Kebakaran Korbankan 4 Sekeluarga Nota Panggilan Tidak Tepat Punca Kelewatan Bomba


Hasil siasatan bahagian forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mendapati kebakaran mengorbankan empat sekeluarga, di Taman Hungab, Penampang, Selasa lalu, berpunca dari bebanan elektrik di tingkat bawah rumah. Bebanan Elektrik Punca Kebakaran Di Rumah Teres Penampang – Bomba KOTA KINABALU, 10 Sept  -- Nota panggilan atau ‘call sheet’ dicetak tertera alamat tidak tepat yang diberikan pemanggil menyebabkan kelewatan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah tiba di rumah kejadian kebakaran di Taman Hungab, Penampang yang mengorbankan empat sekeluarga pada Selasa.


Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata berdasarkan rekod pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang tiba pada 3.04 pagi, setelah mendapat maklumat pada 2.52 yang mana maklumat tidak tepat itu menyebabkan pasukan itu tersasar, dan terpaksa mendapatkan maklumat sebenar untuk ke lokasi kebakaran sebenar.

“Semasa ketibaan, pasukan bomba mendapati bahawa api telah merebak di aras bawah dan atas rumah.

EMPAT (4) sekeluarga berusia 15 hingga 50 tahun rentung selepas rumah mereka di Taman Hungab, Jalan Nosob, di Penampang, terbakar awal pagi Selasa (7 Sept) baru-baru ini. - Foto JUWAN RIDUAN Hasil siasatan menjurus kepada punca bebanan elektrik di tingkat bawah rumah dan bebanan api yang berlebihan menyebabkan api merebak dengan lebih cepat, dan jangkaan api bermula adalah pada jam 2.32 pagi,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Md Ali berkata mangsa dipercayai tidak berjaya menyelamatkan diri kerana bahagian bawah rumah telah dipenuhi api dan semua tingkap dan pintu keluar adalah berjeriji serta berkunci.

Mangsa dikenal pasti sebagai Matthew Wong, 50; dan dua anaknya Brendan Wong, 18, serta Eric Wong, 15, ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran jeriji kecemasan pada tingkap, manakala isterinya Jecky Vun Kon Fung, 48, di dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.- Foto Daily Ekspress


Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor ketika mengulas kejadian ini semalam mahu prosedur operasi standard (SOP) dalam Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 dipermudahkan, termasuk menyambung terus panggilan ke nombor atau daerah dan negeri yang terbabit khususnya di Sabah.

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mahu kajian semula sistem tindak balas kecemasan sekarang dengan responden yang mengetahui kawasan dan situasi setempat. (Gambar Facebook) Mengulas mengenai panggilan itu, Md Ali berkata terdapat empat panggilan yang diterima pihak Pusat Panggilan MERS999, Melaka yang mana panggilan pertama yang diterima adalah pada jam 2.49:01 pagi dan panggilan yang kedua pada jam 2.49:02 pagi.

Beliau berkata, terdapat tiga Pusat Panggilan di seluruh Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuching, yang mana salah satu pusat panggilan akan menerima mana-mana panggilan kecemasan melalui panggilan 999.


Katanya petugas Pusat Panggilan MERS 999 telah mendapatkan empat maklumat asas iaitu berkenaan nama pemanggil, nombor telefon pemanggil, jenis kecemasan dan alamat lokasi kejadian dan maklumat tersebut telah disalurkan melalui Sistem Penghantaran Terbantu Komputer (CAD) kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM, Sabah dan BBP Penampang.


“JBPM telah menerima maklumat tersebut pada jam 2.52 pagi dan telah menggerakkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kebakaran tersebut, dalam masa yang sama petugas Pusat Panggilan MERS999 masih lagi meneruskan panggilan untuk mendapatkan maklumat tambahan berdasarkan Protokol Kebakaran,” katanya.

Md Ali berkata menerusi protokol itu, maklumat tambahan ini disalurkan kepada PGO JBPM Sabah dari semasa ke semasa yang akan dapat membantu pihak JBPM merancang strategi tindak balas operasi, sebelum panggilan tersebut dipanjangkan kepada PGO JBPM Sabah.


“Terdapat dua panggilan berkenaan kebakaran tersebut telah disambung ke PGO JBPM Sabah,” katanya.

