Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari
Assalamualaikum WBT
PERMULAAN tahun baharu di tengah-tengah minggu ni macam tak produktif pulak. Orang tahun baharu azam baharu, tapi ni rasa macam masih dalam tahun 2025. Tapi di office, Sk dah tukar semua kalendar 2025, gantikan dengan kalendar 2026. Semoga bila buat surat nanti ingat nak taip tarikh tu letak tahun 2026. Eh, maaf tau, hari tu ada satu entri Sk taip tarikh tahun 1025, hihi. Benda dah post, malas nak edit. Tak silap Cie kot yang tegur, jadi tu nanti kalau Sk edit, jadi keliru pulak, hihi.
Cerita bercampur...

Balik dari Menginap 2H1M di The Lisbon Melaka, tempat wajib singgah tentulah Coconut Shake Alai. Kalau datang sini, mesti terkam nasi lemak daun pisang dia dulu, la. Warung baru buka, masih bersusun nasi lemak dan kuih-muih

Nasi lemak kat sini dia asingkan sambal, tau. Tu la leceh sikit sebab nak kena keluarkan sambal dari plastik pulak. Sebab tu la Sk ni dalam beg macam-macam tisu ada, tisu roll, tisu basah, tisu kering, hihi

PI punya air kelapa original, tanpa gula dan ais

Fuhhhhh

Kuih-muih banyak hari tu. Selalu datang tak la banyak jenis macam ni. Agaknya selalu-selalu tu, kuih belum sampai kot. Tapi, tu la.. dalam satu pek tu dah banyak kuih, siapa yang nak makan banyak-banyak

Yang ni boleh ambil satu-satu

Cara Manis dan Cara Berlauk, Sk pilih Cara Berlauk

Kalau ada cara berlauk ni memang tak pandang dah kuih lain

Setimbun kelapa muda

Sk minum Coconut Shake. Sk berani cakap la CS dia lagi sedap dari yang femes kat Klebang tu

Nasi lemak, coconut shake dan kuih cara berlauk. Asal datang sini memang ni la yang Sk makan dan minum

Gerai ni sebelah sahaja dengan SK Alai

Memang biasanya jika dari Melaka kami akan balik ikut Muar dan lalu Merlimau, singgah sini sekejap

Teringin wajik sirat. Pulut dia halus betul, Sk suka yang kasar-kasar sikit. Sk sangat suka eh wajik sirat ni, dari kecik suka sangat. Kalau dapat dekat kenduri tu, sepotong kecik aje, katanya budak-budak tak boleh makan banyak, huhu

Beli dodol. Sk tanya beza dodol ni dengan dodol panas. Penjual tu cakap, kalau akak nak makan dalam kereta, okeylah ambil dodol panas. Tapi kalau akak nak makan dekat rumah, sama aje, baik akak ambil dodol ni. Sedap dodol ni, lembut jer. Makan sorang, dekat seminggu baru habis

Ni pulak, Mee Kari beli dekat kantin kolej. Pinjam mangkuk sekali

Kuah kari cedok sendiri. Puas la ambil tauhu pok tu banyak-banyak, hihi. Memang sedap Mee Kari Kak Sab ni. Tak lokek bahan

Patah balik cerita nasi lemak daun pisang. Ni PI beli kat Taman Ungku Tun Aminah masa balik kerja untuk makan malam

PI minta buatkan telur lenggang

Terlanjur tu, Sk goreng telur mata untuk diri sendiri

Nasi lemak daun pisang, telur lenggang dan telur mata

Padahal dalam nasi lemak tu dah ada telur rebus separuh.

Nasi lemak lagi.. ni Iman belanja, beli dekat pasar Taman U

Di alas daun pisang. Ada telur separuh jugak tapi sambalnya sikit no. Ni Sk tak buat telur lenggang atau telur mata tapi Sk masak sambal tumis sikit

Iman bagi tiga bungkus, PI makan sebungkus jer. Dia beli Mee Mamak masa balik kerja. Lagi sebungkus tu Sk panaskan (kukus) dan buat bekal sarapan kat office

Kisah lain, beli Mee Kari di Syurga Dessert. Dia pek dalam tipuware macam ni. Besar tau tupperware ni

Kerang, daun bawang dan bawang goreng diasingkan

Mee kuning, fish cake, sayur sawi, telur rebus sebelah dan hirisan lada serta kuah kari

Tuang kuah. Letak condiments yang diasingkan tadi

Gaul-gaul-gaul.. lepas tu..

Sk teringat, Sk ada bawa telur rebus. Pagi dah makan sebiji, tinggal lagi sebiji. Jadinya, mee kari Sk ada 1 1/2 bii telur, hihi. Burppp... Alhamdulillah.. kenyang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2026/01/nasi-lemak-coconut-shake-mee-kari.html