I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman


i-Simpan KWSP (dahulunya dikenali sebagai Caruman Pilihan Sendiri) merupakan satu pilihan bagi ahli untuk mencarum simpanan persaraan secara sukarela bersama KWSP. Layari portal rasmi KWSP untuk mengetahui kaedah caruman dan siapa yang boleh mencarum i-Simpan di www.kwsp.gov.my
Melalui i-Simpan, anda boleh buat caruman sendiri walaupun tidak mempunyai majikan. Ia sangat sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri, suri rumah yang ingin mempunyai simpanan persaraan dan seumpamanya. Yang berkerja tetap pun boleh juga mencarum mengikut kemampuan.
Rujuk info lebih lanjut mengenai i-Simpan KWSP di bawah.
Apa itu i-Simpan KWSP? i-Simpan adalah penjenamaan baharu bagi Caruman Pilihan Sendiri (Self-Contribution) di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, KWSP memperkenalkan nama ini untuk pemahaman tentang perancangan persaraan, mendekatkan produk kepada ahli, serta menggalakkan tindakan ke arah simpanan yang lebih kukuh.
Ia juga memastikan keseragaman dengan penjenamaan “i-” yang sudah sinonim dengan produk lain KWSP seperti i-Saraan dan i-Lindung.
Ringkasnya, i-Simpan KWSP adalah kemudahan bagi ahli KWSP untuk menambah simpanan persaraan secara sukarela pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan mereka tanpa tidak terikat dengan jumlah tetap atau jadual caruman yang ketat.
i-Simpan terbuka kepada warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia yang telah berdaftar sebagai ahli KWSP dan berumur bawah 75 tahun.
Kelebihan i-Simpan i-Simpan menawarkan pelbagai kelebihan untuk membantu anda membina simpanan persaraan yang lebih kukuh. Antaranya ialah:
1. Dividen Tahunan yang Kompetitif
Simpanan dalam i-Simpan menikmati kadar dividen tahunan yang sama dengan simpanan wajib anda. Kelebihannya adalah faedah kompaun; lebih banyak dan lebih awal anda menyimpan, lebih besar pertumbuhan simpanan anda hasil daripada dividen yang terkumpul dari tahun ke tahun.
2. Pelepasan Cukai Pendapatan
Caruman melalui i-Simpan layak untuk mendapat pelepasan cukai pendapatan (tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri). Ini adalah cara efektif untuk mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar sambil menambah simpanan masa hadapan.
3. Fleksibiliti Caruman
Anda boleh mencarum serendah RM1 sehingga had maksimum RM100,000 setahun (had terkumpul merangkumi i-Simpan, i-Saraan, dan i-Suri).
Satu lagi. anda boleh mencarum pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan, sama ada setiap bulan, setiap suku tahun, atau setahun sekali.
4. Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku kematian kepada ahli (sebelum umur 60 tahun), waris layak menerima Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 (tertakluk kepada syarat dan budi bicara KWSP). Ini memberikan perlindungan tambahan kepada keluarga.
5. Kemudahan “Auto Simpan”
Anda boleh menetapkan caruman secara automatik melalui fungsi Auto Simpan di dalam aplikasi i-Akaun. Dengan menggunakan perkhidmatan DuitNow AutoDebit, anda tidak perlu lagi melakukan transaksi manual setiap bulan.
6. Jaminan Keselamatan Simpanan
Simpanan anda di bawah KWSP adalah selamat dan dijamin oleh kerajaan. KWSP juga mempunyai mandat undang-undang untuk memberikan kadar dividen minimum sekurang-kurangnya 2.50% setahun bagi Simpanan Konvensional.
Siapa Yang Boleh Mencarum​? i-Simpan KWSP boleh dicarum oleh:
Ahli KWSP Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap Berumur di bawah 75 tahun. Kaedah Bayaran/Caruman Anda boleh mencarum i-Simpan KWSP secara dalam talian (online) ataupun secara fizikal. Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran di bawah.
Berikut adalah kaedah bayaran/caruman yang boleh anda gunakan:
1. Melalui Aplikasi i-Akaun Anda boleh membayar caruman secara online menggunakan aplikasi KWSP i‑Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). Anda juga boleh memilih untuk membuat caruman satu kali atau menetapkan caruman berulang (Auto Tambah).
Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli);   Klik “Tambah Simpanan” pada tab Laman Utama atau Simpanan;  Pada tab bahagian atas, pilih “Diri Sendiri” dan ikuti arahan yang dipaparkan hingga selesai;  Muat turun resit untuk penyimpanan rekod.  Rujuk panduan bergambar caruman i-Simpan KWSP di bawah:

2. Perbankan Internet (Portal Bank) Anda juga boleh terus membayar melalui portal perbankan kegemaran anda tanpa perlu masuk ke aplikasi i-Akaun. Kebanyakan bank besar di Malaysia menyokong kemudahan ini di bawah menu “Bill Payment” atau “Investment”:
Pembayaran secara elektronik melalui:​
Alliance Bank Bank Islam Bank Muamalat BSN CIMB Bank Hong Leong Bank Kuwait Finance House Maybank MBSB Public Bank RHB Bank Ambank 3. Kaunter Ejen Bank & Mesin ATM Jika anda lebih selesa berurusan di kaunter, anda boleh mengunjungi ejen bank yang dilantik. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan (IC):
BSN​ Maybank​ Public Bank​ RHB Bank – Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja.​ ​ NOTA: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Simpan – KWSP 6A (1)
4. Mesin Terminal Layan Diri (SST) di Pejabat KWSP Anda juga boleh mencarum menggunakan kad debit di mana-mana Mesin SST yang terletak di cawangan KWSP seluruh negara.  Klik di sini untuk mengetahui lokasi SST.
Selain itu, anda juga boleh membuat pembayaran/caruman secara cek atau draf bank di kaunter peresitan pejabat KWSP berikut:​
KWSP Shah Alam​ KWSP Kuala Lumpur​ KWSP Ipoh​ KWSP Seberang Jaya​ KWSP Alor Setar​ KWSP Johor Bahru​ KWSP Melaka​ KWSP Seremban​ KWSP Kuantan​ KWSP Kuala Terengganu​ KWSP Kota Bharu​ KWSP Kota Kinabalu​ KWSP Kuching​ NOTA:
Kaunter peresitan di pejabat KWSP Muar & KWSP Kangar ditutup mulai 1 Januari 2026. Bayaran caruman sukarela boleh dibuat melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau perbankan internet. Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Simpan (KWSP 6A (1)) semasa membuat bayaran. Muat turun >> Borang Bayaran Caruman i-Simpan – KWSP 6A (1) Had Caruman Had caruman minimum untuk i-Simpan KWSP ialah RM1.
Manakala, had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman i-Simpan, Caruman i-Saraan, Caruman i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun.
NOTA: Had minimum caruman yang boleh dibuat adalah berdasarkan had minimumm yang ditetapkan oleh ejen bank tertentu jika anda membayar melalui kaunter atau mesin ATM.
Perbezaan i-Simpan & i-Topup Walaupun kedua-duanya adalah bentuk caruman sukarela KWSP, namun ia berbeza dalam konteks pembayaran.
Ciri-cirii-Simpani-TopupNama LamaCaruman Pilihan SendiriVoluntary Excess (VE)KaedahBayar sendiri (Direct Payment)Potong gaji (Salary Deduction)Penglibatan MajikanTiadaMajikan uruskan potonganFleksibiliti MasaSangat fleksibel (Bila-bila masa)Tetap (Setiap bulan melalui gaji)Had MinimumRM1 (melalui i-Akaun)Bergantung kepada amaun gajiHad MaksimumRM100,000 setahun (Terkumpul*)RM100,000 setahun (Terkumpul*) Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai i-Simpan KWSP, sila rujuk Portal rasmi KWSP atau terus pergi ke pejabat KWSP berdekatan anda.
Anda juga boleh membuat pertanyaan melalui pautan berikut: www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami

Soalan Lazim i-Simpan KWSP
Apakah i-Simpan? Skim caruman sukarela untuk diri sendiri bagi tingkatkan simpanan persaraan, dahulunya Caruman Pilihan Sendiri.
Berapa amaun minimum caruman? Minimum RM1, fleksibel tanpa had bulanan tetap.
Adakah boleh tuntut cukai? Ya, layak pelepasan cukai sehingga RM4,000-RM7,000 setahun bergantung akaun.
Berapa had maksimum tahunan i Simpan KWSP? Had maksimum ialah RM100,000 termasuk skim sukarela lain seperti i-Saraan.
Adakah saya perlu mendaftar semula untuk i-Simpan jika sebelum ini saya sudah pernah buat Caruman Pilihan Sendiri? Tidak perlu. Semua tetapan caruman sukarela yang anda buat sebelum ini (termasuk arahan AutoDebit) akan diteruskan secara automatik di bawah nama i-Simpan. Anda boleh melihat rekod tersebut dalam aplikasi i-Akaun yang telah dikemas kini.
Bolehkah saya mengeluarkan semula wang yang telah dicarum dalam i-Simpan? Wang yang telah dimasukkan ke dalam KWSP tidak boleh dibatalkan atau dikeluarkan sesuka hati.
Bolehkah saya mencarum i-Simpan untuk anak atau isteri/suami? oleh. Anda boleh melakukan caruman pihak ketiga (Third Party Contribution).
Adakah dividen i-Simpan dikira dari tarikh saya bayar? Ya, dividen KWSP dikira berdasarkan baki harian. Semakin awal anda mencarum dalam bulan tersebut, semakin banyak “hari” wang tersebut layak menerima dividen bagi tahun tersebut.
Apa beza i-Simpan dengan i-Saraan Plus? – i-Simpan: Untuk semua ahli. Tiada insentif tunai daripada kerajaan.
– i-Saraan Plus: Khusus untuk individu bekerja sendiri/gig di bawah umur 60 tahun. Kerajaan memberikan insentif tunai tambahan (contoh: 15% atas caruman, sehingga RM600 setahun).
Jika saya pekerja bergaji tetap, bolehkah saya membuat i-Simpan? Boleh.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/i-simpan-kwsp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=i-simpan-kwsp

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudahkan Urusan Ke Tanah Suci Kwsp Tingkatkan Had Pengeluaran Haji Rm10 000

Mudahkan Urusan Ke Tanah Suci Kwsp Tingkatkan Had Pengeluaran Haji Rm10 000

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 67 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja secara rasminya telah menaikkan had Pengeluaran Haji daripada RM3 000 kepada RM10 000 berkuat kuasa 1 Januari 2026 Langkah proaktif ini diambil bagi membantu ahli menampung kenaikan kos ibadah haji semasa sert...
Penambahbaikan Dasar Produk Kwsp Pada 2026

Penambahbaikan Dasar Produk Kwsp Pada 2026

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 66 hits
Penambahbaikan Dasar Produk KWSP Pada 2026 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengumumkan beberapa penambahbaikan dasar dan produk yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 Dalam satu kenyataan KWSP memaklumkan hal ini bertujuan untuk mempe...
5 Kaedah Memasak Yang Sihat Asas Pemakanan Seimbang

5 Kaedah Memasak Yang Sihat Asas Pemakanan Seimbang

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 95 hits
Kaedah Memasak Yang Sihat Asas Pemakanan Seimbang Pemakanan seimbang bukan sekadar bergantung kepada apa yang kita makan tetapi juga bagaimana makanan tersebut disediakan Walaupun bahan mentah yang segar dan berkualiti menjadi asas utama ka...
Ptptn Salur Manfaat Takaful Rm158 400 Kepada Waris Pendeposit Simpan Sspn Plus

Ptptn Salur Manfaat Takaful Rm158 400 Kepada Waris Pendeposit Simpan Sspn Plus

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 117 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan pendeposit dengan menyantuni waris Allahyarhamah Rohaya Jaafar menerusi Program Ziarah Kasih Simpan SSPN susulan pemergian arwah akibat kemalangan jala...
Wallet Crypto Malaysia Panduan Selamat Simpan Jana Income Usdt Dengan Ai Bot Bitradex

Wallet Crypto Malaysia Panduan Selamat Simpan Jana Income Usdt Dengan Ai Bot Bitradex

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 167 hits
Wallet Crypto Malaysia Panduan Selamat Simpan Jana Income USDT Dengan AI Bot Bitradex Dalam dunia kripto wallet adalah perkara The post appeared first on
Simpan Sspn Makes Education Savings A Breeze

Simpan Sspn Makes Education Savings A Breeze

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 117 hits
The scheme offers depositors numerous perks including income tax relief of up to RM8 000 and free takaful coverage or download the myPTPTN app on the App Store AppGallery or Google Play FMT
Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan Sspn Dan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn

Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan Sspn Dan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 153 hits
Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan SSPN Dan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas inisiatif dan komitmen berterusan Kerajaan N...
Cara Simpan Daun Kesum Agar Kekal Segar Lebih 2 Minggu Petua Mudah Berkesan

Cara Simpan Daun Kesum Agar Kekal Segar Lebih 2 Minggu Petua Mudah Berkesan

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 130 hits
Nak tahu cara simpan daun kesum yang tahan lama Jom baca Daun kesum memang sedap jika letak dalam masakan Baunya yang wangi dan unik memang boleh membuka selera terutamanya apabila dimasukkan ke dalam asam pedas laksa kerabu atau masakan tr...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Hebat Antara Selangor Fc Dan Sabah Fa

Takbir Untuk Mas Ermieyati

Padah Memandu Positif Ganja Penunggang Motosikal Maut Di Jalan Seremban Kuala Pilah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Air Panas Segera

Selamat Datang 2026

Hari 1 Di Awal Yang Baru Aku Memilih Diriku

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Family Gathering Laman Casa Tangkak

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot