Selamat Ulang Tahun Ke 35 Cekyat
Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu Cekyat.
Ya, begitulah bila meraikan pertambahan 1 angka dalam kehidupan
Alhamdulillah, bertambah lagi usia Cekyat pada tahun ini. Di kelilingi oleh suami, 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Rasanya hampir lengkap lah hidup ini buat masa ini dengan kurniaan yang Allah beri
Kejadian pada 16 Ogos memang sesuatu yang akan tersimpan kemas dalam kotak memori
Setiap kali jam menunjukan hari baru (16 Ogos), dia akan selalu menjadi orang yang pertama memberikan ucapan selamat kepada puan isteri
Tahun ini dengan ucapan "Hari ini ku ucapkan Selamat Hari Lahir kepadamu isteriku tercinta, semoga kita bisa menjaga hubungan yang tulus suci ini dengan dilandasi kepercayaan dan cinta yang kuat. Di hari ulang tahunmu ini kuharap Allah S.W.T semakin sayang kepadamu, dan menjadikanmu sebagai peribadi yang lebih bijak bagiku dan bagi anak-anak ku."
Allahuakhbar, terharu sungguh dengan cara dia memberikan ucapan itu
Dan, yang paling tidak disangka ialah kejutan yang menanti dirumah
Biasalah, jika hari ulangtahun kelahiran kami jatuh pada hari bekerja, maka kami akan tetap meneruskan langkah ke pejabat demi tuntutan kerja hakiki. Tidak perlu bercuti kerana ada hari lain yang boleh kami raikan
Setelah habis waktu bekerja pada 16 Ogos (hari kejadian), Cekyat memandu balik ke rumah macam biasa. Seperti tiada apa yang akan berlaku memandangkan dia pun diam sahaja di rumah bersama anak-anak. Lagipun, malam nanti dia akan masuk kerja memandangkan jadual dia pada minggu ini adalah "Shift Malam".
Sesampainya di rumah, ternampak kelibat anak kedua Cekyat yang sudah berpakaian 'smart' sangat. Dalam fikiran Cekyat, mungkin mereka bertiga dah keluar makan dan baru sampai di rumah
"Awish pakai hensem-hensem ni nak ke mana?" soal Cekyat bersahaja tanpa syak langsung. haha
"Tak ada pergi mana-mana pun. Saja je pakai macam ni"
Bertuah betul budak kecil seorang ni
Melangkah ke dalam rumah dalam suasana yang gelap. Tanpa cahaya lampu. Dah kenapa la suka duduk dalam gelap mereka ni. Tiba-tiba 'princess' terkedek-kedek mengejar mama
Sekali berpaling nak dokong si kecil, terus terpacak si dia dengan kek ditangan
Dengan suara anak bujang berdua menyanyikan lagu "Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday To You Mama"
Allahu, kejutan tahun ini menjadi sangat sebab bikin Cekyat sangat terperanjat. Pandai dia berpakat dengan anak-anak dia untuk buat kejutan ini
Apa-apa pun, terima kasih sangat-sangat wahai SUAMI ku sayang dan anak-anak mama DASUKI, DARWISH, dan AUJI
Doakan Cekyat berbahagia dan berkasih sayang selalu ye kawan-kawan:-)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hayatisuki.blogspot.com/2019/08/selamat-ulang-tahun-ke-35-cekyat.html