Rumah Ronald Mcdonald Usm Ringankan Beban Keluarga Pesakit Kanak Kanak Di Kelantan





Seri Wangi berkesempatan hadir di Perasmian Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan pada 6 Ogos 2019 yang lepas. Seri Wangi berasa terharu akhirnya dapat jugak menjejak kaki di Rumah Ronald McDonald dari dekat dan melihat sendiri sekitar kawasan rumah tersebut. Rumah Ronald McDonald ini dapat meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan. Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) telah membina Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) hasil sumbangan pelbagai pihak. Rumah penginapan sementara ini dapat memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik di samping meringankan beban kewangan ketika anak mereka menjalani rawatan di Hospital USM dengan kos penginapan yang amat rendah dan berpatutan berharga RM5 untuk satu malam, murah sangatkan?

Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital USM yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan ini merupakan rumah kedua seumpamanya yang dibina di Malaysia. Rumah Ronald McDonald pertama dibina pada tahun 1999 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) Kuala Lumpur yang bakal menyambut ulangtahun ke 20. Di peringkat global, Rumah Ronald McDonald oleh RHMC kini mencecah 370 buah di seluruh dunia.



YB Dato' Mohd Amar dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri Kelantan amat gembira melihat inisiatif sebegini yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia. Konsep rumah penginapan sementara seperti ini amat unik kerana ia membolehkan keluarga pesakit yang datang dari jauh untuk berada dekat dengan anak-anak mereka ketika menjalani rawatan yang berpanjanagan. Sudah pasti rumah ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang datang ke Hospital USM atau hospital-hospital lain di Bandar Kota Bahru.

YB Dato' Mohd Amar bin AbdullahRRM ditubuhkan di Hospital USM kerana terdapat keperluan yang amat tinggi di mana ia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Rumah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Kelantan yang kebanyakkannya mendapatkan rawatan di sini, ia juga akan meringankan beban majoriti besar yang mengujungi Hospital USM kerana mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang datang dari kawasan luar bandar dan negeri-negeri lain.



Oleh itu, seiring dengan pengiktirafan USM sebagai Universiti Program Pemancuan untuk Kecemerlangan (APEX), ia telah memacu USM ke hadapan dengan kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan hub kesihatan komuniti di Pantai Timur melalui APEX fasa kedua (bermula tahun 2014 hingga tahun 2025). Kewujudan Rumah Ronald McDonald di sini secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan Hospital USM sebagai sebuah hospital yang cakna kepada keperluan pesakit dan waris mereka, khususnya di Pantai Timur.


Azmir Jaafar, Presiden RMHC MalaysiaAzmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia berkata, "RHMC Malaysia komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan seperti ini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. Kita berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kita dapat menepati janji RHMC iaitu "Keeping Families Close" atau memastikan famili sentiasa dekat bersama melalui kemudahan Rumah Ronald McDonald ini".


Azmir juga menekankan bahawa belanja pembinaan Rumah Ronald McDonald yang bernilai RM4 juta tidak mungkin berjaya direalisasikan tanpa sumbangan ikhlas daripada pelanggan-pelanggan McDonald's melalui tabung RMHC Malaysia di semua restoran McDonald's di seluruh negara, syarikat-syarikat korporat, para pekerja dan juga francaisi McDonald's. Beliau juga berbesar hati dapat memberi kemudahan Rumah Ronald McDonald ini untuk kegunaan ramai, lebih-lebih lagi untuk rakyat Kelantan dan Pantai Timur. Diharap dengan adanya rumah ini, ibu bapa lebih senang hati dan selesa menghantar anak mereka untuk menjalani rawatan di hospital.


Profesor Datuk Dr. Asma IsmailDi Majlis Perasmian Rumah Ronald McDonald tersebut turut dihadiri oleh Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang memaklumkan bahawa kewujudan Rumah Ronald McDonald Hospital USM ini mampu mempercepatkan proses pemulihan pesakit-pesakit pediatrik.


Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, "Sokongan ahli keluarga sama ada fizikal atau emosi merupakan faktor penting bagi mengalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediatrik. Dengan adanya keluarga berada dekat dengan mereka dalam kawasan hospital, pesakit kanak-kanak ini akan lebih bersemangat dan gembira, secara tidak langsung kesan-kesan positif boleh dilihat sepanjang proses pemulihan.""Pembinaan RRM Hospital USM ini menjadi pemangkin kepada USM khususnya Hospital USM dalam menzahirkan teras USM sebagai Universiti APEX di mana antara fokus yang diutamakan adalah aspek kesejagatan, kesejahteraan dan kemanusiaan khususnya golongan sasaran B40," kata beliau. 
FAKTA RINGKAS RUMAH RONALD McDONALDHOSPITAL USM, KELANTAN
RHMC Malaysia turut memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu Rumah McDonald, Bilik Sensori Ronald, 'Gift of Smile' dan Pek Kembali ke Sekolah bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dari keluarga yang memerlukan. Semua program ini meliputi 3 bidang utama RHMC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program lain oleh RHMC yang terdapat di Hospital USM termasuklah 'Gift of Smile' yang merupakan program bantuan kewangan penuh untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit bagi menjalani pembedahan pembetulan.Bilangan Bilik tidur 18 (boleh memuatkan 18 keluarga dalam satu-satu masa). Bilik Katil - 72 katil
Kemudahan Biik Sensori Ronald McDonald lengkap dengan peralatan multi deria khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa.




