Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District


CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 -14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Nanjing | Niushoushan Cultural Park

Kenderaan kami bergerak meninggalkan Niushoushan Cultural Park di Jiangning District menuju ke Qinhuai District.
⏵ JINGJUE MOSQUESebelum meneruskan acara jalan-jalan, kami singgah menunaikan solat jamak Zohor Asar di Jingjue Mosque (juga dikenali dengan nama Jinjue Mosque) yang terletak di Shengzhou Road, Qinhuai District. Masjid ini terletak di tepi sebuah jalan besar yang agak sibuk, mudah ditemui

Gerbang masuk masjid ini kelihatan sedang dibaik pulih, pintu pagarnya juga bertutup tapi tidak berkunci. Kami buka pintu pagar dan melangkah masuk dengan rasa ragu - bimbang masjid ini ditutup kerana kerja-kerja baik pulih tadi. Tiba di pekarangan masjid, kami bertemu dengan seorang lelaki tempatan yang berada di situ. Kami berkomunikasi dengan bantuan kawan Cina - senang ada penterjemah tak perlu saya gunakan Google Translate. Alhamdulillah kami boleh menunaikan solat di sini

INFO SEJARAHNanjing Jingjue Mosque is one of the famous mosques in China. Nanjing Jingjue Mosque is also called the Sanshan Street Mosque. It is said that the name of the mosque was granted by an emperor in the Ming Dynasty (1368-1644).Nanjing Jingjue mosque was first established in the 4th century. In 1430, advised by famous Moslem navigator Zheng He, the government ordered to rebuild the mosque. It underwent another large-scale reconstruction in 1492. In the mid 19th century, Nanjing Jingjue Mosque was destroyed. Jingjue Mosque was rebuilt at the end of the Qing Dynasty (1644-1911). The extant buildings include the brick gate, the balcony, the prayer room, the reception room and the guest room, etc. The gate, which was built in the Ming Dynasty, is a brick construction with rare carvings on it. There are many precious cultural relics, including important epigraphs left by emperors of Ming & Qing dynasties. [Sumber : islamichina.com]
Pokok maple dengan daun kemerahan menjadi penghias sudut masjid. Ia terletak berhampiran dengan pintu masuk ruang solat muslimah

Tadi semasa saya selesai berwuduk (di bangunan yang berbeza dengan bangunan dewan solat), masuk seorang wanita tempatan yang mungkin lebih berusia daripada saya. Dia tersenyum mesra dan berkata sesuatu kepada saya dalam bahasa Cina, sambil tangannya menunjuk ke tempat wuduk. Saya membalas senyumannya dan mengangguk kepala tanda sudah berwuduk. Nak berbual lanjut, saya sedang mengejar masa - tak sempat nak buka Google Translate

Saya rasa seronok, bila berada di tempat asing begini ada saudara seagama yang menyapa mesra. Ia perkara yang jarang berlaku, mungkin bukan budaya mereka untuk memberi atau membalas senyuman kepada orang asing walaupun sesama muslimah

Ruang solat muslimah. Luas dan nampak moden, mungkin ini struktur binaan baharu

Bahagian hadapan dengan sentuhan dekorasi berwarna merah - warna yang sinonim dengan budaya Cina

Memandangkan ini bukan trip santai berdua, maka tak dapatlah saya menjelajah kawasan masjid ini untuk melihat dengan lebih dekat suasana sekitar. Tempat ini agak luas, ianya sebuah kompleks dengan beberapa buah bangunan dibina secara terpisah - sama seperti dua buah masjid tua yang pernah saya kunjungi di Guangzhou, wilayah Guangdong

Hanya tiga buah foto di atas sahaja sebagai kenangan saya pernah berkunjung dan menunaikan solat di masjid tertua dan terbesar di kota Nanjing, wilayah Jiangsu ini. Selesai solat, kami kembali berkumpul dengan kawan lain yang menunggu di luar masjid

Antara makanan yang dijual di deretan gerai berhampiran masjid. Udara di Nanjing sejuk, kawan yang menunggu kami duduk menikmati semangkuk bubur (nampak macam bubur pulut hitam) di gerai ini. Dapatlah kurangkan rasa sejuk bila makan bubur panas


⏵  BERSIAR-SIAR SEKITAR QINHUAI DISTRICTIkut perancangan, kami akan menaiki bot untuk night cruise di Qinhuai River. Sementara menanti siang bertukar malam, kami bersiar-siar di kawasan sekitar

Pintu gerbang besar dengan seni bina tradisional Cina

Tiba di suatu jalan yang dihias cantik dengan gantungan tanglung berwarna oren kuning

Kami tiba di lorong dengan deretan kedai di kanan dan kiri jalan. Menarik suasana di sini - bangunan dengan sentuhan seni bina lama, pokok tinggi yang menghidupkan suasana dan gantungan tanglung berwarna merah yang menambah ceria

Kami singgah di beberapa buah kedai yang terdapat di sini. Antaranya, kedai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan kering. Tiada bahan yang meragukan dalam pembuatannya, jadinya ia halal untuk dinikmati. Setiap bungkusan dijual dengan harga 39 yuan, cuma berat isinya berbeza bergantung pada jenis buah. Segala jenis buah ada di sini, kagum saya tengok. Setakat buah yang saya cuba, rasanya sedap - tidak terlalu manis, tidak liat dan tidak terlalu kering. 
Kawasan ini meriah dengan pengunjung. Beberapa kali juga saya ternampak perempuan berpakaian tradisional Cina berjalan di sini. Selepas itu barulah saya tahu, mereka menyewa pakaian tersebut untuk berfoto di bangunan dengan berlatarkan Qinhuai River

Langit siang mulai gelap, suasana bertukar jadi lebih menarik untuk saya memotret

Nanjing kota moden yang sibuk, tetapi menatap foto ini terasa seperti berada di zaman berbeza









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/12/nanjing-jingjue-mosque-dan-bersiar-siar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari 81 Ribu Calon Jamaah Haji Hanya Sekitar 29 Ribu Yang Layak Berangkat

Dari 81 Ribu Calon Jamaah Haji Hanya Sekitar 29 Ribu Yang Layak Berangkat

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 176 hits
Penyelenggaraan haji 2026 sudah di depan mata Saat ini ribuan calon jamaah haji sedang dikejar proses pemeriksaan istitha ah kesehatan karena hal tersebut menjadi syarat wajib mutlak untuk berangkat ke Tanah Suci nbsp Hingga Selasa pagi ter...
Visit Selangor Year 2025 Promoting District Tourism In The State

Visit Selangor Year 2025 Promoting District Tourism In The State

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 84 hits
VISIT Malaysia Year 2026 is around the corner and for Selangor it will be a continuation of Visit Selangor Year 2025 26 Selangor continues to draw a large number of tourists annually as the state stands out for its various attractions rangi...
Gbp Jpy Analisis Harga Dan Ramalan Pasangan Gbp Jpy Mendapat Sokongan Yang Kukuh Sekitar 208 00

Gbp Jpy Analisis Harga Dan Ramalan Pasangan Gbp Jpy Mendapat Sokongan Yang Kukuh Sekitar 208 00

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 147 hits
Pada hari Khamis pasangan GBP JPY membetulkan ke sedikit di bawah paras bulat 208 00 dalam usaha untuk menarik pembeli Pada masa itu harga spot didagangkan dalam julat 208 30 208 50 kekal berhampiran paras yang tidak dilihat sejak tahun 200...
Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 239 hits
KUANTAN Tenaga Nasional Berhad menutup bekalan elektrik sekitar daerah ini susulan hujan berterusan dan banjir TNB menerusi hantaran di Facebook berkata pencawang elektrik yang terjejas berikutan penutupan bekalan itu ialah Sekolah Menengah...
Sarawak Premier Begins Official Visit To Nanjing

Sarawak Premier Begins Official Visit To Nanjing

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 104 hits
KUCHING Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg arrived in Nanjing China on Wednesday to begin an official visit that will see him witness the signing of a framework agreement and memorandum of understanding involving Petroleum Saraw...
Nanjing Yuhuatai Scenic Area Dan Li Ji Muslim Restaurant

Nanjing Yuhuatai Scenic Area Dan Li Ji Muslim Restaurant

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 152 hits
CATATAN TRIP KE CHINA WILAYAH YUNNAN JIANGSU 10 14 APRIL 2025Sambungan catatan terdahulu Kumpulan kami seramai lima orang bergerak dari Nanjing South Railway Station menuju ke lokasi tarikan pelancongan yang terletak di Yuhuatai District Na...
Nanjing Niushoushan Cultural Park

Nanjing Niushoushan Cultural Park

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 139 hits
CATATAN TRIP KE CHINA WILAYAH YUNNAN JIANGSU 10 14 APRIL 2025Sambungan catatan terdahulu Sebelum ke tempat pelancongan seterusnya kawan non Muslim bertanya adakah kami yang beragama Islam boleh mengunjungi tempat ibadat penganut Buddha Jawa...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sayonara Tokyo Masak Udang Dan Kisah Mesin Basuh

Resepi Stew Ayam

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi