Anak Asyik Tak Sihat Mama Mesti Lakukan Cara Ini Barulah Tak Kerap Makan Ubat


Tentunya ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil ingin mengetahui cara untuk meningkatkan imun badan anak. Ada yang akan cuba buat pelbagai cara untuk memastikan antibodi anak kuat dan tidak mudah sakit.
Bagaimanapun, ada juga anak-anak yang sistem imun badannya lemah dan cepat demam, selesema atau batuk. Salah makan sikit atau kerap terdedah dengan aktiviti luar mudah tak sihat.
Jadi apabila selalu sangat anak tak sihat, tentu mama atau papa tak tidur malam dibuatnya. Risau suhu badan mendadak naik waktu lewat malam dan boleh membahayakan kesihatan anak. Sebagai ibu bapa ada beberapa alternatif yang boleh dilakukan sejak dari awal lagi.
Antaranya melalui pengambilan pemakanan yang betul dan seimbang, akan menghasilkan sistem pertahanan badan yang kuat supaya dapat melawan bakteria dan kuman yang menjadi penggalak kepada jangkitan penyakit kepada anak anda.
Untuk mencegah daripada masalah kesihatan anak, amalkan tip ini untuk membantu meningkatkan sistem daya imun anak.
1.Minum air
Galak anak anda untuk minum air putih. Ini kerana badan manusia memerlukan 70% air untuk memastikan kelancaran sistem saraf badan. Ia termasuk juga kelancaran pembuangan air besar. Jika anak anda menghadapi kekerapan untuk membuang air besar, ia boleh menjejaskan sistem imun anak anda. Berikan air putih sebagai pilihan pertama anak anda. Ganti minuman gas dan kafein dengan jus buah segar yang tiada pemanis tiruan.
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Anugerah alam semula jadi yang mengandungi banyak vitamin C dan antioksida yang boleh meningkatkan imun anak anda. Antara buah yang mengandungi banyak nutrien ialah pisang, betik, tembikai, strawberi, beri biru dan buah-buahan sitrus. Brokoli, tomato, bayam dan ubi keledek adalah sumber makanan yang baik. Bawang putih mentah adalah satu lagi hidangan yang dikatakan baik untuk sistem imun. Sayur-sayuran seperti lobak dan labu mengandungi karotena yang meningkatkan pengeluaran sel-sel darah putih yang mengelak jangkitan penyakit.
3. Makan ikan
Sudah berabad-abad lamanya ramai ibu bapa memberikan anak mereka minyak ikan setiap hari. Namun mereka menyedari keperluan sebenarnya, apa yang mereka tahu ia mampu memberikan perlindungan kesihatan kepada anak-anak mereka. Kini kita sudah tahu bahawa ikan segar atau dibekukan seperti salmon, ikan tenggiri yang mengandungi Omega 3 lemak. Ia boleh merangsang sistem imun.
4. Rutin tidur yang cukup
Bagi anak-anak yang sedang membesar, rutin tidur yang teratur penting untuk perkembangan. Perlu diketahui anak tak cukup tidur boleh membuatkannya mudah terdedah kepada penyakit dan sentiasa meragam sepanjang masa. Jumlah tidur anak-anak bergantung kepada umur mereka.
Biasanya untuk peringkat bayi yang baru lahir memerlukan 18 jam sehari, kanak-kanak kecil sehingga 13 jam dan kanak-kanak berumur 3-12 tahun sehingga 12 jam sehari.
5. Pengambilan makanan tambahan
Pengambilan makanan tambahan juga antara salah satu alternatif untuk memastikan kesihatan dan diet yang seimbang untuk anak anda. Ia penting untuk memastikan anak anda tidak mengalami sebarang jangkitan atau meningkatkan selera makan anak.
Contohnya Chewies Immunolicious antara suplemen yang boleh anda pilih untuk diberi pada anak. Mempunyai tiga perisa buah-buahan iaitu oren, mangga dan strawberi pasti buat si kecil suka dan secara tak langsung menguatkan imun badan anak.
Mengenai Chewies
Chewies ialah produk makanan tambahan kanak-kanak yang telah ditubuhkan di Malaysia sejak dari tahun 1960. Produk rangkaian Chewies termasuklah Multivitamins, Lysine, Taurine, Vitamin C dan Immunolicious. Makanan tambahan ini diperlukan untuk memberi sokongan pada pembesaran dan pembinaan sel dan otot kanak-kanak.
Immunolicious adalah rangkaian produk paling popular dalam Chewies. Bahan utama dalam Immunolicious ialah Wellmune yang telah dipatenkan serta telah memenangi anugerah untuk bahan yang digunakan di USA. Wellmune ialah sejenis beta glucan semulajadi terbukti secara klinikal untuk menguatkan sistem imun.
Wellmune ialah Beta 1,3/1,6 ekstrak glucan dari ragi roti. Sistem imun yang mampu memberi sokongan melawan pathogens yang berbahaya.

Bagaimana Wellmune menyokong sistem imun?
Wellmune akan memasuki ke dalam badan khusus melalui tisu sistem imun di dalam usus. Sel imun menyerap Wellmune dan menjadikan ianya kecil sehingga serpih-serpihan yang terikat dengan neutrophils iaitu sel imun yang paling banyak dalam badan. Dipenuhi dengan Wellmune, neutrophils bergerak dengan laju untuk membunuh sel yang tidak dikenali. Sehinggalah sistem imun kanak-kanak ini berfungsi secara optimum ketika muda remaja, kanak-kanak perlu meningkatkan pertahanan badan secara semulajadi dengan makanan tambahan seperti pengambilan harian Wellmune.
Kajian klinikal membuktikan bahawa 67% kanak-kanak yang mengambil Wellmune kurang mengalami simptom jangkitan saluran pernafasan (URTI) dan lebih cepat sembuh.

Dalam bentuk gummy
Gummy adalah bentuk yang kebanyakan budak-budak akan menyukainya terutamanya kanak-kanak yang cerewet memilih makanan selalunya mempunyai sistem imun yang lemah dan gummy juga adalah sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah mengunyah jenis tablet.
Immunolicious hadir dalam 3 perasa iaitu strawberi, oren dan mangga (30’s dan 60’s). Terdapat juga dalam bentuk saiz travel (10’s) untuk memberikan perlindungan ketika kanak-kanak sedang mengikuti trip mereka. 2 gummies setiap hari.
Boleh didapati di Watsons, Caring, Guardian dan farmasi yang berdekatan anda. 97% ibu-ibu di Malaysia setuju bahawa ia membantu untuk meningkatkan imuniti kanak-kanak. Kajian dijalankan oleh Home Tester Club pada 16 Mac 2018 dan 4 Jun 2018. 413 ahli telah menerima dan mencuba Chewies Immunolicious.
Pertandingan I Have A Big Dream
Chewies dan Watsons Malaysia telah berkolaborasi dalam satu kempen tanggungjawab sosial korporat tahunan Chewies dalam membantu kanak-kanak memenuhi impian mereka menjadi realiti.
Setiap kanak-kanak mempunyai impian. Kanak-kanak perlulah mempunyai stamina yang kuat dan sihat secara mental dan fizikal untuk mencapai impian mereka. Badan yang sihat akan menjadikan kanak-kanak sentiasa gembira. Ia sangat penting untuk menggalakkan sistem imun anak-anak anda dan memastikan mereka mampu berjuang demi impian mereka tanpa risau mengenai kesihatan mereka.
Kempen CSR ini menyatakan bahawa kanak-kanak berhak untuk mencapai impian mereka tidak kira siapa atau dari mana mereka berada. Peraduan ini hanya memerlukan kanak-kanak untuk melukis atau menulis impian mereka untuk penyertaan. Tiada pembelian diperlukan untuk penyertaan.
Maklumat lanjut mengenai peraduan ini :
‘I Have A Big Dream’
2 Kategori :
– Kategori Melukis : Umur 4 tahun – 6 tahun
– Kategori Menulis : Umur 7 tahun – 12 tahun ( mana-mana bahasa; terhad 100 patah perkataan )
Syarat dan terma :
1. Semua penyertaan boleh dihantar ke : [email protected]
2. Penilaian berdasarkan faktor kualiti gambar, kreativiti, nilai keaslian dan menepati tema.
3. Tarikh tutup penyertaan pada 2 September 2019.
Hadiah :
• 3 pemenang utama akan direalisasikan impiannya beserta hamper Chewies RM150 untuk setiap kategori.
• 5 hadiah saguhati hamper Chewies RM150 untuk setiap kategori.
• Semua pemenang akan menerima 1,000 mata ganjaran untuk Ahli Watsons dan akan dikreditkan ke dalam akaun ibu bapa masing-masing.
The post Anak Asyik Tak Sihat, Mama Mesti Lakukan Cara Ini. Barulah Tak Kerap Makan Ubat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-asyik-tak-sihat-mama-mesti-lakukan-cara-ini-barulah-tak-kerap-makan-ubat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemu Nasi Putih Tukar Menu Nasi Berwarna Sihat Mesti Anak Makan Bertambah

Jemu Nasi Putih Tukar Menu Nasi Berwarna Sihat Mesti Anak Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 514 hits
Takut anak bosan asyik makan nasi putih Ibu ibu boleh cuba menu lain pula Ibu boleh buat ikut citarasa anak anak dan kesesuaian umur Kadang anak lebih suka pada warna dan bentuk yang comel comel Koleksi menu nasi berwarna yang diolah oleh P...
Mama Adik Panaslah Makan Tempat Ada Aircond Boleh Tak Hati Hati Takut Anak Terkena Rich Kid Syndrome

Mama Adik Panaslah Makan Tempat Ada Aircond Boleh Tak Hati Hati Takut Anak Terkena Rich Kid Syndrome

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 412 hits
Tak salah nak manjakan anak tapi jangan sampai berlebih lebihan Anak kecil kita memang tak pernah tahu mengenai barangan berjenama mahal dan makan tempat mewah tapi kitalah yang didik mereka bimbang anak tak cantik atau tak selesa ketika ma...
Elak Celup Picagari Sama Dalam Botol Ubat Kalau Nak Anak Cepat Sihat

Elak Celup Picagari Sama Dalam Botol Ubat Kalau Nak Anak Cepat Sihat

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 447 hits
Bila anak makan ubat tapi masih tak elok mesti bersebab Haa ini memang cukup merisaukan Sebelum nak risau ibu bapa kena tahu mungkin ada kesilapan yang kita terlepas pandang sebelum ini Berdasarkan perkongsian dari Facebook sekurang kurangn...
Kepergok Anak Saat Asyik Bercinta Jangan Panik Lakukan Hal Penting Ini Segera

Kepergok Anak Saat Asyik Bercinta Jangan Panik Lakukan Hal Penting Ini Segera

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 290 hits
Tahu nggak beberapa waktu lalu sempat viral video anak balita mendesah dan mengerang menirukan suara orang tuanya saat bercinta Duh jangan sampai ditiru dan terulang padamu ya
Menu Western Mac Cheese Sihat Confirm Anak Makan Bertambah

Menu Western Mac Cheese Sihat Confirm Anak Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 558 hits
Anak susah makan ataupun mak ayah yang tak rajin nak layan Memang biasa anak anak susah makan Tapi bukanlah bermakna anak tu tak lapar Sebagai kanak kanak yang aktif selalunya ingat nak bermain je sampai terlupa rasa lapar Tapi kalau mak ay...
Kerap Hidung Berdarah Tiba Tiba Doktor Ini Kongsi Cara Hentikan Pendarahan Yang Berkesan

Kerap Hidung Berdarah Tiba Tiba Doktor Ini Kongsi Cara Hentikan Pendarahan Yang Berkesan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 302 hits
Pernah tak mengalami hidung berdarah ketika kecil mahupun sekarang Mungkin pada waktu kanak kanak adalah masalah biasa Hidung berdarah biasanya berlaku secara tiba tiba dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja Masalah pendarahan yang berteru...
Cara Mohon Dan Semak Kemasukan Anak Ke Pra Sekolah

Cara Mohon Dan Semak Kemasukan Anak Ke Pra Sekolah

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 1243 hits
Cara Semak Kemasukan Anak Ke Pra Sekolah Tahun 2020 anakku yang nombor 5 iaitu Awwal akan genap berusia 5 tahun Maka daku dan suami dah buat kata sepakat untuk menghantarnya ke Pra Sekolah sama seperti anak anak kami yang lain Bilakah tarik...
Cara Mendidik Anak Dengan Adab

Cara Mendidik Anak Dengan Adab

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 857 hits
1 Sebahagian salafussoleh menyatakan bahawa memiliki adab itu lebih utama dari menguasai ilmu yang luas Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia Atas dasar itu Abdullah ibn al Mubarak menegaskan bahawa Kit...
Selama Ni Kita Makan Ulat Ke Ini Cara Buang Ulat Dalam Brokoli

Selama Ni Kita Makan Ulat Ke Ini Cara Buang Ulat Dalam Brokoli

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 840 hits
Sayur sayuran memang menjadi antara makanan yang seharusnya kita ambil dalam rutin makanan seharian Untuk kali ini Ohmedia ingin kongsikan tip berkenaan sayur hijau Brokoli yang selelu dijadikan bahan masakan kerana ia mudah didapatkan di M...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera