Cara Terbaik Mengurangkan Nafsu Makan



Setiap individu memerlukan jumlah makanan yang berbeza mengikut jantina, umur serta aktiviti yang dilakukan. Justeru itu, sekiranya seseorang indvidu itu makan dengan kuantiti yang lebih daripada sepatutnya iaitu tidak bersesuaian dengan jantina, umur dan aktiviti seharian akan membawa kepada kemudaratan kesihatan diri seseorang. 

Cara Terbaik Mengurangkan Nafsu Makan
Credit Pic : SUMBER
Cara makan ini lebih merujuk kepada makan menurut kehendak atau keinginan dan bukan lagi mengikut keperluan yang sewajarnya.

Cara Terbaik Mengurangkan Nafsu Makan 
Contoh gejala makan berlebihan yang perlu diberi perhatian adalah :

Makan Tidak Ikut Waktu

Makan ketika tidak rasa lapar. Individu ini selalu akan makan walaupun perut tidak lapar dan tidak mengikut waktu yang sepatutnya. Individu ini makan kerana ingin memuaskan nafsu makan sahaja dan tidak dapat menerapkan dalam diri dan mendisiplinkan diri berkaitan waktu makan yang betul dan sesuai.


Pengambilan Lemak Terlalu Banyak

Individu ini mengambil makanan yang banyak mengandungi lemak dalam pemakanan seharian. Antara makanan yang mengandungi lemak yang banyak seperti mayonis, kekacang, mentega kacang, kerepek kentang, keju dan daging merah.


Makan Tidak Ikut Keperluan Badan

Individu yang tidak dapat mengawal nafsu makan seringkali akan terus mengunyah makanan walaupun tubuh badannya telah memberikan tanda kekenyangan. Tanda kekenyangan tersebut sering diabaikan kerana keinginan terhadap makanan yang amat tinggi dan tidak dapat dibendung lagi.


Menghadapi Tekanan Dengan Cara Makan

Terdapat pelbagai kaedah bagi mengendalikan atau menguruskan tekanan dalam hidup. Bagaimanapan terdapat individu yang memilih untuk makan sebagai kaedah atau cara untuk menguruskan dan mengendalikan tekanan yang dihadapi.

Ini boleh membawa kepada makan secara berlebihan kerana ia tidak lagi mengikut waktu makan dan jumlah makanan yang sesuai bagi setiap individu.


Melewatkan Waktu Makan

Melewatkan waktu makan adalah salah satu ciri orang yang suka makan berlebihan. Individu ini kebiasaannya akan melewatkan waktu makan yang penting seperti  pengambilan sarapan pagi.

Pengambilaan makanan yang berlebihan ini menyebabkan perut anda yang tadinya kosong akan dipenuhi dengan makanan yang banyak pada satu masa yang singkat dan ini akan membebankan sistem pencernaan perut.

Akibat Tidak Mengawal Nafsu MakanBerat Badan Berlebihan

Pemakanan yang sihat amat penting untuk tubuh manusia. Diet pemakanan yang sihat membantu tubuh kita untuk mendapat tenaga dan melakukan aktiviti fizikal dengan selesa. Bagaimanapun pengambilan makanan secara tidak sihat dan berlebihan boleh menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dalam tubuh kita. Ini membawa kepada berat badan berlebihan atau obesiti.

Mudah Mendapat Penyakit Tidak Berjangkit

Gagal mengawal nafsu makan boleh menyebabkan seseorang individu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah kesihatan yang serius. Antara masalah kesihatan tersebut ialah diabetes mellitus (kencing manis), tekanan darah tinggi, strok (angin ahmar), penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), paras kolesterol yang tinggi, sukar bernafas dan penyakit hati.


Masalah Kewangan

Bagi individu yang mengamalkan makan mengikut nafsu, dia tidak pernah mendapat  kepuasan hakiki kerana lebih banyak dimakan, perasaan puas semakin tidak dirasai. Oleh itu, nafsu makan jika semakin dituruti, lebih banyak keburukan yang timbul. Hakikatnya, makan berlebihan bukan saja mendatangkan masalah kepada kesihatan, tetapi juga kewangan.

Cara Mengawal Nafsu MakanMinum Air

Minum air sentiasa dapat membantu bagi memudahkan penghadaman dan pembuangan air kecil dan besar. Setiap individu digalakkan unuk minum air sebelum mengambil makanan berat. Kekerapan minum air akan membuatkan anda sentiasa kenyang dan  membantu anda untuk mengurangkan pengambilan makanan dan minuman manis.


Makan Buah sebelum Makan Makanan Berat

Buah-buahan amat baik untuk kesihatan kerana di dalam buah-buahan terdapat serat yang membantu proses penghadaman dan membantu mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan berat. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya boleh dijadikan sebagai snek sehari-hari terutamanya ketika perut anda terasa lapar.


Kurangkan Makanan dan Minuman Manis

Makanan dan minuman manis berpotensi untuk menaikkan kadar insulin dalam tubuh anda. Kenaikan kadar insulin ini boleh menyebabkan anda cenderung untuk makan berlebihan. Makanan dan minuman manis juga selalunya mempunyai kalori yang tinggi dan menjadikan anda lebih bernafsu untuk makan lebih.


Mengunyah Berulang Kali

Amalan mengunyah makanan berulang kali adalah baik untuk membantu proses penghadaman makanan tersebut. Sebenarnya apabila kita mengunyah sehingga lumat, barulah nikmat makanan tersebut dirasai.

Orang gemuk mengunyah dengan bilangan yang paling sedikit manakala orang yang badannya normal mengunyah lebih lama. Mengunyah berulang kali membuatkan perut menjadi cepat kenyang dan membantu mengurangkan berat badan.


Uruskan dan Kendalikan Tekanan Dengan Lebih Bijak

Tekanan merupakan salah satu dugaan dalam kehidupan setiap manusia. Terdapat pelbagai kaedah dan cara bagi menghadapi tekanan ini. Tindakan mengambil makanan secara berlebihan sebagai satu kaedah untuk menghadapi tekanan adalah satu tindakan yang kurang bijak dan sebaliknya membawa kepada lebih banyak tekanan dan masalah. Bertindak secara positif bagi menghadapi tekanan seperti beriadah, berfikir positif, berkongsi perasaan dan belajar cara penyelesaian masalah.


Makan Makanan Bersumberkan Protein

Pengambilan makanan yang mengandungi protein adalah lebih mengenyangkan. Ia boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan kerana protein juga terdiri daripada makanan yang enak. 

Anda disarankan untuk mengambil makanan yang mempunyai sumber protein yang asli seperti daging ayam, agar dapat mengelak daripada pengambilan kalori berlebihan dan lemak tepu.


Makan Sebelum Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang

Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung untuk makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Nafsu makan juga akan melonjak pada ketika ini dan mendorong anda untuk membuat pilihan yang salah dalam diet pemakanan anda. Anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. dan berhenti sebelum perut benar-benar kenyang dan penuh sehingga menyukarkan pergerakan.


SUMBER

Baca Juga : Apa Perlu Buat Jika Datang Bulan Buat Kali Pertama ?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2019/08/cara-terbaik-mengurangkan-nafsu-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Senaman Mudah Bagi Mengurangkan Tekanan Kemurungan

Cara Senaman Mudah Bagi Mengurangkan Tekanan Kemurungan

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 385 hits
Kadang kadang penampilan luaran seseorang tidak menunjukkan keadaan sebenar kesihatan mental mereka Cara Senaman Mudah Bagi Mengurangkan Tekanan KemurunganCredit Pic Kesihatan mental meliputi kesejahteraan emosi psikologi dan sosial kerana ...
Majlis Fatwa Putuskan Korban Di Luar Negara Harus Ini Antara Cara Terbaik Untuk Laksanakannya

Majlis Fatwa Putuskan Korban Di Luar Negara Harus Ini Antara Cara Terbaik Untuk Laksanakannya

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 575 hits
Hujung minggu ini umat Islam akan menyambut satu lagi perayaan besar iaitu Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali dengan nama Hari Raya Korban Perayaan ini sangat sinonim dengan dua ibadah yang tinggi martabatnya dalam hidup seorang Muslim ...
9 Cara Kurangi Bau Prengus Pada Daging Kambing Nggak Bikin Enek Selera Makan Pun Naik

9 Cara Kurangi Bau Prengus Pada Daging Kambing Nggak Bikin Enek Selera Makan Pun Naik

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 323 hits
Nggak cuma ngilangin bau prengus bahan bahan juara ini juga bikin tekstur daging jadi empuk Siap siap mengolah daging kurban besok nih
60kg 51kg Cara Saya Turunkan Berat Sesuai Untuk Orang Suka Makan Ibu Menyusu

60kg 51kg Cara Saya Turunkan Berat Sesuai Untuk Orang Suka Makan Ibu Menyusu

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 838 hits
Lepas raya makin berat turun Macammana ni weeii Siapa yang kenal kami berdua sejak kahwin 10 tahun lepas kami memang comel cantik hensem Hobi makan makan makan Siapa tak suka makan kannn Wife abam Joe pandai masak pulak Yummyyy jadi jangan ...
Cara Kuruskan Badan Dengan Amal Makan Nasi Sejuk

Cara Kuruskan Badan Dengan Amal Makan Nasi Sejuk

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 880 hits
Cara Kuruskan Badan Dengan Amal Makan Nasi Sejuk Sebut kurus yang excited ialah orang perempuan sebab kurus menjadikan kita sihat muda dan bertenanga dan tak kurang juga kelihatan cantik Tapi pertama kali dengar makan nasi sejuk boleh jadik...
Cara Terbaik Mengatasi Rasa Bersalah Dalam Diri

Cara Terbaik Mengatasi Rasa Bersalah Dalam Diri

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 449 hits
Sebagai manusia biasa kita akan melakukan kesilapan di sela sela kehidupan Mungkin tersilap cakap tersilap memberikan harapan atau tersilap perbuatan sehingga kesan daripada kesilapan yang dilakukan sudah tidak dapat dipulihkan Cara Terbaik...
Anak Asyik Tak Sihat Mama Mesti Lakukan Cara Ini Barulah Tak Kerap Makan Ubat

Anak Asyik Tak Sihat Mama Mesti Lakukan Cara Ini Barulah Tak Kerap Makan Ubat

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 659 hits
Tentunya ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil ingin mengetahui cara untuk meningkatkan imun badan anak Ada yang akan cuba buat pelbagai cara untuk memastikan antibodi anak kuat dan tidak mudah sakit Bagaimanapun ada juga anak anak yang s...
Terbaik Tun M

Terbaik Tun M

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 251 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Antarabangsa Jepun bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https...
7 Tempat Berbelanja Murah Di Seoul Untuk Tawaran Harga Terbaik

7 Tempat Berbelanja Murah Di Seoul Untuk Tawaran Harga Terbaik

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 609 hits
Jadi anda sudah berbelanja banyak di tiket penerbangan hotel dan makanan Mencari tempat untuk menghabiskan duit Korea tanpa melebihi had penjimatan anda Jika anda seorang pemburu jualan murah seperti kami atau mencintai tawaran diskaun yang...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque