Sambutan Ulang Tahun Ke 20 Rumah Ronald Mcdonald Hctm Ukm


hai assalammualaikum

Sambutan Ulang Tahun Ke - 20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM - Khamis semalam, nad sama-sama sambut ulang tahun ke - 20 Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Bagi korang yang tak tau, Rumah Ronald McDonald ni merupakan rumah penginapan keluarga pesakit dan pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM ni merupakan rumah penginapan dalam hospital pertama di rantau ASEAN bagi meringankan beban keluarga pesakit pediatrik.


Pertama kali nad tengok sendiri depan-depan rumah Ronald McDonald ni. Nad tengok luar sahaja, tak masuk dalam pun. Rumah ni telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia), dan  hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap di rumah ini.



Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM:
• Bayaran penginapan: RM5 untuk satu malam
• Bilangan bilik tidur: 19 (boleh memuatkan 19 keluarga dalam satu-satu masa)
• Bilangan katil: 57 katil
• Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer
• Aktiviti menarik yang dijalankan: Hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan



Sambutan Ulang Tahun Ke 20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKMPada haritu, Tun Dr Siti Hasmah turut hadir bagi sama-sama meraikan ulangtahun Rumah Ronald McDonald ni.



Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia ketika mengimbau kenangan merasmikan pembukaan rumah ini 20 tahun lalu berkata, “Saya amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 20 tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan dalam tempoh masa ini, saya terharu dengan komitmen dan sokongan semua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan keluarga mereka.”

Rumah Ronald McDonald ( RRM ) di HCTM-UKM dibina hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat.

Kalau korang perasan, masa korang beli makanan dekat restoran McDonalds, ada tabung sumbangan RMHC Malaysia dekat kaunter order tu. Tu la salah satu cara, Rumah Ronald McDonal ni terbina, hasil sumbangan dari orang awam yang prihatin. Lepas ni korang nampak tabung tu, bolehlah masukkan sedikit duit ke dalam.

Awal pembinaan, RRM di HCTM-UKM telah menelan belanja sebanyak RM2 juta. Sehingga kini, rumah ini telah melalui penaiktarafan dan penambahbaikan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014.


Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “Konsep unik ‘home away from home’ rumah ini merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka. Kami juga berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kami boleh memperluaskan lagi program ini untuk dimanfaatkan oleh keluarga pesakit di seluruh Malaysia.”


Kerjasama rapat pihak RMHC Malaysia dengan pelbagai pihak termasuklah syarikat-syarikat korporat, badan-badan bukan kerajaan dan individu-individu telah sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada keluarga dan pesakit kanak-kanak yang menggunakan kemudahan di rumah ini. Selain wang tunai, pihak RMHC Malaysia turut menerima pelbagai jenis sumbangan berupa barangan seperti bahan makanan kering dan basah, barangan keperluan harian dan lain-lain lagi.

Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, “HCTM-UKM sebagai sebuah hospital terkemuka di Malaysia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Selain meringankan beban pesakit dan keluarga mereka, kewujudan Rumah Ronald McDonald ini secara tidak langsung meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di sini.”


Pada haritu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada adik-adik NASOM Maestro Choir dan anak autisme dari PPKI SMK Sentul Utama iaitu adik Muhammad Irfan Bin Makmur.


Ada juga sesi perkongsian ibu bapa dan pesakit yang menginap di Ronald McDonald. Sedih bila dengar kisah mereka. Anak menghidapi penyakit dari kecil sampai sekarang. Masih mendapatkan rawatan di HUKM. Dalam kesedihan ada kegembiraan, di mana ibu bapa dapat duduk bersama anak, teman anak membuat rawatan, dengan adanya Rumah Ronald McDonald ni. Sebab ada sebahagian pesakit yang datang dari jauh. Bagus sangat RMHC buat rumah ni demi keselesaan ibu bapa dan pesakit.


RMHC memberi tumpuan kepada 4 Program Utama

Rumah Ronald McDonald merupakan program global RMHC yang kini menjangkau 370 buah di seluruh dunia. RMHC Malaysia khususnya memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu
- Rumah Ronald McDonald ( menyediakan kemudahan asas penginapan kepada pesakit pediatrik dan ahli keluarga )
- Bilik Sensori Ronald McDonald ( khas untuk kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan rangsangan deria sentuh, pendengaran,penglihatan, rasa dan bau )
-‘Gift of Smile’ ( membiayai kos pembedahan sumbing bibir dan lelangit kanak-kanak )
- Pek Kembali ke Sekolah ( meringankan beban keluarga dengan bantuan berbentuk beg sekolah, pakaian seragam sekolah dan kasut sekolah )

Semua program ini meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Sebab tu sumbangan yang diberikan di tabung derma restoran McDonald's begitu bermakna bagi memberi peluang dan harapan baru kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukannya.


Baru-baru ini, RMHC Malaysia juga telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur.

Korang boleh hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 jika berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2019/08/sambutan-ulang-tahun-ke-20-rumah-ronald.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Ronald Mcdonald Hctm Ukm Sambut Ulang Tahun Ke 20

Rumah Ronald Mcdonald Hctm Ukm Sambut Ulang Tahun Ke 20

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 354 hits
Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor TuankuMuhriz Universiti Kebangsaan Malaysia menyambut ulang tahun yang ke 20 Rumah Ronald McDonald 1300 keluarga telah menginap disini Sejak ia ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan R...
Sambutan Rumah Ronald Mcdonald Ke 20 Tun Dr Siti Hasmah Puji Rmhc Malaysia

Sambutan Rumah Ronald Mcdonald Ke 20 Tun Dr Siti Hasmah Puji Rmhc Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 258 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pembikinan Rumah Ronald Mcdonald Semakin Menjadi Kenyataan

Pembikinan Rumah Ronald Mcdonald Semakin Menjadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 399 hits
Bertempat di kawasan HUSM Kubang Kerian Kelantan bersamaan dengan 01 Oktober 2018 iaitu pada hari Isnin aku sempat bersama rakan media yang lain untuk sama sama mengikuti majlis solat hajat bersempena dengan pembikinan rumah Ronald McDonald...
Rumah Ronald Mcdonald Kini Di Hospital Usm Kelantan

Rumah Ronald Mcdonald Kini Di Hospital Usm Kelantan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 484 hits
Yes Kini rumah Ronald McDonald sudah berada di Kelantan Tepatnya di Hospital USM yang terletak di Kubang Kerian Inisiatif Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia ini merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak yang bertujua...
Rayakan Ulang Tahun Ibu Kedua Dul Maia Estianty Galakan Dia Dari Nyonya Rumah

Rayakan Ulang Tahun Ibu Kedua Dul Maia Estianty Galakan Dia Dari Nyonya Rumah

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 217 hits
Maia juga sempat menceritakan kalau dulu waktu Dul masih kecil yang selalu dicari bukan ibu kandungnya melainkan Mbok Tik ini
Rumah Ronald Mcdonald Usm Ringankan Beban Keluarga Pesakit Kanak Kanak Di Kelantan

Rumah Ronald Mcdonald Usm Ringankan Beban Keluarga Pesakit Kanak Kanak Di Kelantan

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 420 hits
Seri Wangi berkesempatan hadir di Perasmian Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian Kelantan pada 6 Ogos 2019 yang lepas Seri Wangi berasa terharu akhirnya dapat jugak menjejak kaki di Rumah Ronald McDonald dari dekat dan meliha...
Rumah Ronad Mcdonald Kini Dengan Rasminya Sudah Sedia Menerima Tetamu

Rumah Ronad Mcdonald Kini Dengan Rasminya Sudah Sedia Menerima Tetamu

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 536 hits
Rumah Ronad McDonald Kini Dengan Rasminya Sudah Sedia Menerima Tetamu Baru baru ni daku sempat menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia dan McDonald s Malaysia yang bertempat di Hospital...
Selamat Ulang Tahun Ke 35 Cekyat

Selamat Ulang Tahun Ke 35 Cekyat

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 568 hits
Allah selamatkan kamu Allah selamatkan kamu Allah selamatkan kamu Cekyat Ya begitulah bila meraikan pertambahan 1 angka dalam kehidupan Alhamdulillah bertambah lagi usia Cekyat pada tahun ini Di kelilingi oleh suami 2 orang anak lelaki dan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut