Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu


Berat Normal Tapi Perut Buncit, Ini Bahaya Yang Korang ‘Wajib’ Tahu
Tak dinafikan, ramai orang menganggap diri mereka sihat hanya kerana berat badan masih berada dalam julat normal.
Baju masih muat dipakai dan aktiviti harian seperti bekerja, berjalan jauh atau melakukan kerja rumah boleh dilakukan tanpa sebarang masalah besar.
Malah, ada juga yang masih mampu berlari, menaiki tangga dan bergerak aktif sepanjang hari tanpa cepat berasa letih. Dari luaran, semuanya kelihatan baik-baik sahaja, seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan.
Hakikatnya, ramai sebenarnya yang menyimpan masalah tersembunyi iaitu perut buncit dan lemak yang terkumpul di dalam badan. Siapa sangka, ia boleh memberi kesan besar kepada kesihatan.
Orang perut buncit sebenarnya lagi bahaya berbanding obes? – Hello Doktor Perut yang buncit boleh dikatakan sebagai salah satu ciri bagi imej lelaki dan wanita pertengahan umur.
Namun, ia tidak mustahil untuk berlaku dalam kalangan individu yang masih muda jika dilihat kepada trend pemakanan semasa.
Perut yang besar dan buncit boleh terbentuk disebabkan pelbagai punca.
Antara punca yang sering menyebabkan ia berlaku adalah seperti gaya pemakanan yang buruk, kurang bersenam selain tidak menguruskan stres dengan baik.
Selain itu, pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan dan melampau juga boleh menyebabkan perut seseorang itu menjadi buncit dan besar.
Bahaya perut buncit lebih teruk daripada obesiti Walaupun anda kurus dan memiliki berat badan yang normal, tidak bermakna anda betul-betul sihat sekiranya perut anda besar dan buncit.
Malah, anda mungkin lebih berisiko tinggi dengan pelbagai masalah kesihatan berbanding mereka yang mempunyai obesiti.
Kajian menunjukkan bahawa, berat atau lemak badan berlebihan di sekitar pinggang boleh meningkatkan risiko individu tersebut untuk mengalami kematian pramatang.
Ini boleh berlaku walaupun dalam kalangan mereka yang kelihatan kurus atau mempunyai berat badan yang normal. Terkejut bukan?
Apa yang lebih mengejutkan ialah, kajian menyatakan bahawa mereka yang mempunyai berat badan yang normal ini ternyata lebih berisiko.
Kajian tersebut menemukan, individu dengan berat badan normal tetapi memiliki lemak perut atau buncit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kematian berbanding mereka yang obes.
Ini kata pakar mengenai bahaya perut buncit Perkara ini juga telah disahkan oleh pakar perubatan dari Kanada.
Menurut Dr. Paul Poirier daripada Institute of Cardiology di Laval University, lemak perut merupakan sejenis lemak yang jahat dan buruk.
Ini kerana, lemak perut telah dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan secara negatif.
Ini termasuklah kadar kolesterol yang tinggi, keradangan, penyakit jantung, serangan strok dan juga diabetes jenis 2.
Menurut Dr. Paul lagi, jika kita mempunyai lemak yang banyak di sekitar perut, ia sebenarnya lebih berbahaya berbanding lemak di pinggang dengan jumlah yang sama.
Dr. Paul menyatakan, jika seseorang itu mempunyai berat badan yang normal tetapi berat badannya lebih tertumpu di bahagian tengah atau perut, ia bukanlah satu perkara yang baik.
Jika seseorang lelaki mempunyai ukur lilit perut lebih daripada 40 inci atau 34 inci bagi perempuan, maka ia petanda seseorang itu mengalami obesiti.
Apakah bahaya perut buncit yang sebenarnya? Walaupun penyakit perut buncit ini kelihatan normal, namun ia sebenarnya bertindak sebagai satu tanda bagi 1001 masalah kesihatan yang berisiko untuk terjadi.
Sebelum anda mengetahui apakah bahaya perut buncit, anda perlu tahu dahulu jenis lemak yang ada.
Lemak perut merupakan lemak yang berada di sekitar abdomen atau perut anda dan ia mempunyai dua jenis.
Pertama, lemak viseral iaitu lemak yang berada atau wujud mengelilingi organ tubuh.
Kedua pula ialah lemak subkutan. Lemak subkutan ialah jenis lemak yang berada di bawah permukaan kulit.
Secara umumnya, komplikasi kesihatan yang berlaku disebabkan oleh lemak viseral ialah lebih berbahaya berbanding lemak subkutan.
Antara bahaya perut buncit ialah ia menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan kronik.
Komplikasi kesihatan yang berlaku disebabkan penyakit perut buncit pula ialah:
Diabetes jenis 2 Asma Penyakit jantung Serangan strok Serangan jantung Tekanan darah tinggi atau hipertensi Demensia Kanser kolon Kanser payudara Buat 5 perkara ini untuk elakkan perut jadi buncit Bagi anda yang ingin menghilangkan perut buncit, atau mengelakkan perut menjadi buncit, cuba ikuti tip di bawah ini:
1. Elakkan pengambilan alkohol Minuman beralkohol terbukti sebagai salah satu punca utama anda mudah menjadi buncit.
Ini kerana, minuman beralkohol sangat tinggi dengan kandungan gula tambahan yang boleh menyebabkan pembentukan lemak pada perut.
2. Ubah gaya pemakanan Pemakanan yang sihat dan seimbang sememangnya boleh membantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan.
Elakkan makanan dan minuman bergula, tinggi kandungan lemak tepu dan kurang bernutrisi.
Banyakkan makan buah-buahan dan juga sayuran.
3. Kurangkan stres Stres juga boleh menyebabkan seseorang mudah untuk mendapat kenaikan berat badan.
Ini kerana, pelepasan hormon stres atau kortisol boleh mempengaruhi selera makan seseorang.
Cuba lakukan teknik-teknik mengurangkan stres seperti menyertai senaman yoga.
4. Banyakkan bersenam Gaya hidup yang aktif sememangnya sangat membantu anda untuk mengurangkan berat badan dan lemak perut.
Banyakkan bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh melibatkan diri dengan kerja-kerja fizikal lain seperti berkebun di rumah.
5. Dapatkan tidur yang berkualiti Tidur yang berkualiti akan memberikan kesan hidup yang lebih baik. Ini kerana tidur akan memberikan ruang dan peluang kepada tubuh untuk berehat dan sembuh.
Selain itu, tidur yang berkualiti juga boleh mempengaruhi berat badan anda.
Konklusi Kini anda sudah mengetahui beberapa bahaya perut buncit yang telah kami senaraikan di atas.
Oleh itu, bagi mengelakkan bahaya perut buncit ini, lakukan tip yang kami kongsikan agar anda dapat mengempiskan kembali perut, sekali gus menjaga kesihatan diri anda. 
BACA: Pakar Dedah 5 Tabiat Harian Yang Boleh Rosakkan Otak Manusia
Sumber: Hello Doktor
The post Berat Normal Tapi Perut Buncit, Ini Bahaya Yang Korang ‘Wajib’ Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/15/berat-normal-tapi-perut-buncit-ini-bahaya-yang-korang-wajib-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 162 hits
Gunung Reng yang terletak di kampung Gunong Jeli Kelantan kini dikenali dengan Gunung Reng Eco Park Tidak pasti sejak bila ianya dinaik taraf tetapi menurut sumber video yang dikongsikan di menunjukkan papan tanda Gunung Reng Eco Park mula ...
Memahami Sakit Perut Antara Gastrik Dan Masalah Lain

