Insiden Pengorekan Pihak Ke 3 Punca Gangguan Bekalan Elektrik Sesb


Insiden Pertama di Kg Sodomon, Kepayan dan Insiden ke-2 di Jalan Tuaran ke Pencawang Elektrik Simpang Sepanggar Lagi pengorekan pihak ke-3 punca gangguan bekalan elektrik KOTA KINABALU: Insiden pengorekan oleh pihak ketiga terhadap kabel bawah tanah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) semasa perlaksanaan projek pembesaran jalan sekali lagi menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

ROSAK: Kabel bawah tanah milik SESB yang rosak akibat tindakan pengorekan pihak kontraktor. Ini walaupun sebelum ini SESB telah memberi peringatan dan ada yang telah diambil tindakan undang-undang ke atas mereka.


Terkini, lebih kurang 3,000 pengguna berhadapan dengan gangguan bekalan selama hampir 2 jam apabila kerosakan ke atas kabel bawah tanah SESB terjadi disebabkan pengorekan oleh pihak kontraktor pelebaran jalan.

Kejadian pada Sabtu di Jalan Tuaran ke Pencawang Elektrik Simpang Sepanggar menyebabkan bekalan terganggu pada jam 11.53 pagi dan kerja-kerja pemulihan oleh pasukan teknikal SESB dilaksanakan secara berperingkat.

Bekalan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 2.49 petang.


Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset), Ir. Idris Mohd Noor berkata, kerja-kerja pengorekan pihak ketiga merupakan antara cabaran utama kepada usaha SESB memberikan bekalan elektrik tanpa gangguan kepada pengguna.

Beliau menjelaskan kejadian tersebut adalah kejadian ke-2 berlaku dalam minggu ini dengan kejadian pertama pada Rabu lalu di Kampung Sodomon, Kepayan.

“Kerja-kerja pengorekan oleh Pemaju Pembangunan Pelbagai di Kampung Sodomon Kepayan menyebabkan gangguan bekalan kepada lebih 2,000 pengguna di kawasan sekitar bermula pada jam 1.42 petang dan bekalan dipulihkan pada lewat petang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Ir Idris berkata kecuaian dan kesilapan seumpama ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada SESB, malah yang lebih utama ianya juga akan menimbulkan kerumitan kepada pengguna SESB yang terlibat yang sekaligus akan menjejaskan imej SESB yang bertungkus lumus untuk sentiasa memperbaiki tahap perkhidmatannya.

Justeru, SESB memohon supaya pihak kontraktor dan orang ramai untuk memaklumkan terlebih dahulu sebarang aktiviti pengorekan di bahu jalan kepada SESB agar aktiviti pengesanan kabel dapat dilakukan sebelum kerja-kerja pengorekan dibuat.


Perkara ini dapat menjamin keselamatan dan sekaligus mengelakkan insiden gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan, katanya lagi.

Beliau berkata sebelum ini, sebanyak 78 kes korekan yang dilakukan oleh salah satu kontraktor pelebaran jalan telah dimajukan untuk tindakan undang-undang oleh SESB.

“Kita berharap tindakan undang-undang dapat dipercepatkan,” katanya lagi.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/insiden-pengorekan-pihak-ke-3-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sesb Bekalan Elektrik Pulih Secara Berperingkat Selepas Terima Lebih 3 000 Aduan

Sesb Bekalan Elektrik Pulih Secara Berperingkat Selepas Terima Lebih 3 000 Aduan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 349 hits
Kakitangan SESB bekerja hingga larut malam untuk memulihkan bekalan elektrik di kawasan banjir SESB laksanakan pemulihan bekalan secara berperingkat KOTA KINABALU Pemulihan bekalan elektrik ke kawasan kawasan yang terjejas akibat banjir kil...
Sesb Jelaskan Isu Kenaikan Bil Elektrik

Sesb Jelaskan Isu Kenaikan Bil Elektrik

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 292 hits
Sabah Electricity Sdn Bhd KOTA KINABALU Sabah Electricity Sdn Bhd pada Ahad menjelaskan kenaikan bil elektrik adalah disebabkan oleh penyesuaian bil yang dibuat pada Julai dan jumlah yang direkodkan dalam bil Ogos adalah untuk penggunaan el...
Cara Bayar Bil Elektrik Sesb Secara Online

Cara Bayar Bil Elektrik Sesb Secara Online

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 373 hits
Tahukah anda selain membuat bayaran bil elektrik melalui kiosk dan pembayaran tunai di kaunter anda juga boleh membuat pembayaran secara atas talian Memandangkan sekarang adalah waktu pandemik pembayaran bil secara online adalah langkah sel...
Kenal Pasti 5 Punca Gastrik

Kenal Pasti 5 Punca Gastrik

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 307 hits
Korang pernah diserang gastrik Lately nie sis kerap pula kena gastrik Lagi lagi kalau kurang menjaga waktu makan Apa yang sis perasan perut yang dibiarkan kosong akan menjadi salah satu punca gastrik Kejap jer angin tu menyerang Apa yang si...
Dua Punca Ini Jadi Sebab Kenapa Ziyad Terlewat Tiba Di Call Room

Dua Punca Ini Jadi Sebab Kenapa Ziyad Terlewat Tiba Di Call Room

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 294 hits
Gempar pada hari ini apabila emas yang dimenangi atlet lontar peluru paralimpik negara Ziyad Zolkefli ditarik balik Selepas protes yang dilakukan oleh pasukan Ukraine diterima oleh pihak penganjur Ziyad Zolkefli dan seluruh rakyat Malaysia ...
Iq Anak Lemah Punca Jajan Jadi Jangan Simpan Stok Dalam Rumah Dr Taufiq

Iq Anak Lemah Punca Jajan Jadi Jangan Simpan Stok Dalam Rumah Dr Taufiq

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 290 hits
IQ Anak Lemah Punca Jajan Jadi Jangan Simpan Stok Dalam Rumah Dr Taufiq PERASAN tak anak anak kalau bab makan jajan laju je Bila makan nasi sikit pula Memang ramai ibu bapa tahu jajan atau snek ringan tak sesuai untuk anak Namun ibu bapa se...
Tni Nakes Harus Lapor Jika Ada Indikasi Gangguan Keamanan Di Papua

Tni Nakes Harus Lapor Jika Ada Indikasi Gangguan Keamanan Di Papua

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 275 hits
Danrem 172 PWY Brigjen Izak Pangemanan mengaku telah mengamankan semua daerah untuk memastikan dan menjaga para Tenaga Kesehatan yang sedang melakukan tugasnya
Ketua Mpr Gangguan Keselamatan Nakes Alarm Tanda Bahaya Terhadap Kemanusiaan

Ketua Mpr Gangguan Keselamatan Nakes Alarm Tanda Bahaya Terhadap Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 352 hits
Bamsoet meminta kepada pemerintah pusat dengan dukungan TNI Polri bisa menjamin keselamatan dan keamanan Nakes yang bertugas di berbagai fasilitas kesehatan di berbagai wilayah Papua
Dollah Mendakwa Corak Bermain Individu Jadi Punca Sri Pahang Fc Gagal Meraih Tiga Mata

Dollah Mendakwa Corak Bermain Individu Jadi Punca Sri Pahang Fc Gagal Meraih Tiga Mata

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 192 hits
KUANTAN Corak permainan yang terlalu banyak bergantung kepada individu berbanding bermain secara pasukan menjadi alasan skuad Sri Pahang FC gagal meraih tiga mata di laman sendiri dalam perlawanan tertunda Liga Super malam tadi Pengendali s...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro