Rumah Ronald Mcdonald Kini Di Hospital Usm Kelantan


Yes! Kini rumah Ronald McDonald sudah berada di Kelantan. Tepatnya di Hospital USM yang terletak di Kubang Kerian. Inisiatif Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Universiti Sains Malaysia ini merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak, yang bertujuan memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik di samping meringankan beban kewangan ketika anak mereka menjalani rawatan di Hospital USM pada kos penginapan yang amat berpatutan, iaitu hanya RM5 untuk satu malam. Wow!

 Rumah Ronald McDonald Kini di Hospital USM Kelantan!

Perasmian Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini baru saja dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 6 Ogos yang lalu. Dan yang bestnya, ini adalah rumah kedua seumpamanya di Malaysia, selepas yang pertama di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia. Tapi kalau kat seluruh dunia, dah banyak lah. Dah pun mencecah sehingga 370 buah.

Dengan kos pembinaan mencecah sehingga RM4 juta, mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa Kelantan? Bukan di negeri lain? Meh nak jawab.

Ini kerana keperluan di Hospital USM adalah amat tinggi, di mana ia menerima sehingga lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Selain daripada dapat membantu meringankan beban majoriti besar mereka yang berpendapatan rendah dari kawasan luar bandar, pembinaan Rumah Ronald McDonald Hospital USM ini juga bertepatan dengan pengiktirafan USM sebagai Universiti APEX yang boleh memacu kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan hub kesihatan komuniti di Pantai Timur. 

 Yang Berhormat Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan


'Keeping Families Close' - Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia

Dan paling saya suka bila Presiden RMHC Malaysia, Azmir Jaafar dalam ucapan beliau berkata, kemudahan ini juga adalah menepati janji RMHC iaitu 'Keeping Families Close' atau memastikan famili sentiasa dekat bersama pesakit. Huhuhu.. terharunya. Betul itu lah yang kita nak bila ada ahli keluarga yang sakit. 

Dengan kemudahan penginapan pada kadar yang macam ni, hanya RM5 untuk satu malam, memang lah sangat membantu meringankan beban. Mudah-mudahan dengan adanya sokongan ahli keluarga secara fizikal dan emosi, ini dapat membantu menggalakkan lagi pemulihan kesihatan dalam kalangan pesakit pediatrik. Kesan-kesan positif pemulihan juga pasti akan dapat dilihat.



Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, Hospital USM, Kelantan
- 18 bilik tidur (muat untuk 18 keluarga dalam satu masa)
- 72 katil
- Kemudahan Bilik Sensori Ronald McDonald: Lengkap dengan peralatan multi deria khas untuk bantu perkembangan kanak-kanak istimewa
- Kemudahan lain: Ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik permainan


Bilik Sensori Ronald McDonald yang terdapat di dalam Rumah Ronald McDonald di Hospital USM
Oh, selain daripada kemudahan Rumah Ronald McDonald Hospital USM, ada juga program lain oleh RMHC, iaitu termasuklah Gift of Smile, yang merupakan program bantuan kewangan penuh untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit bagi menjalani pembedahan pembetulan. 


Bagi yang berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia, bolehlah hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388. Selamat menyumbang!










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikguhailmi.com/2019/08/rumah-ronald-mcdonald-kini-di-hospital-usm-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Ronald Mcdonald Usm Ringankan Beban Keluarga Pesakit Kanak Kanak Di Kelantan

Rumah Ronald Mcdonald Usm Ringankan Beban Keluarga Pesakit Kanak Kanak Di Kelantan

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 410 hits
Seri Wangi berkesempatan hadir di Perasmian Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian Kelantan pada 6 Ogos 2019 yang lepas Seri Wangi berasa terharu akhirnya dapat jugak menjejak kaki di Rumah Ronald McDonald dari dekat dan meliha...
Pengalaman Pertama Menjamu Selera Di Mcdonald S Pasir Pekan Kelantan Yang Baru Di Buka

Pengalaman Pertama Menjamu Selera Di Mcdonald S Pasir Pekan Kelantan Yang Baru Di Buka

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 862 hits
04 Julai 2019 yang lalu daku dan famili buat keputusan untuk jamu selera di McDonald s Yelah ramai kot yang dok bercerita burger Portuguese tu sedap sedap sedap Eh terliur dah daku ni pun tau So dipendekkan cerita daku pun ajaklah suami per...
Google Assistant Kini Menyokong Menghantar Peringatan Kepada Pengguna Lain

Google Assistant Kini Menyokong Menghantar Peringatan Kepada Pengguna Lain

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 232 hits
Antara fungsi Google Assistant yang kerap kami gunakan ialah Reminder yang mengingatkan kami tentang tugasan yang perlu dilakukan Sebagai contoh mengingatkan kami membeli makanan kucing dalam perjalanan pulang dari pejabat Google hari ini m...
Dapatkan Pelbagai Khasiat Patawali Kini Dalam Bentuk Kapsul

Dapatkan Pelbagai Khasiat Patawali Kini Dalam Bentuk Kapsul

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 591 hits
Tumbuhan Herba PatawaliKETERANGAN Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar Ianya banyak terdapat menjalar di pagar pagar dan di kawasan rumah lama yang agak terbiar Seluruh tumbuhan ini mempunyai...
Marrybrown Caltex Sungai Choh Rawang Kini Dibuka

Marrybrown Caltex Sungai Choh Rawang Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 642 hits
Julia bersama suami dan Abg Qi di pagi hari musim cuti sekolah maka julia pun cuti kerja sama hargai kualiti masa bersama keluarga jom Marrybrown Caltex Sg Choh Rawang Selangor Congratulations Grand opening Marrybrown Caltex Sungai Choh Raw...
Sesetengah Model Macbook Pro 15 Kini Diharamkan Dari Dibawa Ke Dalam Pesawat

Sesetengah Model Macbook Pro 15 Kini Diharamkan Dari Dibawa Ke Dalam Pesawat

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 187 hits
Pada penghujung Jun lalu Apple memulakan yang dihasilkan di antara pertengahan 2015 hingga Februari 2017 Program gantian dilakukan kerana terdapat risiko kebakaran boleh berlaku kerana masalah ditemui di dalam bateri Bloomberg pagi ini meng...
Panah Anjing Hingga Mati Seorang Individu Kini Diburu Polis Langkawi

Panah Anjing Hingga Mati Seorang Individu Kini Diburu Polis Langkawi

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 291 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bayar Separuh Harga Kini Kembali Lagi Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

Bayar Separuh Harga Kini Kembali Lagi Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 488 hits
Bersempena dengan Hari Raya Qurban 2019 baru baru ni Lulu KL dan Lulu Shamelin kini mengembalikan promosi Bayar balik separuh harga Ingat lagi tak entry sebelum ni Incase korang dah terlupa korang boleh tengok first entry aku berkenaan deng...
Validating Your Startup Idea

Kena Scam Dengan Sakinah Top Fb

Pengalaman Menambah Nilai Kad Touch N Go Di Caring Pharmacy

Inaugural Digital Leadership Excellence Programme By Mcmc And Huawei Concludes With Industry Visit To Shenzhen

Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

Hiburan You Touch You Go Pengerusi Mara Beri Amaran Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Pembuli

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Bahayakah Tekanan Darah Rendah

Bersenam Secara Konsisten Ke Atau Ikut Kelapangan

Standar Negara Maju Dan Bahagia Menurut Perspektif Al Qur An

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes