4 Sekeluarga Rentung Gagal Buka Mangga Jeriji Untuk Melarikan Diri Bomba
Md Ali (kanan) semasa lawatannya ke rumah teres dua tingkat di Taman Hungap yang musnah dalam kebakaran hari ini. - Foto Bernama 4 Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Penampang PENAMPANG, 7 Sept : 4 sekeluarga terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan, ditemukan rentung dalam sebuah rumah teres 2 tingkat yang terbakar di Taman Hungap, di sini awal pagi tadi.
Kebakaran di Taman Hungap, Penampang pada awal pagi Selasa. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi, sebelum berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.40 pagi.
Kebakaran di Taman Hungap, Penampang pada awal pagi Selasa. Beliau berkata mangsa kebakaran dikenal pasti sebagai pasangan Matthew Wong, 50; dan Jecky Vun Kon Fung, 48; bersama dua anak mereka Brendan Wong, 18; dan Eric Wong, 15.
“Pada awalnya kita diberitahu jiran mungkin penghuni rumah itu masih di dalam dan selepas JBPM berjaya mengawal kebakaran dan membuat pemeriksaan kebakaran rumah tersebut, empat mangsa itu ditemukan rentung kira-kira 5 pagi tadi.
“Operasi di tempat kejadian ditamatkan pada pukul 6.10 pagi tadi dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kebakaran di Taman Hungap, Penampang pada awal pagi Selasa. Misran berkata 90 peratus daripada rumah teres teres itu terbakar, selain dua buah kenderaan yang terbakar 10 peratus. – BERNAMA
PENAMPANG: Empat sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Hungap, di sini awal pagi tadi dipercayai gagal membuka mangga kunci di jeriji kecemasan pada tingkap, untuk menyelamatkan diri.
Anggota bomba ketika melakukan siasatan kebakaran rumah teres dua tingkat yang turut mengorbankan empat sekeluarga terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan, ditemukan rentung di Taman Hungap awal pagi tadi. - Foto BERNAMA Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Md Ali Ismail berkata tiga mayat mangsa ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran tingkap itu, dan seorang lagi mangsa ditemukan dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula dari tingkat bawah rumah tersebut, bagaimanapun siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran.
"Keempat-empat mangsa berkenaan dipercayai sedar kebakaran itu, namun mangsa gagal untuk menyelamatkan diri kerana tidak dapat membuka mangga yang dipasang pada jeriji berkenaan.
"Apabila dalam keadaan panik, besar kemungkinan mangsa akan lupa di mana meletakkan kunci untuk membuka jeriji kecemasan tingkap berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini hari ini.
Mangsa dikenal pasti sebagai Matthew Wong, 50; dan dua anaknya Brendan Wong, 18, serta Eric Wong, 15, ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran jeriji tingkap kecemasan, manakala isterinya Jecky Vun Kon Fung, 48, di dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.
Dalam kejadian itu JBPM Sabah menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi, sebelum berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.40 pagi dan operasi di lokasi kejadian ditamatkan pada pukul 6.10 pagi.
Md Ali berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasang jeriji kecemasan tingkap rumah yang berkunci, agar mudah untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.
"Kebanyakan kes kebakaran yang melibatkan kematian menunjukkan mangsa cuba keluar melalui jeriji kecemasan tingkap rumah berkenaan, namun gagal berbuat demikian kerana gagal membuka mangga yang berkunci," katanya.
-- BERNAMA
***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/4-sekeluarga-rentung-gagal-buka-mangga.html