Rindu Ayah Anak Kerap Demam Nangis Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak


“Dari hari pertama suami meninggal dunia sehinggalah kini, anak bongsu kerap demam dan menangis. Mungkin teringatkan arwah ayahnya sebab dia paling rapat dengan arwah.” Itu yang dikongsikan oleh Nor Shahida, 31, isteri arwah Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Cameron Highlands pada Khamis lalu.
Menurut Nor Shahida, anak-anak masih belum faham yang ayahnya dah pergi buat selamanya. Lagi sedih, anak sulung selalu menyebut nama arwah setiap kali dengar bunyi motosikal, sebab dia sangka itu motosikal babahnya,” katanya.

BACA [Perjalanan Akhir Suami, Tertimbus Tanah Runtuh. Tinggalkan 2 Anak, Isteri Trauma]
Kongsi Nor Shahida lagi, selepas pemergian suami, dia berhasrat mencari pekerjaan bagi menampung sara hidup bersama dua anaknya yang masih kecil.
“Sebelum ini dia tidak bekerja kerana mahu menumpu sepenuhnya menjaga dua anak mereka, Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan.
“Anak-anak masih kecil, jadi memang wajarlah saya cari kerja. Perancangannya nak kerja kilang sahaja.
“Sebelum ini arwah memang melarang saya bekerja, tetapi seminggu sebelum kejadian, arwah ada menunjukkan dompet dan buku akaun banknya yang kosong.
“Ketika itulah dia memberi kebenaran untuk saya bekerja, tapi hanya di kawasan tempat tinggal kami di sini sahaja untuk memudahkan saya menguruskan anak-anak,” katanya ketika menerima kunjungan Skuad Perkeso Prihatin cawangan Taiping di rumahnya di Parit Mat Ali.
Dalam kunjungan itu, Perkeso menyampaikan bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan pencen penakat yang diterima setiap bulan berjumlah RM1,300.
BACA [“Sebelum Keluar Arwah Cium Anak-Anak, Pernah Beritahu Nak Cari Kerja Lain.”]

Sementara itu, Nor Shahida berkata, dia bersyukur menerima bantuan daripada Perkeso.
“Insya-ALLAH duit ini akan digunakan sebaik mungkin untuk kami meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak,” katanya yang turut berhajat melaksanakan badal haji buat arwah suaminya itu nanti.
Sementara itu, Abdul Yunus berkata, pihaknya melalui pusat khidmat akan membantu mencari pekerjaan sesuai dan hampir dengan kediaman buat Nor Shahida.
“Kita juga akan merujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memohon bantuan yang boleh disalurkan bagi membantu keluarga ini memandangkan anak-anaknya masih kecil,” katanya.
Runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar jam 1.30 petang itu mengorbankan dua lelaki selepas kenderaan dinaiki tertimbus dalam runtuhan tanah.
Selain Muhammad Hafiz, seorang lagi mangsa merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Kredit: Sinar Harian

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post “Rindu Ayah, Anak Kerap Demam & Nangis.” Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rindu-ayah-anak-kerap-demam-nangis-balu-arwah-korban-tanah-runtuh-sebak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma

Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 209 hits
Siapa sangka perjalanan terakhir suami keluar bekerja bertukar tragedi yang memilukan apabila maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley Tinggalkan dua anak masih kecil Mangsa Muhammad Hafiz Hamdi...
Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang

Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 210 hits
Oleh PEMANDU lori yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley dekat Ipoh selalu berkongsi cerita berkaitan kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sebelum beliau sendiri menjadi mangsa trag...
Selalu Tengok Tapi Tak Mampu Beli Anak Hadiahkan Jam Tangan Mahal Reaksi Ayah Buat Ramai Sebak

Selalu Tengok Tapi Tak Mampu Beli Anak Hadiahkan Jam Tangan Mahal Reaksi Ayah Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 240 hits
Sering kali kita dengar anak anak merupakan anugerah terindah buat insan yang bergelar ibu dan bapa Namun tanpa kita sedar apabila seeorang anak itu semakin membesar ibu dan bapa ini juga merupakan sebuah amanah buat mereka
Anak Kerap Demam Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak Jadi Tak Selesa Jangan Biarkan

Anak Kerap Demam Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak Jadi Tak Selesa Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 334 hits
Selalu sangat anak kita demam dan mengadu sakit tekak Jangan dibiarkan jika anak kerap demam sepanjang setahun berkemungkinan anak berdepan masalah lain Masalah tonsil antara salah satu yang tidak boleh dipandang ringan Menurut Pakar Bedah ...
Anak Kerap Demam Hidung Tersumbat Jangan Abaikan Elemen Pengudaraan Penting

Anak Kerap Demam Hidung Tersumbat Jangan Abaikan Elemen Pengudaraan Penting

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 306 hits
Bergelar ibu dan bapa sebenarnya bukan mudah Bukan hanya melihat setiap perkembangan anak bahkan pelbagai perkara perlu diberikan perhatian Berdepan dengan masalah anak tidak sihat demam dan sebagainya menjadi salah satu cabaran terawal bag...
Tanah Runtuh Lori Dan Mpv Tertimbus Dua Individu Meninggal Dunia

Tanah Runtuh Lori Dan Mpv Tertimbus Dua Individu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 242 hits
Dua lelaki meninggal dunia selepas kenderaan mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185 Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley di Ipoh semalam Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang maut ialah p...
Hujan Berterusan Punca Tanah Runtuh Simpang Pulai Jkr

Hujan Berterusan Punca Tanah Runtuh Simpang Pulai Jkr

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 204 hits
Oleh Pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Simpang Pulau Blue Valley semalam GAMBAR Bomba Perak PUNCA kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley sehingga mengorbanka...
Tanah Runtuh Mayat Pemandu Alphard Lori Sayur Tertimbus Dikeluarkan

Tanah Runtuh Mayat Pemandu Alphard Lori Sayur Tertimbus Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 394 hits
Kenderaan polis membawa keluar mayat kedua mangsa kejadian tanah runtuh di KM 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley hari ini ZULFACHRI ZULKIFLIShare on telegramIPOH Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar dua mayat mangsa yang tertimbus d...
Musim Sekarang Anak Mudah Demam Cuba Mandi Atau Rendam Dengan Air Lemon

Musim Sekarang Anak Mudah Demam Cuba Mandi Atau Rendam Dengan Air Lemon

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 337 hits
Ramai sangat yang sudah tahu tentang kegunaan lemon ketika anak demam atau badan terlalu panas kan So lemon dah jadi bahan wajib ada kat rumah hari biasa boleh buat lemonade infused water atau guna dalam masakan Time anak demam tak susah na...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi