Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang


Oleh Bernama  PEMANDU lori yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dekat Ipoh selalu berkongsi cerita berkaitan kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sebelum beliau sendiri menjadi mangsa tragedi kejadian tanah runtuh di kawasan peranginan tanah tinggi itu, kata abangnya,  Mohd Kamal Hamdi.
Mangsa Muhammad Hafiz Hamdi, 31, bapa kepada dua anak, seorang berusia dua tahun dan seorang lagi masih bayi, memandu lori dengan muatan sayur-sayuran dari kawasan tanah tinggi itu setiap hari.
Mohd Kamal, 40, berkata dia berasa hairan apabila arwah adiknya itu secara tiba-tiba berdiam diri apabila dia berkongsi mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan di dalam pesanan WhatsApp keluarga mereka.
“Gerak hati saya terasa lain sebab tiada tindak balas daripadanya seperti sebelum ini jadi saya menghubungi rakannya untuk mendapatkan kepastian kerana bimbang akan keselamatannya.
Apabila rakannya memaklumkan adik saya terlibat dalam kejadian, saya terus pulang ke Ipoh dengan memandu lori dari Kuala Lumpur dan segera membawa kereta ke lokasi tanah runtuh kerana masih tidak percaya ia menimpanya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Mohd Kamal berkata beliau sendiri melakukan pengecaman mayat adiknya  kerana isteri mangsa masih  berada dalam keadaan trauma.
Menurutnya jenazah akan dikebumikan di kampung mereka di Tanjung Piandang, Parit Buntar selepas segala urusan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selesai.
Sementara itu di Jabatan Forensik HRPB, abang ipar mangsa tanah runtuh yang ditemui memberitahu arwah seorang yang ceria dan baik hati.

Rosli Saidin, 52, dari Butterworth, Pulau Pinang berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7 malam tadi daripada isteri mangsa yang merupakan adik perempuannya.
“Pada mula anak saya melihat gambar kejadian yang tular namun tidak dapat pengesahan daripada sesiapa sama ada mangsa itu adik ipar saya.
“Kami sekeluarga reda namun agak terkejut dengan kejadian ini,” katanya.
Beliau yang juga pemandu lori sayur berkata arwah memang kerap berulang-alik ke Cameron Highlands untuk mengambil sayur untuk dijual di sekitar Parit Buntar.
Rosli berkata arwah mempunyai sepasang anak berusia kira-kira dua dan setahun hasil perkahwinan dengan adik perempuannya sejak empat tahun lalu.
Katanya isteri mangsa yang mengetahui mengenai kejadian itu terus bergegas dari Tanjung Piandang, Parit Buntar ke lokasi kejadian.
Setakat ini dua mangsa maut tertimbus yang ditemui iaitu Muhammad Hafiz dan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota  Alphard dikenali sebagai Tan Chee Heng, 36, yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pulau Pinang.
Difahamkan, Chee Heng yang berasal dari Klang, Selangor ingin melawat neneknya dengan membawa buah strawberi di dalam kenderaan dipandunya.  — BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/pemandu-lori-sayur-yang-jadi-korban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Runtuh Mayat Pemandu Alphard Lori Sayur Tertimbus Dikeluarkan

Tanah Runtuh Mayat Pemandu Alphard Lori Sayur Tertimbus Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 423 hits
Kenderaan polis membawa keluar mayat kedua mangsa kejadian tanah runtuh di KM 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley hari ini ZULFACHRI ZULKIFLIShare on telegramIPOH Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar dua mayat mangsa yang tertimbus d...
Selain Pemandu Lori Pemandu Mpv Turut Disahkan Maut Dalam Tanah Runtuh

Selain Pemandu Lori Pemandu Mpv Turut Disahkan Maut Dalam Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 251 hits
IPOH 2 Dis Dua lelaki disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185 Km 27 10 Jalan Simpang Pulau Blue Valley di sini hari ini Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa yang terkorban ialah pema...
Rindu Ayah Anak Kerap Demam Nangis Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak

Rindu Ayah Anak Kerap Demam Nangis Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 252 hits
Dari hari pertama suami meninggal dunia sehinggalah kini anak bongsu kerap demam dan menangis Mungkin teringatkan arwah ayahnya sebab dia paling rapat dengan arwah Itu yang dikongsikan oleh Nor Shahida 31 isteri arwah Muhammad Hafiz Hamdi 3...
Tanah Runtuh Lori Dan Mpv Tertimbus Dua Individu Meninggal Dunia

Tanah Runtuh Lori Dan Mpv Tertimbus Dua Individu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 277 hits
Dua lelaki meninggal dunia selepas kenderaan mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185 Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley di Ipoh semalam Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang maut ialah p...
Pemandu Lori Mpv Maut

Pemandu Lori Mpv Maut

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 237 hits
Oleh Dua pemandu maut dalam kejadian tanah runtuh Jalan Simpang Pulai Blue Valley tengah hari tadi Foto BOMBA Anggota Bomba melakukan kerja mencari dan menyelamat dalam kejadian tanah runtuh selepas Pos Raya di Jalan Simpang Pulai Cameron H...
Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma

Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 238 hits
Siapa sangka perjalanan terakhir suami keluar bekerja bertukar tragedi yang memilukan apabila maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley Tinggalkan dua anak masih kecil Mangsa Muhammad Hafiz Hamdi...
Netizen Puji Tindakan Pemandu Lori Gadai Nyawa Demi Elak Langgar Penunggang Motosikal Terjatuh Di Tengah Jalan

Netizen Puji Tindakan Pemandu Lori Gadai Nyawa Demi Elak Langgar Penunggang Motosikal Terjatuh Di Tengah Jalan

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 234 hits
Demi mengelak daripada melanggar seorang penunggang motosikal terjatuh pemandu lori sanggup mengorbankan dirinya sehingga lori yang dipandu terbabas ke bahu jalan Dalam video rakaman dashcam berdurasi 25 saat itu penunggang motosikal yang b...
Hiburan Individu Kongsi Keadaan Semasa Cameron Highland Netizen Risau Tanah Runtuh Semakin Teruk

Hiburan Individu Kongsi Keadaan Semasa Cameron Highland Netizen Risau Tanah Runtuh Semakin Teruk

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 212 hits
Sedia maklum satu insiden yang berlaku di Jalan Simpang Pulai Cameron Highland mengorbankan dua individu apabila kereta yang dinaiki tertimbus akibat tanah runtuh telah membuatkan ramai pihak terkejut Baru baru ini tular sebuah video menunj...
Hujan Berterusan Punca Tanah Runtuh Simpang Pulai Jkr

Hujan Berterusan Punca Tanah Runtuh Simpang Pulai Jkr

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 241 hits
Oleh Pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Simpang Pulau Blue Valley semalam GAMBAR Bomba Perak PUNCA kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley sehingga mengorbanka...
Betulkan Dulu Sekolah Kerajaan Sebelum Cari Salah Sekolah Islam

Bom Jangka Mula Meledak Krisis Kewangan Jepun Lebih Teruk Daripada Greece

777 8 Jul 2568 Punpro777 24 Top 85 By Marsha Punpro777 World

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Malang Tidak Berbau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Ni Saja Mampu Harap Cukuplah Buat Kejutan Untuk Isteri Prince Syed Beri Nafkah Bulanan Cash Rm125k

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

Results Of Pkr Party Elections To Be Known As Early As 2 30pm This Saturday

Muah Kajang Chord