Kebakaran Mengorbankan Empat Sekeluarga Di Penampang Sop Kebakaran Punca Empat Maut


Matthew Wong, 50, isterinya Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka Brandon Wong, 18, dan Eric Wong, 15, maut dalam tragedi jam 2.30 pagi itu. Sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Alza turut terbakar 30 peratus.
PENAMPANG: 4 sekeluarga rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Hungab, Jalan Nosoob, awal Selasa.

Kematian mereka membangkitkan persoalan mengenai kemampuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk bertindak cepat dan cekap apabila, tidak seperti dahulu, semua panggilan kini mesti disalurkan ke Kuala Lumpur terlebih dahulu, sebelum disalur semula ke balai masing-masing, sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP).


Walaupun mempunyai gril dipasang mangga kunci di dalam bilik mereka tidak membantu, apa yang pasti adalah masa respons segera penting kerana dalam kejadian ini, pasukan bomba pada mulanya tersilap arah.

Matthew Wong, 50, isterinya Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka Brandon Wong, 18, dan Eric Wong, 15, maut dalam tragedi jam 2.30 pagi itu. Sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Alza turut terbakar 30 peratus. Daily Express dapat mendedahkan bahawa jiran mangsa terus menghubungi MERS999 pada pukul 2.48 pagi selepas melihat salah seorang remaja itu menyinarkan lampu suluh sambil menjerit meminta tolong.

Bagaimanapun, pasukan bomba hanya tiba selepas jam 3 pagi walaupun lokasi balai tidak sampai satu kilometer dari situ dan tiada lalu lintas pada waktu ini.

Selain itu, nampaknya berlaku kesilapan penyampaian maklumat kerana panggilan itu dipercayai disalurkan ke ibu pejabat di Kuala Lumpur terlebih dahulu menyebabkan masa terbazir kerana petugas di situ tidak tahu di mana letaknya Penampang atau Donggongon.

Ia tidak berakhir di situ. Jentera bomba yang dikerah pada mulanya menghala ke Penampang Baru yang terletak beberapa kilometer dari situ.

Mengingati kejadian itu, jiran Anson, 20, berkata ibunya memintanya pergi memeriksa selepas terdengar bunyi kaca pecah dan terhidu bau terbakar.

Anson bersama abangnya Nelson, 28, keluar untuk memeriksa dan berasa gerun melihat rumah jiran mereka terbakar dan Brandon mengayun-ayunkan lampu suluh di tingkap sambil menjerit meminta tolong.


Ketika itulah Anson menghubung MERS999 pada pukul 2.48 pagi dan kecewa dengan petugas talian itu yang bertanya banyak soalan kerana tidak tahu di mana Penampang atau Donggongon.

Merasakan bahawa MERS999 berpusat di Ibu Negara, dia meminta petugas itu meminta Bomba atau Polis Penampang menghubungi telefon bimbitnya.

Bomba dan polis ada menghubunginya tetapi selepas bantuan belum tiba, dia membuat satu lagi panggilan pada pukul 3.04 pagi.

“Tidak lama selepas itu, kami mendengar bunyi siren tetapi mereka masih tidak muncul. Seorang jiran yang tinggal bertentangan kami memandu untuk mencari pasukan bomba itu dan mereka akhirnya menemukan lokasi ini,” kata Anson.

Seorang lagi jiran, yang enggan dinamakan, berkata dia terdengar daripada seorang anggota bomba bahawa kesilapan memberi maklumat menyaksikan pasukan penyelamat menuju ke Penampang Baru dan bukannya ke Hungab.

Matthew, seorang kontraktor, berasal dari Kota Belud di mana ibunya membuat pakaian seragam untuk tentera sementara Jecky sebelum ini merupakan pemandu pelancong tetapi telah pun berhenti disebabkan pandemik Covid-19.

Brandon dipercayai telah menamatkan pendidikan menengahnya dan sekali sekala membantu neneknya dalam perniagaan menjahit, sementara Eric sedang belajar di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.


Difahamkan keluarga mangsa tinggal di rumah itu sejak tujuh tahun lepas. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Ali Ismail tidak menyebut secara khusus bila waktunya mereka tiba di lokasi kejadian tetapi berkata bahawa si bapa dan dua anaknya terperangkap di dalam sebuah bilik sementara si ibu ditemukan di dalam bilik air berhampiran.

“Kesemua bilik lain di rumah itu dipasangkan gril yang tidak boleh dibuka, sementara bilik tersebut mempunyai gril yang boleh dibuka tetapi dipasangkan mangga kunci.

“Dipercayai mereka cuba membuka gril itu tetapi tidak menjumpai kunci mangga itu. “Kebakaran dipercayai bermula dari tingkat bawah dan saya percaya mereka cuba keluar melalui tingkap bilik di mana mereka ditemui,” katanya.

Mohd Ali berkata punca sebenar kebakaran belum diketahui dan anjing pengesan Unit K9 yang dilatih untuk mencari punca kebakaran dihantar ke lokasi berserta unit forensik untuk mencari punca kebakaran.

Beliau berkata anggota bomba telah mengeluarkan garis panduan mengenai gril yang memberi panduan bagaimana untuk membuka gril tanpa kunci.

“Dalam keadaan panik, kita tidak akan nampak kunci mangga biarpun ia di depan mata kita, dengan itu, garis panduan ini akan membantu sesiapapun malah dalam keadaan panik, untuk membuka gril tanpa menggunakan sebarang kunci.


Mohd Ali juga menasihatkan orang ramai supaya memasang alat pengesan asap agar kebakaran dapat dikesan pada peringkat awal.

Sementara itu, Ketua Zon I Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba, Hamsa Isnurdini berkata, jabatannya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.52 pagi.

Beliau berkata 11 pegawai dan anggota dikerahkan ke tempat kejadian bersama dua jentera dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di tempat kejadian, operasi pemadaman dijalankan serta-merta.” Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 3.40 pagi sebelum operasi ditamatkan pada pukul 6.10 pagi. – Daily Ekspress via Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:

***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/kebakaran-mengorbankan-empat-sekeluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Penampang

4 Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Penampang

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 203 hits
90 peratus daripada rumah teres dua tingkat terbakar PENAMPANG Empat sekeluarga terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan ditemukan rentung dalam sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar di Taman Hungap di sini awal pagi tadi P...
Kebakaran Korbankan 4 Sekeluarga Nota Panggilan Tidak Tepat Punca Kelewatan Bomba

Kebakaran Korbankan 4 Sekeluarga Nota Panggilan Tidak Tepat Punca Kelewatan Bomba

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 245 hits
Hasil siasatan bahagian forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah mendapati kebakaran mengorbankan empat sekeluarga di Taman Hungab Penampang Selasa lalu berpunca dari bebanan elektrik di tingkat bawah rumah Bebanan Elektrik Punc...
Lebih 40 Banduan Maut Dalam Kebakaran Penjara Di Tangerang Indonesia

Lebih 40 Banduan Maut Dalam Kebakaran Penjara Di Tangerang Indonesia

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 159 hits
Lebih 40 banduan dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran sebuah penjara di Tangerang di Jawa Timur Indonesia Kejadian kebakaran yang terjadi di Lembaga Pemasyarakatan Kelas 1 Tangerang Blok C2 pada Rabu jam 1 45 waktu Indonesia Barat ...
Kisah 14 Sekeluarga Maut Covid 19 Penyelia Kontrak Dipenjara 3 Tahun Denda Rm16 000

Kisah 14 Sekeluarga Maut Covid 19 Penyelia Kontrak Dipenjara 3 Tahun Denda Rm16 000

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 260 hits
Tertuduh Mohd Zahazan Zainon didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun dan boleh dikenakan denda PETALING JAYA Seorang penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang dijatu...
Polis Cari Waris Penunggang Motosikal Yang Maut Di Jalan Lok Kawi Penampang

Polis Cari Waris Penunggang Motosikal Yang Maut Di Jalan Lok Kawi Penampang

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 364 hits
MAUT Mayat mangsa dan motosikal di lokasi kejadian selepas kemalangan terbabit Warga asing maut motosikal terbabas sendiri PENAMPANG SABAH Polis sedang mencari waris bagi seorang penunggang motosikal yang maut di jalan Lok Kawi Penampang ke...
Kisah 14 Sekeluarga Maut Petronas Sahkan Pekerja Kontraktor Ditahan

Kisah 14 Sekeluarga Maut Petronas Sahkan Pekerja Kontraktor Ditahan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 215 hits
Kisah 14 sekeluarga maut Petronas sahkan pekerja kontraktor ditahan Petroliam Nasional Berhad mengesahkan seorang pekerja kontraktornya di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan pihak berkuasa untuk siasatan atas dakwaannya kehilangan ramai a...
Sekeluarga Terkorban Kebakaran Berpunca Bebanan Elektrik Tingkap Pintu Keluar Pula Dilengkapi Jeriji Berkunci

Sekeluarga Terkorban Kebakaran Berpunca Bebanan Elektrik Tingkap Pintu Keluar Pula Dilengkapi Jeriji Berkunci

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 165 hits
Siasatan Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah mendapati kebakaran mengorbankan empat sekeluarga di Taman Hungab Penampang Selasa lalu berpunca akibat bebanan elektrik di tingkat bawah rumah Menurut sumber Harian Met...
Polis Siasat Kisah Palsu 14 Sekeluarga Maut Akibat Covid 19

Polis Siasat Kisah Palsu 14 Sekeluarga Maut Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 226 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis Kota Tinggi akan menyiasat laporan palsu mendakwa 14 sekeluarga maut akibat Covid 19 yang tular di media sosial sejak semalam Ketua Polis Daerah Hussin Zamora berkata seorang pegawai Petronas Pengerang tampi...
Pembantu Klinik Wanita Punca Kluster Baharu Di Mukim Sukau Kinabatangan

Pembantu Klinik Wanita Punca Kluster Baharu Di Mukim Sukau Kinabatangan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 251 hits
Pembantu klinik wanita punca kluster baharu di Kinabatangan hari ini KOTA KINABALU Kluster baharu hari ini Kluster Hamparan 2 Kinabatangan merupakan kluster jenis tempat kerja yang berlaku di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau Kinabatangan ...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Selepas Penceraian Dengan Minhwan Yulhee Bakal Saman Individu Tinggal Komen Buruk

Video Ketua Penasihat Sg4 Patut Rasmi Majlis 39 Tahun Peringati Memali

Hassan Makin Melampau Disiasat Dakwaan Menghina Yang Di Pertuan Agong

Beg Sekolah Anak Kena Gunting Ibu Pesan Tanya Kelakuan Anak Dekat Sekolah Masa Perjumpaan Ibubapa

Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024