Kemudahan lain yang disediakan - Ruang Istirahat, Ruang Makan, Dapur, Bilik Dobi dan Bilik Permainan.
  



Baca juga: Rumah Ronald McDonald di Hospital USM
JOM LAYAN YOUTUBE


Jika berminat untuk menyumbang wang tunaiatau sukarelawan untuk RHMC Malaysiabolehlah hubungi Cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM  (HCTM-UKM) di talian: 03-91735994
atau
IbuPejabat RHMC Malaysiadi talian: 03-78433388
WEBSITE
RMHChttps://www.rmhc-malaysia.my
McDonald'swww.mcdonalds.com.my


#RonaldMcDonaldHouse    #RMHHUSM   #RMHCMalaysia   #HospitalUSM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2019/08/rumah-ronald-mcdonald-usm-ringankan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Ronald Mcdonald Kini Di Hospital Usm Kelantan

Rumah Ronald Mcdonald Kini Di Hospital Usm Kelantan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 484 hits
Yes Kini rumah Ronald McDonald sudah berada di Kelantan Tepatnya di Hospital USM yang terletak di Kubang Kerian Inisiatif Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia ini merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak yang bertujua...
Keluarga Mbah Moen Silaturahmi Ke Rumah Rizieq Syihab Di Makkah

Keluarga Mbah Moen Silaturahmi Ke Rumah Rizieq Syihab Di Makkah

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 154 hits
Adapun keluarga yang ikut silaturahmi yakni Mahdi Kamil Maimoen Abdul Rouf dan Zuhrul Anam Hisyam
Rumah Ronad Mcdonald Kini Dengan Rasminya Sudah Sedia Menerima Tetamu

Rumah Ronad Mcdonald Kini Dengan Rasminya Sudah Sedia Menerima Tetamu

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 536 hits
Rumah Ronad McDonald Kini Dengan Rasminya Sudah Sedia Menerima Tetamu Baru baru ni daku sempat menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia dan McDonald s Malaysia yang bertempat di Hospital...
Densus 88 Gerebek Rumah Di Lamongan 1 Keluarga Diamankan

Densus 88 Gerebek Rumah Di Lamongan 1 Keluarga Diamankan

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 183 hits
Dikonfirmasi terkait dengan penggerebekan ini Kapolres Lamongan AKBP Feby DP Hutagalung tidak membantahnya Iya benar Konfirmasi yang lain mungkin boleh tanya Kabid Humas Polda ya mas ujarnya Jumat
Kelantan Terengganu Pusat Jagaan Kanak Kanak Istimewa

Kelantan Terengganu Pusat Jagaan Kanak Kanak Istimewa

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 470 hits
Menyediakan perkhidmatan Klinik Terapi Program Intervensi E I P dan Taska untuk kanak kanak Autisme ADHD ADD GDD dan lain lain Juga Klinik Terapi Secara Harian Musim Cuti Sekolah dan Hujung Minggu Lokasi di Lot 606 AJln Pasir Puteh Kg Chica...
Baik Tak Payah Buat 999 Keluarga Wanita Ini Kena Serang Dengan Perompak Ganas Tapi Bila Call 999

Baik Tak Payah Buat 999 Keluarga Wanita Ini Kena Serang Dengan Perompak Ganas Tapi Bila Call 999

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 556 hits
Dari kita kecil kita diajar untuk telefon 999 kalau ada kecemasan kan Yelah time tengah cemas manalah nak ingat nombor panjang panjang tu lah gunanya nombor 999 ni Tapi bila wanita dari Rawang ini telefon 999 semasa rumahnya dimasuki peromp...
Pentingnya Asuransi Kesehatan Untuk Keluarga

Pentingnya Asuransi Kesehatan Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 261 hits
Banyak orang yang menolak mempersiapkan masa depannya khususnya dalam hal keuangan atau finansial Dengan alasan masih banyak hal lainnya yang harus dipikirkan Padahal hal itu sangat penting bagi hidup kita Misalnya dalam hal asuransi keseha...
Keluarga Tawar Ganjaran Rm50 000 Kesan Nora Anne

Keluarga Tawar Ganjaran Rm50 000 Kesan Nora Anne

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 488 hits
Operasi SAR masuk hari kesembilan babitkan 353 anggota Keluarga remaja Ireland Nora Anne Quoirin menawarkan ganjaran RM50 000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga menemukan gadis berusia 15 tahun itu NILAI Keluarga remaja Ire...
Presiden Ireland Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Luah Rasa Simpati Buat Keluarga Nora Anne

Presiden Ireland Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Luah Rasa Simpati Buat Keluarga Nora Anne

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 283 hits
Setelah sepuluh hari usaha pencarian dilakukan kehilangan remaja berusia 15 tahun akhirnya terjawab apabila keluarganya sendiri telah mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai petang tadi adalah Nora Anne Quoirin Pengesahan terbabit telah dibu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut