelbagai menu menarik d sini seperti nasi lemak berlauk,  ayam goreng rangup dan sebagainya. Oh ya, jangan lupa juga unutk cuba menu roti sarang, roti canai dan sebagainnya. Memang sedap dan sungguh menyelerakan


Sekiranya anda datang bercuti di Baling, atau melalui bandar ini untuk ke lokasi tujuan anda, bolehlah sekiranya anda singgah bersarapan di M Idaman Cafe ya

M IDAMAN CAFE

LOKASI : Kampung Dalam Wang, 09100 Baling, KedahWAKTU OPERASI : Setiap Hari kecuali Isnin / 6.30 Pagi - 11.30 PagiHUBUNGI :  013-520 1286
FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=100063948424446TIKTOK : https://www.tiktok.com/@mazidahsakeri

4) NAZARIAH CENDAWAN PEKASAM
Siapa disini peminat tegar Pekasam?! Kalau tiada menu ikan pekasam, maka kuranglah menu lauk anda dan anda berkemungkinan akan mencari sehingga dapat. Tahukah anda bahawa selain ikan, cendawan juga boleh di-pekasam-kan

Ya, di Baling atau lebih tepat lagi di mukim Kupang dalam daerah Baling terdapat seorang pengusaha cendawan pekasam yang sungguh enak. Puan Nazariah Saad mengusahakan ternakan cendawan dan juga menghasilkan produk Cendawan Pekasam sebagai satu produk menarik


Okay, Nazariah Cendawan Pekasam ini bukanlah restoran atau warung, tetapi di sini anda boleh dapatkan cendawan segar 100% organik serta cendawan pekasam yang sudah dipek dengan baik serta kualitinya yang terjaga rapi


Untuk dapatkan cendawan segar atau cendawan pekasam, jangan lupa untuk datang ke sini atau hubungi Puan Nazariah Saad terlebih dahulu ya!
NAZARIAH CENDAWAN PEKASAM

LOKASI : 241, Jalan Kampung Tengah, Kupang, 09200 Kupang, KedahHUBUNGI : 013 - 477 1183
FACEBOOK :  https://www.facebook.com/nazariah.saad/
5) THE WARONG SANTAI-SANTAI
Lokasi tempat makan berikut adalah bukan di Baling. Maaf, kerana terpaksa masukkan lokasi berikut ini dalam senarai ini. The Warong Santai-Santai terletak di Sungai Petani, Kedah

Kami singgah di sini sementara menunggu waktu berlepas menaiki ETS kembali ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, aku merasakan adalah sesuai untuk memasukkan lokasi ini dalam senarai kali ini


Kepada anda yang mungkin berada di sekitar bandar Sungai Petani dan mencari lokasi makan tengahhari yang sedap bolehlah datang ke The Warong Santai-Santai ini. Lokasinya berdekatan dengan Masjid Taman Keladi, disini anda boleh menikmati pelbagai hidangan nasi campur, masakan panas dan juga roti canai



THE WARONG SANTAI-SANTAI


LOKASI : Berdekatan Masjid Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah
Alhamdulillah, setakat ini sahaja senarai lokasi tempat makan menarik yang aku boleh kongsikan. Sepankang keberadaan aku dan rakan-rakan di Baling/ Kedah, inilah antara lokasi tempat makan yang menarik yang sempat kami singgah dan rasai menu dan sajiannya

In shaa Allah, sekiranya aku berkesempatan untuk datang lagi ke kawasan Baling dan sekitarnya, aku akan menambah lagi lokasi-lokasi tempat makan menarik yang terdapat di sini

SEKIAN
#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/01/tempat-makan-menarik-wajib-kunjungi-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tempat Makan Best Di Baling Wajib Singgah Qtt X Kembarojak Fam Trip

5 Tempat Makan Best Di Baling Wajib Singgah Qtt X Kembarojak Fam Trip

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 490 hits
1 Cendawan Pekasam Pertama kali mengetahui tentang cendawan pekasam ni Unik dan ia sesuatu yang baru bagi I Dalam sesi lawatan I ke Baling Kedah last a few weeks ago berkesempatan bertemu dengan Usahawanita yang talented dan akhirnya berjay...
Cuti Umum Kedah 2024 Dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah

Cuti Umum Kedah 2024 Dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 585 hits
Berikut merupakan senarai cuti umum Kedah 2024 untuk pengetahuan umum Kalendar cuti umum bagi negeri Kedah tahun 2024 seperti yang disiarkan di laman web Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Semoga kalendar cuti ini dapat membantu warga negeri ...
Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 330 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku dan rakan rakan blogger influencer berkesempatan melawat Weng Valley yang terletak di Baling Kedah Pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula seawal jam 9 00 pagi sehinggalah ke sebelah p...
Tempat Menarik Di Ipoh Jejak Warisan Concubine Lane Koh Heng Square Dan Bangunan Lama Jadi Tarikan

Tempat Menarik Di Ipoh Jejak Warisan Concubine Lane Koh Heng Square Dan Bangunan Lama Jadi Tarikan

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 220 hits
Cadangan anak anak untuk menginap semalam di Ipoh tak dapat dipenuhi walau teringin sangat sebab dah lama tak real holiday dengan bermalam di inap desa atau hotel tapi sejak rutin berubah dah jadi tanggungjawab untuk bonda cadangan terpaksa...
Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 378 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan P...
Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah

Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga kita semua masih kuat dan bertenaga untuk menghadapi masa yang semakin sukar Baiklah dalam artikel kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku...
Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah

Meneroka Keindahan Gua Sireh Baling Kedah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 308 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah masih lagi dalam mood untuk berkongsi tentang trip Baling kali ini adalah mengenai sebuah gua yang sebenarnya sangat menarik dan aku rasa mampu men...
Apa Yang Menarik Di Dima Garden Kuala Ketil Kedah

Apa Yang Menarik Di Dima Garden Kuala Ketil Kedah

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 392 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan semua Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kepada yang belum tahu baru baru ini aku ada menyertai FAM TRIP kelolaan QTT Group PLT dan Kemb...
Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 237 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti NATURE BASED TRAVELERS FAM TRIP selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpelua...
Betulkan Dulu Sekolah Kerajaan Sebelum Cari Salah Sekolah Islam

Bom Jangka Mula Meledak Krisis Kewangan Jepun Lebih Teruk Daripada Greece

777 8 Jul 2568 Punpro777 24 Top 85 By Marsha Punpro777 World

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Malang Tidak Berbau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Ni Saja Mampu Harap Cukuplah Buat Kejutan Untuk Isteri Prince Syed Beri Nafkah Bulanan Cash Rm125k

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

Results Of Pkr Party Elections To Be Known As Early As 2 30pm This Saturday

Muah Kajang Chord