Memahami Sakit Perut Antara Gastrik Dan Masalah Lain

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 152 hits
Memahami Kenapa Semua Sakit Perut Dilabel Gastrik Bila ada saja rasa sakit perut ramai yang cepat melabelnya sebagai gastrik Contohnya ada yang hanya merasakan sedikit pedih di ulu hati perut tidak selesa loya datang tiba tiba terus mengelu...
Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 132 hits
Dalam keadaan kewangan yang genting ramai yang tidak sedar bahawa Skim Pinjaman Tidak Berlesen atau Ah Long sering menjadi penyelesaian segera yang sangat bahaya sehingga akhirnya berubah menjadi mimpi ngeri yang berpanjangan Pilihan ini ya...
Besi Dalam Kehidupan Seharian Bahaya Tersembunyi Yang Mungkin Kita Abaikan

Besi Dalam Kehidupan Seharian Bahaya Tersembunyi Yang Mungkin Kita Abaikan

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 95 hits
Siapa sangka logam yang biasa kita sentuh setiap hari boleh menjadi punca melecur serius pada tangan anak Hanya kerana cuaca panas terik Sekiranya bayi menyentuh seketika kulitnya boleh menjadi merah melepuh dan memerlukan perhatian pakar P...
Strategi Berkesan Untuk Mengatasi Lemak Perut

Strategi Berkesan Untuk Mengatasi Lemak Perut

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 39 hits
Ini untuk anda yang mengalami lemak perut Apabila duduk perut mungkin terasa penuh dan berlipat Ketika mengikat tali kasut nafas menjadi pendek Walaupun baju masih muat bahagian pinggang mungkin semakin ketat Mungkin anda beranggapan ini pe...
Jom Baca Tapi Bagi Aku Jasa Rafizi Jangan Diketepikan

Jom Baca Tapi Bagi Aku Jasa Rafizi Jangan Diketepikan

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 158 hits
Norman RadzuanKC telah maklumkan dan kita telah mencubaBUKAN ANWAR TIDAK TAHU TAPI DIA FIKIR TANGGUNGJAWAB BELA MELAYU DAN MARHAENMaaf semalam saya berbual dgn ramai teman2 selepas mereka membaca artikel mengenai faktor keputusan PRN Sabah ...
Walaun Pkr Melopong Tapi Kerajaan Perpaduan Kukuh Di Sabah

Walaun Pkr Melopong Tapi Kerajaan Perpaduan Kukuh Di Sabah

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 174 hits
Strategi Anwar dan Hajiji berkesan boleh bentuk Kerajaan Perpaduan selepas PRN Sabah Warisan dan PN melopong tidak dapat bentuk Kerajaan Dilihat Kalah Tapi Berjaya Kekalkan Kerajaan Perpaduan di Sabah itulah Kemenangan 1 Anwar dan Saifuddin...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Antara Suami Dan Orang Tua Mana Yang Didahulukan Oleh Istri Dalam Islam

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Gelandangan Kronil Di Kl

Menyantuni Pakcik Dan Makcik Makan Tengahari Di Rumah

Penantian 10 Tahun Berakhir Pearly Thinaah Hadiahkan Emas Pertama Buat Malaysia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bunga Telang Putih

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

Persiapan Strategik Mesyuarat Koordinasi Perlawanan Dan Sidang Media Pra Perlawanan

Kerajaan Korea Selatan Panggil Mesyuarat Kecemasan Untuk Menangani Krisis Terkini

Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah

Google Translate Diintegrasikan Dengan Gemini Ai