Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc
TOMY Company, Ltd. (Jepun) hari ini melancarkan TOMICA BRAND STORE pertama di Asia Tenggara, bertempat di dalam Toys“R”Us IP Flagship Collection Store, Suria KLCC. Pembukaan ini menandakan TOMICA BRAND STORE ketiga di luar Jepun selepas Shanghai dan Beijing, sekali gus mengukuhkan kehadiran jenama ikonik ini di rantau Asia.
Direka dengan konsep Kedai-dalam-Kedai (Shop-in-Shop), TOMICA BRAND STORE bukan sekadar ruang membeli-belah, malah berfungsi sebagai pusat maklumat dan pengalaman untuk peminat TOMICA daripada pelbagai peringkat umur. Kedai ini mengangkat mesej jenama “Only The Real Thing Moves”, menekankan nilai realisme dan ketelitian yang menjadi identiti TOMICA sejak 1970.
Dari kiri Tan Ee Chian, Pengarah Eksekutif Litt Tak Sdn Bhd, pengedar rasmi TOMICA di Malaysia; Carol Chua, Pengurus Besar Toys“R”Us (Malaysia) Sdn Bhd.; Ochiai Kiyoshi, Pengarah Urusan TOMY ASIA dan Saitoh Katsunori, Pengurus Besar Kanan Ketua Bahagian Strategi Asia TOMY Company Ltd.
Bahagian luar kedai direka menyerupai kotak TOMICA bersaiz besar, manakala di bahagian dalam, pengunjung akan disambut dengan Wheel Table (Meja Roda) yang unik. Antara tarikan utama termasuk TOMICA WALL (Dinding TOMICA) yang mempamerkan lebih 2,000 koleksi kereta mini diecast, TOMICA KIDULTS AREA untuk pengunjung dewasa berjiwa muda, Recommended Corner bagi keluaran terbaharu serta TOMICA HISTORY AREA yang mengimbau perjalanan jenama ini sejak lebih lima dekad lalu.
Sejak diperkenalkan sebagai siri kereta mini diecast bersaiz poket pertama di Jepun, TOMICA telah menjadi kegemaran merentas generasi. Sehingga Disember 2024, lebih 10,000 model telah dikeluarkan dengan jumlah jualan terkumpul melebihi satu bilion unit di seluruh dunia.
Menurut Ochiai Kiyoshi, Pengarah Urusan TOMY ASIA, pembukaan TOMICA BRAND STORE pertama di Asia Tenggara ini bertepatan dengan ulang tahun ke-55 TOMICA, dan merupakan satu langkah penting untuk mendekatkan jenama ini dengan peminat di rantau Asia. Beliau turut menyatakan perancangan untuk memperluaskan rangkaian kedai TOMICA ke lebih banyak negara bagi menawarkan pengalaman yang lebih dekat dan bermakna kepada peminat serta kolektor.
Tan Ee Chian, Pengarah Eksekutif Litt Tak Sdn Bhd selaku pengedar rasmi TOMICA di Malaysia sejak 40 tahun lalu, menyifatkan pembukaan ini sebagai satu pencapaian penting dalam memperkukuhkan hubungan TOMICA dengan peminat tempatan. Menurut beliau, TOMICA BRAND STORE menyediakan platform khusus untuk menampilkan koleksi menyeluruh — daripada model klasik hinggalah edisi premium dan terhad — sekali gus mencipta pengalaman yang lebih mendalam berbanding sebelum ini.
Carol Chua, Pengurus Besar Toys“R”Us (Malaysia) Sdn Bhd pula berkata bahawa Malaysia kini tersenarai bersama Shanghai dan Beijing sebagai antara lokasi TOMICA BRAND STORE di luar Jepun, sekaligus melengkapkan konsep IP Flagship Collection Store sebagai destinasi untuk keluarga, peminat dan kolektor.
Lebih Daripada Mainan: TOMICA Dan Memori Yang Disimpan
Di sebalik barisan kereta mini yang tersusun rapi mengikut nombor dan jenama, TOMICA sebenarnya membawa makna yang lebih mendalam bagi sesetengah individu. Setiap replika bukan sekadar objek koleksi, tetapi salinan kecil kepada kenderaan sebenar yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan seseorang.
Bagi mereka yang membesar dengan kereta tertentu digunakan untuk bekerja, membawa keluarga atau menemani rutin harian melihat versi TOMICA adalah seperti membuka semula halaman lama dalam ingatan. Ada memori tentang perjalanan bersama ayah ke kebun, tentang kehidupan sederhana, dan tentang masa yang tidak boleh diulang kembali.
Mungkin inilah sebabnya TOMICA terus kekal relevan selepas 55 tahun, walaupun berdepan persaingan daripada pelbagai jenama lain. Ia bukan tentang trend atau populariti semata-mata, tetapi tentang memori yang dikecilkan agar boleh disimpan dan diwariskan.
Aktiviti & Koleksi Eksklusif
Bagi meraikan pembukaan ini, pelbagai aktiviti interaktif seperti Seni Mozek dan Mewarna Tomica Putih, hadiah promosi serta sesi ramah mesra bersama Maskot TOMICA, T-KUN turut diadakan dari 18 hingga 21 Disember 2025.
Dua produk eksklusif TOMICA BRAND STORE yang hanya boleh didapati di kedai ini di Malaysia turut diperkenalkan, selain koleksi asli dari semua Kedai TOMICA di Jepun:
✨ TOMICA Shop Original Lamborghini Urus – RM39.90
✨ TOMICA Brand Store Original Bugatti Chiron Pur Sport – RM39.90
✨ TOMICA Brand Store Lamborghini Veneno – RM39.90
Para pengunjung boleh menyertai semua aktiviti yang disediakan di sini. Diantaranya:
✨ White Tomica Coloring
✨ Mosaic Art Tomica Photo
✨ Meet & Greet with T-KUN
(18 Dec 2025 - 3PM & 5PM)
(20 & 21 Dec 2025 - 1PM, 3PM & 5PM)
✨ Beli mana-mana 5 unit TOMICA, Percuma 1 TOMICA Lamborghini Revuelto
✨ FREE TOMICA Sticker dengan setiap pembelian.
✨ Limited Edition TOMICA Water Bottle dengan pembelian RM250 dan ke atas. Terhad untuk 200 orang sahaja.
✨ Dapatkan Gadget Stand dengan hanya ikuti media sosial rasmi TOMICA Malaysia dan muat naik gambar atau video. Tag instagram @tomica_msia dan #TomicaBrandStoreMYOpening #TRUKLCC #Tomica_Msia
TOMICA BRAND STORE
TOMICA BRAND STORE bukan sekadar destinasi membeli-belah, tetapi ruang untuk menghargai ketelitian, sejarah dan memori. Dalam dunia yang bergerak pantas, TOMICA mengingatkan bahawa ada kenangan yang wajar disimpan walaupun dalam bentuk yang kecil.
📍 TOMICA BRAND STORE(di dalam Toys”R”Us) Tingkat 2, Lot LC203, Ramlee Mall, Suria KLCC
🕙 Waktu operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2025/12/tomica-brand-store-pertama-di-asia.html