Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025
Motorsikal Hadiah Istemewa Cabutan bertuah bernilai RM4000
Pengalaman Berniaga Sambil Muhasabah Diri.
Karnival KoKum yang diadakan di peringkat sekolah pada 10 dan 11.12.2025 Rabu dan Khamis. Karnival ini dianjurkan oleh Unit KO-KURIKULUM yang dipengerusikan oleh En. Syukur Nadiw selaku Penolong Kanan KoKurikulum. Penyelaras yang telah dilantik ialah Puan Davina.
Karnival KOKUM kali ini, sama seperti tahun lalu ada acara menjual dikalangan guru-guru tetapi secara berkumpulan pada tahun 2024. Kali ini tahun 2025, ada acara menjual dikalanagn staff tetapi secara Individu dan berdua. Etuza ambil pengalaman ini dan berfikir apakah jualan yang boleh di bawa dan dijual.
Objektif Karnival ini adalah untuk mengumpul dana KoKurikulum dimana kewangan yang terkumpul akan digunakan dalam apa juga acara sukan yang melibatkan murid menyertai kejohanan dan pertandingan hingga keperingkat Kebangsaan. Selain digunakan untuk membeli peralatan sukan di sekolah.
Pengalaman menjual atau berniaga ini, menjadikan Etuza muhasabah diri, sebagai peniaga banyak perkara yang harus dipikul dan kena bijaksana agar ada keuntungan, persaingan yang hebat juga faktor yang menjadikan kita sabar dan tabah. Kita berharap rezeki dari Allah, jika ada lebihan rezeki maka ada lah. Tetapi Etuza yakin benar dan pasti rezeki tidak akan salah alamat. Lalu kami mengambil keputusan menjual berbagai jualan seperti:-👉 Menjual bunga-bungan di pasu dan di bayung.( bunga kertas keutamaan )👉 Minuman perasa oren dan air bandung 👉 Nasi ayam hainan suri hati👉 Telur rebus👉 Pecal ( rojak kampung )👉 Jual lada bara dan lada putih 👉 Jual jagung pulut rebus👉 Kuih muih👉 Jual kain bundle 👉 Buku - buku cerita.
Jerih Payah Dan Cabaran Seorang Peniaga.
Berniaga sebagai punca pendapatan dan tempat menceri rezeki, terus terang saya katakan AMAT seronok kerana menerima duit harga dan menjual barang jualan.Sipa tidak gembira bila jualan laris dengan harga yang berpatutan. Namun ada cabaran dan jerih payang seorang peniaga, seperti Kos Model yang diperlukan perlu berani mempertaruhkan modal yang banyak atau sedikit. Risiko laris atau tidak harus tanggung dan bersabar.
Masa tidur kena korbankan apabila bangun awal menyediakan semua jualan seperti penyedian kuih muih dan jualan nasi. harus di masak sejurus jam 3.30 pagi hingga selesai. Semnagant kena kuat dan padu. Yakin dan berani. Ilah antara rasanya resipi kejayaan seorang peniaga.
Pembelian Menggunakan Kupon
Setiap pembelian mesti menggunakan kupon bernilai RM1.00, RM2.00 dan RM5.00. Kupon yang Etuza beli dalam lingkungan RM200, agak banyak dan dapat lah memasukkan beberapa cebisan kertas untuk cabutan bertuah. Rakan guru lain ada yang Etuza dengar membeli kupon RM400 dan RM500.Dan sememangnya ada niat untuk menenag hadiah jika ada rezeki. Hadiah besar yang dipertaruhkan ialah:-👉 Motorsikal bernilai RM4000👉 Freezer 👉 Peti sejuk👉 Basikal 👉 Hadiah lain seperti beras, minyak masak dan sabun cuci kain serta hamper.
Acara Menarik.👉 Teka berat angsa👉 Rumah hantu👉 Tangkap ayam👉 Karoke👉 Melastik👉 Pertandingan senam arobic
Tetamu Karnival KOKUM
👉 Staff dan warga murid👉 Ibubapa ( pibagu sekolah )👉 ALUMNI👉 Staff dari sekolah yang berdekatan👉 Individu yang berpengaruh atau NGO👉 Rombongan dari Pejabat Pendidikan Daerah Keningau.👉 Saudara dan keluarga staff sekolah👉 Guru Besar dan Penolong Kanan setiap sekolah berdekatan.👉 Terbuka kepada sesiapa yang dijemput atau tidak.
Memang kali ini tahun 2025 Karnival KOKUM sangat meriah dan ramai yang datang.Oleh kerana jual beli menggunakan kupon maka semua jualan guru-guru laris tanpa ada terlelong. Kecuali bunga-bungan Etuza yang tidak laris dibawa balik ke halaman dan pelihara dengan baik. Salam sayang jumpa di artikal lain yang menyusul.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2025/12/pengalaman-berniaga-di-bazaar-karnival.html