Gambar insiden yang diambil oleh anggota Bomba pada jam 3.11 pagi, 8 Sept…(Ihsan Foto daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah) Kebakaran berpunca dari bebanan elektrik di tingkat bawah Hasil Siasatan Forensik Bomba mengenal pasti punca kebakaran rumah teres di Taman Hungab, Penampang, 3 hari yang lalu disebabkan bebanan elektrik di tingkat bawah rumah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri (JBPM) Sabah, PKPjB Mohd Ali Ismail berkata, berikutan ini, bebanan api yang berlebihan menyebabkan api merebak dengan lebih cepat.

“Jangkaan api bermula merebak adalah pada jam 2:32 pagi. Mangsa dipercayai tidak berjaya menyelamatkan diri kerana bahagian bawah rumah telah dipenuhi api dan semua tingkap dan pintu keluar adalah berjerigi serta berkunci,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.


Dalam pada itu pihaknya menzahirkan kesedihan dan mengucapkan takziah ke atas keluarga mendiang empat sekeluarga iaitu Matthew Wong (50), Jecky Vun Kon Fung (47), serta dua anak mereka iaitu Brendan Wong (18) dan Eric Wong (15) yang terkorban.


Kejadian itu telah menjadi isu hangat terutama di kalangan warga Sabah serta menarik perhatian pemimpin peringkat tertinggi negara berkenaan isu tindakbalas kecemasan serta tatacara penyampaian maklumat kecemasan kepada agensi tindakbalas.


“PIHAK JBPM TELAH SELESAI MENJALANKAN SIASATAN PENUH DAN JUGA POST MORTEM DARI SEMUA ASPEK TERMASUKLAH ASPEK TINDAKBALAS KECEMASAN SEHARI SELEPAS KEJADIAN KEBAKARAN TERSEBUT…

“Penyaluran maklumat Mendapati bahawa terdapat empat (4) panggilan yang diterima oleh pihak Pusat Panggilan MERS999, Melakam yang mana panggilan pertama yang diterima adalah pada jam 2:49:01 pagi dan panggilan yang kedua pada jam 2:49:02 pagi.

“Terdapat 3 Pusat Panggilan di seluruh Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuching yang mana salah satu pusat panggilan akan menerima panggilan kecemasan melalui panggilan 999.


“Pada peringkat awal petugas Pusat Panggilan MERS 999 telah mendapatkan 4 maklumat asas iaitu berkenaan nama pemanggil, nombor telefon pemanggil, jenis kecemasan dan alamat lokasi kejadian.

“Maklumat tersebut telah disalurkan melalui Sistem Penghantaran Terbantu Komputer kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM, Sabah dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang yang mana pihak JBPM telah menerima maklumat tersebut pada jam 2:52:21 pagi dan telah menggerakkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kebakaran tersebut.

“Dalam masa yang sama, petugas Pusat Panggilan MERS999 masih lagi meneruskan panggilan untuk mendapatkan maklumat tambahan berdasarkan Protokol Kebakaran yang mana maklumat tambahan ini disalurkan kepada PGO JBPM Sabah dari masa ke semasa,” katanya.


Kata Ali, maklumat berkenaan akan dapat membantu pihak JBPM merancang strategi tindak balas operasi sebelum panggilan tersebut dipanjangkan kepada PGO JBPM Sabah.

“Terdapat dua (2) panggilan berkenaan kebakaran tersebut telah disambung ke PGO JBPM Sabah. Masa pasukan bomba tiba ke tempat kejadian berdasarkan rekod, pasukan bomba dari BBP Penampang telah tiba ditempat kejadian pada jam 03:04 pagi…


“Kelewatan ini adalah diakibatkan oleh Nota Panggilan yang dicetak tertera alamat yang tidak tepat yang telah diberi oleh salah seorang pemanggil pada awal pagi tersebut, menyebabkan pasukan bomba tersasar dan terpaksa mendapatkan maklumat sebenar untuk ke lokasi kebakaran sebenar,” jelasnya.

Dan semasa ketibaan pada lokasi, pasukan bomba mendapati bahawa api telah merebak di aras bawah dan atas rumah.

