Tanah Runtuh Lori Dan Mpv Tertimbus Dua Individu Meninggal Dunia



Dua lelaki meninggal dunia selepas kenderaan mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Ipoh semalam.
Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang maut ialah pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard Tan Chee Heng, 36.
Selepas hampir tujuh jam operasi mencari dan menyelamat, pasukan penyelamat berjaya membawa keluar kedua-dua mayat daripada kenderaan masing-masing dalam runtuhan itu kira-kira pukul 10 malam tadi dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh bagi proses bedah siasat serta tuntutan waris.
Pemandu lori sayur itu dipercayai sedang dalam perjalanan ke Simpang Pulai dari Cameron Highlands manakala pemandu MPV terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Pulau Pinang dan tiada penumpang lain di dalam dua kenderaan terbabit.
Pihak penyelamat juga mengesahkan setakat ini hanya dua kenderaan yang tertimbus dalam tanah runtuh itu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.44 tengah hari semalam dan pemerhatian awal mendapati tiga kenderaan dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah berkenaan sekali gus kerja-kerja mengangkat timbunan tanah menggunakan jengkaut diaktifkan serta-merta di lokasi kejadian.
Menurut jurucakap JBPM Perak, pemandu lori itu pada petang kejadian, telah memberikan respons ketika usaha menyelamatkannya namun disahkan telah meninggal dunia.
Bagi memudahkan operasi tersebut yang berdepan dengan cabaran cuaca sejuk dan pemandangan kabur akibat hujan renyai, pasukan penyelamat juga menggunakan dron bagi melihat pergerakan tanah dari pandangan atas secara keseluruhan.
Najib ke Mahkamah Bagaikan Bertinju Sebelah Tangan Diikat Di Belakang

Kira-kira 100 anggota dan pegawai pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan negara termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) berada di lokasi serta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam operasi tersebut agar memudahkan kelicinan pengoperasian.
Mior Faridalathrash dalam sidang media di lokasi kejadian berkata pada masa ini tiada pergerakan tanah dikesan, bagaimanapun pemantauan diteruskan bagi langkah-langkah keselamatan.
Dia berkata orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif di Jalan Persekutuan FT059 Tapah-Ringlet yang dibuka sepenuhnya untuk semua kenderaan bermula pukul lima petang semalam untuk melakukan perjalanan ke Cameron Highlands.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Mohd Zolkafly Harun berkata hujan yang berterusan dipercayai menyebabkan berlaku hakisan tanah di kawasan cerun potong di laluan berkenaan.
“Runtuhan tanah berlaku sepanjang 100 meter dan laluan utama ke Cameron Highlands itu tidak selamat untuk semua jenis kenderaan dan masih dikawal ketat oleh pihak konsesi.
“Bagaimanapun, punca tanah runtuh masih dalam siasatan dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah dan pihak konsesi jalan persekutuan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Pawong Ismail Baloh, 51, berkata kejadian tanah runtuh itu disedari pada kira-kira pukul dua petang semasa dia dalam perjalanan untuk ke Simpang Pulai.
“Saya nampak ada dua kenderaan bomba naik sebelum orang kampung cemas memberitahu tentang kejadian tanah runtuh ini,” kata Ismail.
-Bernama
Tanah runtuh: Lori dan MPV tertimbus, dua individu meninggal dunia
Baca Artikel Menarik:
Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19 Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin 445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin 7 Beautiful Gems In Malaysia You Confirm Wanna Bookmark For Your Next Trip Air banjir jernih seperti kolam (Video) Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain Pantun sindir JDT Sanusi curi tumpuan Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pas bertanding untuk luaskan pengaruh di Sarawak

The post Tanah runtuh: Lori dan MPV tertimbus, dua individu meninggal dunia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/03/tanah-runtuh-lori-dan-mpv-tertimbus-dua-individu-meninggal-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Pemandu Lori Pemandu Mpv Turut Disahkan Maut Dalam Tanah Runtuh

Selain Pemandu Lori Pemandu Mpv Turut Disahkan Maut Dalam Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 227 hits
IPOH 2 Dis Dua lelaki disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185 Km 27 10 Jalan Simpang Pulau Blue Valley di sini hari ini Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa yang terkorban ialah pema...
Tanah Runtuh Mayat Pemandu Alphard Lori Sayur Tertimbus Dikeluarkan

Tanah Runtuh Mayat Pemandu Alphard Lori Sayur Tertimbus Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 405 hits
Kenderaan polis membawa keluar mayat kedua mangsa kejadian tanah runtuh di KM 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley hari ini ZULFACHRI ZULKIFLIShare on telegramIPOH Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar dua mayat mangsa yang tertimbus d...
Hiburan Individu Kongsi Keadaan Semasa Cameron Highland Netizen Risau Tanah Runtuh Semakin Teruk

Hiburan Individu Kongsi Keadaan Semasa Cameron Highland Netizen Risau Tanah Runtuh Semakin Teruk

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 189 hits
Sedia maklum satu insiden yang berlaku di Jalan Simpang Pulai Cameron Highland mengorbankan dua individu apabila kereta yang dinaiki tertimbus akibat tanah runtuh telah membuatkan ramai pihak terkejut Baru baru ini tular sebuah video menunj...
Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang

Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 223 hits
Oleh PEMANDU lori yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley dekat Ipoh selalu berkongsi cerita berkaitan kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sebelum beliau sendiri menjadi mangsa trag...
Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma

Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 219 hits
Siapa sangka perjalanan terakhir suami keluar bekerja bertukar tragedi yang memilukan apabila maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley Tinggalkan dua anak masih kecil Mangsa Muhammad Hafiz Hamdi...
Virgil Abloh Meninggal Dunia Akibat Kanker Langka

Virgil Abloh Meninggal Dunia Akibat Kanker Langka

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 348 hits
Diketahui Abloh berjuang melawan kanker langka bernama Cardiac Angiosarcoma selama dua tahun terakhir dan sengaja menyembunyikannya dari publik
Hiburan Isteri Kid Search Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Hiburan Isteri Kid Search Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 1100 hits
Isteri kepada pemain gitar kumpulan Search iaitu Noraznin Yusof disahkan meninggal dunia akibat kanser darah atau leukemia tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM Abang kepada Kid yang juga anggota Search iaitu Din atau nama sebe...
Seorang Lagi Penyerang Tegar Pas Hadi Meninggal Dunia Kata Mokhtar

Seorang Lagi Penyerang Tegar Pas Hadi Meninggal Dunia Kata Mokhtar

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 273 hits
MALAYSIA DATELINEAhli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat Mokhtar Senik memberitahu seorang individu yang dianggapnya penyerang tegar parti itu meninggal dunia Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok Semalaysia tersebut berkata Allahyarham sebe...
Ibu Datuk Hattan Meninggal Dunia

Ibu Datuk Hattan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 268 hits
IBU kepada penyanyi terkenal Datuk Hattan Hindun Sani 83 disahkan meninggal di Hospital Kajang pada jam 3 30 petang hari ini Isterinya Datin Arianie Abidin berkata arwah pada awalnya mengadu sakit dada sebelum dikejarkan ke hospital itu sem...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti