Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma


Siapa sangka perjalanan terakhir suami keluar bekerja bertukar tragedi yang memilukan apabila maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley.
Tinggalkan dua anak masih kecil
Mangsa Muhammad Hafiz Hamdi, 31, bapa kepada dua anak, seorang berusia dua tahun dan seorang lagi masih bayi, memandu lori dengan muatan sayur-sayuran dari kawasan tanah tinggi itu setiap hari.

Menurut abang mangsa, Mohd Kamal Hamdi, arwah selalu berkongsi cerita berkaitan kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sebelum diri sendiri menjadi mangsa tragedi kejadian tanah runtuh di kawasan peranginan tanah tinggi itu.
Mohd Kamal, 40, berkata dia berasa hairan apabila arwah adiknya itu secara tiba-tiba berdiam diri apabila dia berkongsi mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan di dalam pesanan WhatsApp keluarga mereka.
“Gerak hati saya terasa lain sebab tiada tindak balas daripadanya seperti sebelum ini jadi saya menghubungi rakannya untuk mendapatkan kepastian kerana bimbang akan keselamatannya.
Apabila rakannya memaklumkan adik saya terlibat dalam kejadian, saya terus pulang ke Ipoh dengan memandu lori dari Kuala Lumpur dan segera membawa kereta ke lokasi tanah runtuh kerana masih tidak percaya ia menimpanya,” katanya.

Isteri masih terkejut dan bersedih
Mohd Kamal berkata beliau sendiri melakukan pengecaman mayat adiknya kerana isteri mangsa masih berada dalam keadaan trauma.
Menurutnya jenazah akan dikebumikan di kampung mereka di Tanjung Piandang, Parit Buntar selepas segala urusan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selesai.
Arwah seorang yang baik hati
Sementara itu di Jabatan Forensik HRPB, abang ipar mangsa tanah runtuh yang ditemui memberitahu arwah seorang yang ceria dan baik hati.
Rosli Saidin, 52, dari Butterworth, Pulau Pinang berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7 malam tadi daripada isteri mangsa yang merupakan adik perempuannya.
“Pada mula anak saya melihat gambar kejadian yang tular namun tidak dapat pengesahan daripada sesiapa sama ada mangsa itu adik ipar saya.
“Kami sekeluarga reda namun agak terkejut dengan kejadian ini,” katanya.

Laluan utama arwah ambil sayur 
Beliau yang juga pemandu lori sayur berkata arwah memang kerap berulang-alik ke Cameron Highlands untuk mengambil sayur untuk dijual di sekitar Parit Buntar.
Rosli berkata arwah mempunyai sepasang anak berusia kira-kira dua dan setahun hasil perkahwinan dengan adik perempuannya sejak empat tahun lalu.
Katanya isteri mangsa yang mengetahui mengenai kejadian itu terus bergegas dari Tanjung Piandang, Parit Buntar ke lokasi kejadian.
Setakat ini dua mangsa maut tertimbus yang ditemui iaitu Muhammad Hafiz dan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dikenali sebagai Tan Chee Heng, 36, yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pulau Pinang.
Difahamkan, Chee Heng yang berasal dari Klang, Selangor ingin melawat neneknya dengan membawa buah strawberi di dalam kenderaan dipandunya.
Kredit: BERNAMA

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Perjalanan Akhir Suami, Tertimbus Tanah Runtuh. Tinggalkan 2 Anak, Isteri Trauma appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perjalanan-akhir-suami-tertimbus-tanah-runtuh-tinggalkan-2-anak-isteri-trauma/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Runtuh Mayat Pemandu Alphard Lori Sayur Tertimbus Dikeluarkan

Tanah Runtuh Mayat Pemandu Alphard Lori Sayur Tertimbus Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 391 hits
Kenderaan polis membawa keluar mayat kedua mangsa kejadian tanah runtuh di KM 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley hari ini ZULFACHRI ZULKIFLIShare on telegramIPOH Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar dua mayat mangsa yang tertimbus d...
Rindu Ayah Anak Kerap Demam Nangis Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak

Rindu Ayah Anak Kerap Demam Nangis Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 221 hits
Dari hari pertama suami meninggal dunia sehinggalah kini anak bongsu kerap demam dan menangis Mungkin teringatkan arwah ayahnya sebab dia paling rapat dengan arwah Itu yang dikongsikan oleh Nor Shahida 31 isteri arwah Muhammad Hafiz Hamdi 3...
Para Isteri Wajib Amalkan Agar Allah Jaga Anak Anak Dan Suami Kita Walau Dimana Mereka Berada

Para Isteri Wajib Amalkan Agar Allah Jaga Anak Anak Dan Suami Kita Walau Dimana Mereka Berada

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 266 hits
Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin Allah Yang Maha Menjaga dan Allah Yang Maha Memelihara Kedua dua nama seakan akan sama maknanya jika dibaca selapis Namun apabila digabungkang ketika dalam doa ia membawa keyakinan yang jitu kepada Allah bahawa Di...
Tanah Runtuh Lori Dan Mpv Tertimbus Dua Individu Meninggal Dunia

Tanah Runtuh Lori Dan Mpv Tertimbus Dua Individu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 240 hits
Dua lelaki meninggal dunia selepas kenderaan mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185 Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley di Ipoh semalam Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang maut ialah p...
Dia Boleh Berhenti Letak Tepi Jalan Ibu Tersentuh Tengok Cara Suami Didik Anak Tapi Akur Walau Orang Lain Nampak K4sar

Dia Boleh Berhenti Letak Tepi Jalan Ibu Tersentuh Tengok Cara Suami Didik Anak Tapi Akur Walau Orang Lain Nampak K4sar

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 399 hits
SETIAP orang mempunyai cara tersendiri dalam mendidik serta membentuk anak masing masing Ada ibu bapa yang memilih pendekatan yang lebih lembut namun ada juga yang menggunakan cara yang sedikit k4sar di mata orang lain Apa pun caranya matla...
Suami Terkejut Isteri Bekalkan Nasi Dengan Telur Mentah

Suami Terkejut Isteri Bekalkan Nasi Dengan Telur Mentah

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 269 hits
Si suami terkejut apabila menerima bekalan berupa telur mentah bersama nasi TikTok JAKARTA Sebuah video menunjukkan seorang suami yang menerima bekal berupa nasi bersama telur yang masih mentah daripada isterinya menjadi tular di platform T...
Baru Dua Bulan Belajar Edar Ganja Suami Isteri Ditahan Polis

Baru Dua Bulan Belajar Edar Ganja Suami Isteri Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 236 hits
Lumut Suami isteri yang baru dua bulan terbabit aktiviti pengedaran ganja ditahan polis di sebuah rumah di Taman Melati di sini jam 6 30 petang kelmarin Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata pasangan terbabit ...
Pasangan Suami Isteri Muda Edar Ganja Antara Ditahan

Pasangan Suami Isteri Muda Edar Ganja Antara Ditahan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 240 hits
Pasangan suami isteri muda edar ganja antara ditahan LUMUT Sepasang suami isteri muda yang disyaki menjadi pengedar ganja antara yang ditahan dalam Op Sarang Khas Bersepadu Daerah Manjung yang bermula Ahad lalu sehingga semalam Ketua Polis ...
Isteri Pukul Suami Ketika Ditemu Bual Wartawan

Isteri Pukul Suami Ketika Ditemu Bual Wartawan

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 226 hits
Wanita tersebut memukul suaminya dengan kuat sehingga menyebabkan lelaki dan wartawan tersebut terkejut dengan tindakannya Instagram JAKARTA Gara gara cemburu seorang isteri tidak dapat mengawal perasaannya lantas memukul bahu suaminya keti...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025