Rumah Ronad Mcdonald Kini Dengan Rasminya Sudah Sedia Menerima Tetamu


Rumah Ronad McDonald Kini Dengan Rasminya Sudah Sedia Menerima Tetamu  | Baru-baru ni, daku sempat menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan McDonald's Malaysia yang bertempat di Hospital USM Kubang Kerian Kelantan. 



Kalau nak tahu sebenarnya di waktu ini telahpun ada Rumah Ronald McDonald (RRM) kedua yang bernilai RM4 juta di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan. 

Pembukaan Rumah Ronald McDonald yang megah berdiri di Hospital USM ini turut menjadikannya sebagai Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia, selepas yang pertama dibuka di  Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Kuala Lumpur Kuala Lumpur pada tahun 1999. Dahulu Dahulu, hospital ini dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).


Rumah Ronald McDonald pertama yang telah dibina di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) Kuala Lumpur itu bakal menyambut ulangtahun ke-20 tidak lama lagi. Di peringkat global, Rumah Ronald McDonald oleh RMHC kini telah mencecah 370 buah di seluruh dunia. Wow! Hebat betul!




Sebagai salah seorang pelanggan setia McDonald's sudah semestinya daku turut ikut berbangga. Siapa sangka walau hanya berperanan sebagai salah satu jenama restoran khidmat segera di Malaysia tetapi terbukti McDonald's telah memandang lebih jauh dari itu. Ini bukan satu projek main-main dan ini juga bukan satu projek sia-sia. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana telah dipermudahkan segalanya. 


Majlis Disempurnakan Oleh YB Dato' Mohamad Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan


Makin teruja rasa hati ni bila dapat lihat Dato’ Mohd Amar secara berhadapan. Kehadiran beliau sedikit sebanyak telah dapat memberi gambaran betapa gembiranya warga Kelantan dengan kewujudan Rumah Ronald McDonald ini. 
Dalam ucapannya, beliau turut berkata, "Kerajaan Negeri Kelantan amat gembira melihat inisiatif sebegini yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia. Konsep rumah penginapan sementara seperti ini amat unik kerana ia membolehkan keluarga pesakit yang datang dari jauh untuk berada dekat dengan anak-anak mereka ketika menjalani sesi rawatan yang berpanjangan. Sudah pasti rumah ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang datang ke Hospital USM atau hospital-hospital lain di bandar Kota Bahru ini."
Tuan Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “RMHC Malaysia komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan seperti ini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. Kita berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kita dapat menepati janji RMHC iaitu ‘Keeping Families Close’ atau memastikan famili sentiasa dekat bersama melalui kemudahan Rumah Ronald McDonald ini.”  
Rumah Ronald McDonald Dibina Khusus Untuk Bantu Waris Pesakit Pediatrik Di Hospital HUSM Sebenarnya, RRM ditubuhkan di Hospital USM kerana terdapat keperluan yang amat tinggi di mana ia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Rumah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Kelantan yang kebanyakannya mendapatkan rawatan di sini, ia juga akan meringankan beban majoriti besar yang mengunjungi Hospital USM kerana mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang datang dari kawasan luar bandar dan negeri-negeri lain.Seiring dengan pengiktirafan USM sebagai Universiti Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX), ia telah memacu Hospital USM ke hadapan dengan kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan hub kesihatan komuniti di Pantai Timur melalui APEX fasa kedua (bermula tahun 2014 hingga tahun 2025). Kewujudan Rumah Ronald McDonald di sini secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan Hospital USM sebagai sebuah hospital yang cakna kepada keperluan pesakit dan waris mereka, khususnya di Pantai Timur. 
Tuan Azmir juga menekankan bahawa belanja pembinaan Rumah Ronald McDonald ini yang bernilai kira-kira RM4 juta tidak mungkin berjaya direalisasikan tanpa sumbangan ikhlas daripada pelanggan-pelanggan McDonald’s melalui tabung RMHC Malaysia di semua restoran McDonald’s di seluruh negara, syarikat-syarikat korporat, para pekerja dan juga para francaisi McDonald’s.“Kami berbesar hati dapat memberi kemudahan Rumah Ronald McDonald ini untuk kegunaan ramai, lebih-lebih lagi untuk rakyat Kelantan dan Pantai Timur. Diharapkan dengan adanya rumah ini, ibu bapa lebih senang hati dan selesa menghantar anak mereka untuk menjalani rawatan di hospital,” tambah Tuan Azmir lagi.
Fungsi Rumah Ronald McDonald Ini Adalah Untuk Keperluan Keluarga Pesakit Pediatrik 

Untuk pengetahuan semua, Hospital USM memang telah ada sediakan rumah penginapan kepada keluarga pesakit pediatrik kanak-kanak. Namun ia tidak mampu menampung jumlah waris pesakit dari masa ke semasa. Kerana itu dengan adanya RRM ini ia telah dapat memberi sinar baru terhadap banyak pihak terutama di kalangan waris si pesakit itu sendiri. 

Tujuan utama Rumah Ronald McDonald Hospital USM ini adalah untuk meringankan beban keluarga si pesakit. Dan Majlis Perasmian Rumah Ronald McDonald ini turut menjadi bukti betapa ramainya orang yang turut memberi sokongan untuk perkara terbabit. Buktinya, Perasmian Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini baru saja dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar dengan penuh rasa bersyukur dan gembira di saat upacara memotong riben dilakukan.



Ramai tetamu telah sudi hadir untuk menyaksikan sendiri majlis yang begitu bersejarah dan meriah ini. Rasa bersyukur sangat akhirnya wujud rumah ini di Kelantan, yang pertama di pantai timur dan juga merupakan rumah yang kedua di Malaysia. Terharu! Betul-betul terharu!





Kemudahan Yang Ada Di Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM, Kelantan Dengan Bayaran RM 5 

1. Bilangan bilik tidur: 18 yang boleh memuatkan 18 keluarga dalam satu masa.
2. Mempunyai 72 katil.
3. Kemudahan Bilik Sensori Ronald McDonald yang lengkap dengan peralatan multi deria khas untuk membantu perkembangan kanak - kanak istimewa.
4. Kemudahan lain yang disediakan seperti ruang makan, ruang istirehat, dapur, bilik dobi dan juga bilik permainan.

Percaya ataupun tidak, harga yang perlu di bayar hanyalah sebanyak RM5 saja semalam. Untuk info lanjut mengenai kemudahan yang ada, kalian boleh terus ke membacanya melalui link di bawah ini.

Baca Sini : Rumah Ronald McDonald Kubang Kerian Kini Dibuka


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tetapi dengan adanya sokongan sudah tentu rasa sakit yang ada itu akan terasa sedikit berkurangan. Malah rasa semangat untuk terus hidup juga akan semakin meningkat. Kerana itulah, sokongan ahli keluarga memainkan peranan yang besar sama ada fizikal atau emosi dan juga merupakan faktor yang penting bagi menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit kanak - kanak pediatrik.



Tanpa sokongan keluarga mana bisa pesakit kanak-kanak pediatrik ini boleh bertahan melawan ujian dalam bentuk penyakit ini. Dengan adanya keluarga berada dekat dengan mereka dalam kawasan hospital sudah tentu pesakit kanak - kanak ini akan lebih bersemangat dan gembira. Waris yang bertanggungjawab menjaga dan menemani juga akan dapat merasa lebih selesa, tenang dan kuat di sepanjang proses pemulihan.


Sebarang Sumbangan Sangat Dialu-Alukan

Tidak hanya tertumpu pada Rumah Ronald McDonald, pihak RMHC turut menjalankan pelbagai program lain demi untuk membantu lebih ramai kanak - kanak di luar sana. Salah satu daripadanya adalah untuk bantu ringankan kos untuk pembedahan pembetulan bagi bayi yang dilahirkan sumbing bibir dan lelangit.

Sekiranya ada yang berminat untuk menghulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk, kalian boleh hubungi pihak RMHC Malaysia. Banyak lagi perancangan RMHC di masa depan demi membantu kanak - kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik ini. Orang awam juga boleh terus menikmati pelbagai menu di mana-mana restoran McDonald's yang terdekat sambil menderma. 


Jika ada sebarang pertanyaan lanjut yang berkaitan, sila hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 jika anda berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/08/rumah-ronad-mcdonald-kini-dengan-rasminya-sedia-terima-tetamu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Ronald Mcdonald Kini Di Hospital Usm Kelantan

Rumah Ronald Mcdonald Kini Di Hospital Usm Kelantan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 483 hits
Yes Kini rumah Ronald McDonald sudah berada di Kelantan Tepatnya di Hospital USM yang terletak di Kubang Kerian Inisiatif Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia ini merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak yang bertujua...
Rumah Ronald Mcdonald Usm Ringankan Beban Keluarga Pesakit Kanak Kanak Di Kelantan

Rumah Ronald Mcdonald Usm Ringankan Beban Keluarga Pesakit Kanak Kanak Di Kelantan

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 420 hits
Seri Wangi berkesempatan hadir di Perasmian Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian Kelantan pada 6 Ogos 2019 yang lepas Seri Wangi berasa terharu akhirnya dapat jugak menjejak kaki di Rumah Ronald McDonald dari dekat dan meliha...
Mekdi Panggilan Tempatan Bagi Mcdonald S Kini Jelas Terpampang Di Restoran Mcdonald S Bukit Bintang

Mekdi Panggilan Tempatan Bagi Mcdonald S Kini Jelas Terpampang Di Restoran Mcdonald S Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 936 hits
Siapa aje yang tak kenal McDonald s rasanya majoriti penduduk Malaysia tak kira tua muda memang kenal dengan jenama ni Apa taknya dah 37 tahun kot McDonald s dah ada kat Malaysia ni Tak pernah lagi saya tengok restoran McD tak ada The post ...
Sambutan Ulang Tahun Ke 20 Rumah Ronald Mcdonald Hctm Ukm

Sambutan Ulang Tahun Ke 20 Rumah Ronald Mcdonald Hctm Ukm

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 506 hits
hai assalammualaikumSambutan Ulang Tahun Ke 20 Rumah Ronald McDonald HCTM UKM Khamis semalam nad sama sama sambut ulang tahun ke 20 Rumah Ronald McDonald di HCTM UKM Bagi korang yang tak tau Rumah Ronald McDonald ni merupakan rumah penginap...
Pembikinan Rumah Ronald Mcdonald Semakin Menjadi Kenyataan

Pembikinan Rumah Ronald Mcdonald Semakin Menjadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 398 hits
Bertempat di kawasan HUSM Kubang Kerian Kelantan bersamaan dengan 01 Oktober 2018 iaitu pada hari Isnin aku sempat bersama rakan media yang lain untuk sama sama mengikuti majlis solat hajat bersempena dengan pembikinan rumah Ronald McDonald...
Sambutan Rumah Ronald Mcdonald Ke 20 Tun Dr Siti Hasmah Puji Rmhc Malaysia

Sambutan Rumah Ronald Mcdonald Ke 20 Tun Dr Siti Hasmah Puji Rmhc Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 257 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jadual Bila Peranti Nokia Akan Menerima Android Q Kini Diketahui

Jadual Bila Peranti Nokia Akan Menerima Android Q Kini Diketahui

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 212 hits
HMD Global baru sahaja mengumumkan akan menyambung sokongan kemas kini ke sistem operasi untuk peranti generasi pertama mereka selama setahun minggu lalu Hari ini mereka berkongsi pula jadual bilakah setiap peranti akan menerima kemas kini ...
Rumah Ronald Mcdonald Hctm Ukm Sambut Ulang Tahun Ke 20

Rumah Ronald Mcdonald Hctm Ukm Sambut Ulang Tahun Ke 20

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 353 hits
Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor TuankuMuhriz Universiti Kebangsaan Malaysia menyambut ulang tahun yang ke 20 Rumah Ronald McDonald 1300 keluarga telah menginap disini Sejak ia ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan R...
Galaxy S9 Dan Ke Atas Akan Menerima Fungsi Dex Pada Pc Menerusi Kemas Kini Android Q

Galaxy S9 Dan Ke Atas Akan Menerima Fungsi Dex Pada Pc Menerusi Kemas Kini Android Q

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 284 hits
Fungsi baharu pada Galaxy Note 10 ialah sokongan DeX pada komputer Windows dan Mac Apabila disambungkan pada dua komputer DeX akan dilancarkan pada skrin komputer bagi memudahkan proses memindahkan data di antara kedua dua peranti Hari ini ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip