China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia


China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia
Syarikat penerbangan China, China Eastern Airlines baru-baru ini telah berjaya melaksanakan penerbangan komersial yang mencatat jarak paling jauh di dunia, lapor Independent UK.
Penerbangan tersebut mengambil masa keseluruhan selama 29 jam dan merentasi jarak sejauh 12,400 batu (19,958 kilometer).
Ia berlepas dari Shanghai pada jam 2 pagi waktu tempatan pada 4 Disember lalu, dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza, Buenos Aires kira-kira jam 4.45 petang, 10 minit lebih awal daripada jadual.
Bagaimanapun, penerbangan ini tidak layak diiktiraf sebagai penerbangan terus terpanjang di dunia kerana pesawat terbabit terpaksa singgah di Auckland, New Zealand untuk urusan mengisi minyak dan menukar kru penerbangan.
Independent UK melaporkan penerbangan dari China ke Argentina mengambil masa melebihi 25 jam, manakala perjalanan pulang memerlukan tambahan sekitar empat jam.
Jadi ia mengukuhkan kedudukannya sebagai laluan penerbangan komersial terpanjang di dunia.
Sambutan meriah telah diadakan di Shanghai dan Buenos Aires bagi meraikan kejayaan penerbangan ini, manakala Auckland turut menganjurkan majlis bagi menyambut ketibaan pesawat.
Pesawat Boeing 777-300ER dengan kapasiti 316 tempat duduk itu kini dijadualkan untuk beroperasi sebanyak dua kali seminggu bagi laluan ini.
Memenuhi keperluan diaspora Asia Timur di Argentina Difahamkan, laluan baharu ini diperkenalkan dengan tujuan utama untuk memenuhi keperluan diaspora Asia Timur di Argentina, yang dikenali sebagai salah satu komuniti yang berkembang paling pesat di negara Amerika Selatan itu.
Menurut China Eastern Airlines, laluan baharu ini berjaya mengisi kekosongan penerbangan terus antara Shanghai dan bandar-bandar utama di Amerika Selatan.
“Ia membuka ‘koridor ke selatan’ yang menghubungkan hujung berlawanan Lautan Pasifik dan mengubah perjalanan udara antara tiga benua,” katanya dalam kenyataan.
Perkhidmatan laluan China-Argentina ini kini memegang status sebagai laluan penerbangan komersial terpanjang di dunia, mengatasi rekod sebelumnya iaitu penerbangan 19 jam yang dikendalikan oleh Singapore Airlines di antara New York dan Singapura.
Dalam perkembangan berkaitan, syarikat penerbangan kebangsaan Australia, Qantas, sedang merancang projek ambisius yang dinamakan ‘Project Sunrise’.
Projek ini melibatkan penerbangan tanpa henti di antara Sydney, London dan New York menggunakan pesawat yang mampu terbang sehingga 22 jam tanpa henti.
Qantas menyifatkan laluan London-Sydney yang dijangka dilancarkan pada tahun 2027 dan merentasi jarak 10,573 batu (17,022.7 km) sebagai ‘sempadan terakhir bagi penerbangan jarak jauh’.
BACA: Peguam Syarie Nasihatkan Suami Isteri Elak Tulis “I Love You” Dalam Pemindahan Wang BACA: Hadap Jalan Putus & Bawa Bayi Redah Hutan, Kisah Guru Cekal Demi Anak Murid Di Pedalaman Sumber: Independent UK
The post China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/16/china-eastern-airlines-cipta-rekod-penerbangan-komersial-paling-jauh-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undang Undang Paling Pelik Pernah Wujud Di Dunia

Undang Undang Paling Pelik Pernah Wujud Di Dunia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 131 hits
Undang undang sememangnya penting di dunia ini dan undang undang bagi setiap negara adalah berbeza beza Namun apa yang melucukan terdapat beberapa negara yang telah menggubal beberapa undang undang menjadi satu undang undang yang agak unik ...
Inilah Bandar Yang Terletak Paling Selatan Di Dunia

Inilah Bandar Yang Terletak Paling Selatan Di Dunia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 177 hits
Ushuaia is the southernmost city in the world and it s a common stop for tourists on their way to Antarctica As you can see it s unlike any other place in the world
Sukan Sea 2025 Jonah Sambar Emas Cipta Rekod Baharu Temasya

Sukan Sea 2025 Jonah Sambar Emas Cipta Rekod Baharu Temasya

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 116 hits
Sukan SEA 2025 Jonah Sambar Emas Cipta Rekod Baharu Temasya BANGKOK 13 Dis Jaguh lontar peluru lelaki negara Jonah Chang Rigan berada dalam kelas tersendiri selepas menyambar pingat emas dan memecahkan rekod temasya pada Sukan SEA Thailand ...
Pemanah Berkuda Junior Negara Gegar Pentas Dunia Di China Ppim 15 12 2025

Pemanah Berkuda Junior Negara Gegar Pentas Dunia Di China Ppim 15 12 2025

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 72 hits
Pasukan pemanah berkuda junior Malaysia mencipta sejarah membanggakan apabila berjaya menggegarkan pentas dunia dengan merangkul kejuaraan Masahi Team Junior dan Masahi Team Open Division dalam kejohanan berprestij 2025 Global Horseback Arc...
Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 189 hits
Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia PM Anwar PETALING JAYA 13 Dis Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia meskipun memiliki kepelbagaian kaum agama dan serantau yang rumit kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra...
Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh

Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 131 hits
Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh Bagi sesetengah orang duduk berjam jam dalam pesawat bukanlah perkara asing terutamanya bagi mereka yang kerap melancong atau bekerja di luar negara Walaupun ramai ...
Tron Ares Ai Baik Hati Dalam Dunia Manusia Tamak

Tron Ares Ai Baik Hati Dalam Dunia Manusia Tamak

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 111 hits
Kalau sebut Tron otak terus terbayang neon biru motor laju dan dunia digital yang macam hidup sendiri Lepas Tron Legacy buat ramai jatuh cinta dengan vibe futuristik Disney datang balik dengan Tron Ares Tapi kali ini cerita bukan sekadar ma...
Inilah Superkomputer Ai Peribadi Terkecil Di Dunia

Inilah Superkomputer Ai Peribadi Terkecil Di Dunia

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 116 hits
Tiiny AI mencipta sejarah apabila Guinness World Records mengiktiraf Pocket Lab sebagai superkomputer AI peribadi terkecil di dunia Walaupun hanya sebesar bank kuasa ia didakwa mampu menjalankan model bahasa sehingga
Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

My Hometown Tanah Merah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu

100 Nama Bayi Perempuan Modern Paling Aesthetic Super Elegan Penuh Makna