SOURCE: BERNAMA

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/kebakaran-korbankan-4-sekeluarga-nota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebakaran Mengorbankan Empat Sekeluarga Di Penampang Sop Kebakaran Punca Empat Maut

Kebakaran Mengorbankan Empat Sekeluarga Di Penampang Sop Kebakaran Punca Empat Maut

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 251 hits
Matthew Wong 50 isterinya Jecky Vun Kon Fong 47 serta dua anak mereka Brandon Wong 18 dan Eric Wong 15 maut dalam tragedi jam 2 30 pagi itu Sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Alza turut terbakar 30 peratus PENAMPANG 4 sekeluarga rentung ...
4 Sekeluarga Rentung Gagal Buka Mangga Jeriji Untuk Melarikan Diri Bomba

4 Sekeluarga Rentung Gagal Buka Mangga Jeriji Untuk Melarikan Diri Bomba

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 603 hits
Md Ali semasa lawatannya ke rumah teres dua tingkat di Taman Hungap yang musnah dalam kebakaran hari ini Foto Bernama 4 Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Penampang PENAMPANG 7 Sept 4 sekeluarga terdiri daripada tiga lelaki dan seo...
4 Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Penampang

4 Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Penampang

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 208 hits
90 peratus daripada rumah teres dua tingkat terbakar PENAMPANG Empat sekeluarga terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan ditemukan rentung dalam sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar di Taman Hungap di sini awal pagi tadi P...
Sekeluarga Terkorban Kebakaran Berpunca Bebanan Elektrik Tingkap Pintu Keluar Pula Dilengkapi Jeriji Berkunci

Sekeluarga Terkorban Kebakaran Berpunca Bebanan Elektrik Tingkap Pintu Keluar Pula Dilengkapi Jeriji Berkunci

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 167 hits
Siasatan Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah mendapati kebakaran mengorbankan empat sekeluarga di Taman Hungab Penampang Selasa lalu berpunca akibat bebanan elektrik di tingkat bawah rumah Menurut sumber Harian Met...
Punca Sebenar Jean Claude Van Damme Dipecat Dari Filem Predator

Punca Sebenar Jean Claude Van Damme Dipecat Dari Filem Predator

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 431 hits
Predator yang diterbitkan pada 1987 semestinya cukup ikonik di era ini Malah filem tersebut sudah mempunyai pelbagai versi penceritaan sama ada di bentuk filem novel mahupun permainan video Filem pertama Predator berjaya mengutip kutipan se...
F1 Lewis Hamilton Nyaris Maut Tayar Belakang Max Verstappen Tepat Mendarat Di Atas Kepalanya

F1 Lewis Hamilton Nyaris Maut Tayar Belakang Max Verstappen Tepat Mendarat Di Atas Kepalanya

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 220 hits
NYARIS MAUT Kenderaan Verstappen menunggang kenderaan Hamilton bagi beberapa ketika dalam perlumbaan di Italy itu Foto AFP Sistem peranti halo selamatkan Hamilton MONZA Itali Juara dunia 7 kali Formula Satu Lewis Hamilton menegaskan sistem ...
Pakar Kongsi Cara Pilih Bentuk Berus Gigi Yang Tepat Untuk Anak Kecil

Pakar Kongsi Cara Pilih Bentuk Berus Gigi Yang Tepat Untuk Anak Kecil

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 291 hits
Kebersihan gigi adalah sangat penting dimulakan pada peringkat awal Kebiasaannya gigi pertama tumbuh seawal usia enam bulan Jadi ibu bapa boleh dah boleh mula memberus gigi bayi anda dengan berus yang sesuai dan betul Hal ini akan dapat mel...
Punca Masalah Air Genangi Jalan Gebeng Dikenal Pasti

Punca Masalah Air Genangi Jalan Gebeng Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 205 hits
HARAKAH DAILYAndansura gerak peranan bersama agensi dan pemegang taruh terbabit selesai isu berlarutan INDERA MAHKOTA ADUN Beserah Andansura Rabu turun ke lokasi mengadakan tinjauan sendiri mengenal pasti punca berlakunya keadaan jalan raya...
Insiden Pengorekan Pihak Ke 3 Punca Gangguan Bekalan Elektrik Sesb

Insiden Pengorekan Pihak Ke 3 Punca Gangguan Bekalan Elektrik Sesb

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 248 hits
Insiden Pertama di Kg Sodomon Kepayan dan Insiden ke 2 di Jalan Tuaran ke Pencawang Elektrik Simpang Sepanggar Lagi pengorekan pihak ke 3 punca gangguan bekalan elektrik KOTA KINABALU Insiden pengorekan oleh pihak ketiga terhadap kabel bawa...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik