Punca Masalah Air Genangi Jalan Gebeng Dikenal Pasti


HARAKAH DAILY
Andansura gerak peranan bersama agensi dan pemegang taruh terbabit selesai isu berlarutan
  INDERA MAHKOTA: ADUN Beserah, Andansura Rabu turun ke lokasi mengadakan tinjauan sendiri mengenal pasti punca berlakunya keadaan jalan raya digenangi air di Jalan Gebeng, Kuantan, di sini. 

Hasil penemuan beliau mendapati, tapak penyimpanan dan pemprosesan bijih besi yang dijalankan di kawasan yang berhampiran telah dikenal pasti oleh beliau sebagai punca utama kejadian tersebut.

“Aliran air dari operasi mereka turun ke longkang awam di tepi jalan, membawa bersama pasir dan tanah yang menyebabkan longkang ini tidak dapat menampung aliran air setiap hari. 
“Struktur saliran air di kawasan ini yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan, apatah lagi setiap kali bila berlakunya hujan lebat. 
“Longkang-longkang ini pula sangat jarang diselenggara atau dibersihkan. Sebesar mana atau sebaik mana pun sistem saliran, jika tidak diselenggara lama kelamaan akan mendatangkan masalah,” ujarnya. 
Menurut beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, keadaan ini telah berlarutan agak lama di mana walaupun menghadapi cuaca panas terik berhari-hari, namun air tersebut tidak juga kering. 
Malah beritahu beliau, pihak Roadcare (M) Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Air Pahang (PAIP) terlebih dahulu sudah mengesahkan bahawa tiada kebocoran paip berlaku di kawasan sekitar tersebut. 
Katanya, situasi begini boleh menimbulkan kesulitan serta mendatangkan bahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya dan hal tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak berwajib untuk diberi perhatian, namun belum ada tindakan berkesan diambil. 
“Saya lihat di sini ada dua perkara penting yang perlu diambil tindakan dalam isu ini adalah penguatkuasaan dan penyelenggaraan. 
“Oleh itu, saya telah membuat ketetapan untuk membincangkan hal ini dengan pelbagai agensi yang berkaitan, pada minggu hadapan untuk sesi pertama. 
“Selain Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) antara agensi lain yang dijemput hadir termasuklah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). 
“Juga akan dilibatkan, syarikat GAS Malaysia Berhad bagi memastikan keselamatan laluan saluran paip gas yang terdapat di kawasan sekitar,” ujarnya lagi. 
Andansura juga memaklumkan bahawa syarikat operator tapak bijih besi tersebut telah menyatakan kesediaan untuk bertanggungjawab dan memberi sepenuh kerjasama bagi mengatasi perkara ini termasuklah penyediaan jentera-jentera yang diperlukan. 
Beliau menambah, objektif utamanya adalah untuk mendapatkan penyelesaian jangka pendek yang boleh diambil segera bagi menyelesaikan isu keselamatan dan kemudahan orang ramai selain mengatasi masalah pencemaran. 
“Tidak seharusnya keadaan ini dibiarkan begitu lama, sedangkan kita sentiasa berusaha untuk membawa pelabur datang bertapak di sini.
“Jalanraya di sini adalah jalan utama melibatkan kawasan perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan, yang merupakan antara sektor penting dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER),” tambahnya lagi. 
Hadir bersama lawatan kerja di atas adalah pegawai-pegawai dari JAS dan MBK yang telah memberi reaksi segera untuk hadir ke lokasi berkenaan walaupun dalam notis singkat. – HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/punca-masalah-air-genangi-jalan-gebeng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Identiti Mangsa Dalam Kereta Myvi Hanyut Dikenal Pasti

Identiti Mangsa Dalam Kereta Myvi Hanyut Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 212 hits
Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai Inanam Kota Kinabalu pada Sabtu KOTA KINABALU Identiti kedua dua mangsa yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras pada petang Jumaat ketik...
Kenal Pasti 5 Punca Gastrik

Kenal Pasti 5 Punca Gastrik

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 230 hits
Korang pernah diserang gastrik Lately nie sis kerap pula kena gastrik Lagi lagi kalau kurang menjaga waktu makan Apa yang sis perasan perut yang dibiarkan kosong akan menjadi salah satu punca gastrik Kejap jer angin tu menyerang Apa yang si...
Hiburan Masalah Air Di Kelantan Fizo Omar Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera

Hiburan Masalah Air Di Kelantan Fizo Omar Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 216 hits
Pelakon Fizo Omar menerusi sebuah hantaran di Instagram telah menggesa pihak kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah air tercemar yang masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini ARTIKEL BERKAITAN A...
Hiburan Luahan Dapat Perhatian Syarikat Air Kelantan Fizo Omar Anggap Masalah Air Selesai

Hiburan Luahan Dapat Perhatian Syarikat Air Kelantan Fizo Omar Anggap Masalah Air Selesai

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 169 hits
Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa lega apabila luahan perasaannya mengenai isu air kotor di kawasan perumahannya telah mendapat perhatian daripada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementJelas Fizo pihak AKSB telah mengh...
Doakan Cik B Lembutkan H4ti Gugvrnya Air Mata Vida Hasrat Nak Kahwin Tak Dir3stui Anak

Doakan Cik B Lembutkan H4ti Gugvrnya Air Mata Vida Hasrat Nak Kahwin Tak Dir3stui Anak

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 529 hits
Kisah percintaan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida terus mencuri tumpuan ramai Terbaru Vida menerusi siaran langsung di Instagramnya semalam memohon doa orang ramai supaya anaknya Cik B dilembutkan h4ti untuk menerima segala keputusan Cik B ...
Ibu Ni Kongsi Anak Order 17 Gelas Air Boba Melayang Rm150 Nak Kena Bayar Aduhlah Anak

Ibu Ni Kongsi Anak Order 17 Gelas Air Boba Melayang Rm150 Nak Kena Bayar Aduhlah Anak

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 202 hits
Kadang kadang anak ni selalu buat perkara di luar jangkaan Dah beberapa kali ada kes anak order melalui online tahu tahu saja sampai berbungkus bungkus makanan atau minuman di rumah Melayang duit mak ayah Sama jugalah dengan kisah melalui a...
Idap Kanker Langka Ari Lasso Optimis Bisa Sembuh Dan Kembali Ke Panggung Hiburan Tanah Air Segera

Idap Kanker Langka Ari Lasso Optimis Bisa Sembuh Dan Kembali Ke Panggung Hiburan Tanah Air Segera

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 190 hits
Baru saja jalani operasi ia akan melakukan kemoterapi selama 3 bulan ke depan di Singapura Semoga lekas sembuh
Hiburan Buang Air Besar Lebih 50 Kali Fazreen Rafi Alami Jangkitan Kuman Di Perut

Hiburan Buang Air Besar Lebih 50 Kali Fazreen Rafi Alami Jangkitan Kuman Di Perut

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 157 hits
Pelakon Fazreen Rafi menerusi sebuah hantaran Instagram memaklumkan bahawa dia kini berada dalam keadaan kurang sihat apabila mengalami jangkitan kuman di bahagian perut ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMalah kata Fazreen dia terpaksa membuan...
Empat Tahap Vaksin Covid 19 Tiba Di Tanah Air Dalam Sehari

Empat Tahap Vaksin Covid 19 Tiba Di Tanah Air Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 180 hits
Indonesia kedatangan vaksin Covid 19 empat tahap sekaligus yakni ke 52 53 54 dan 55 Jumat Vaksin yang tiba hari ini terdiri dari beberapa merek
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Jangan Kahwin Pada Usia Terlalu Muda

Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord

Dani Kurama Sumpah Kali Ini Chord

Kedai Mamak Sorok Minyak Masak And Then