Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor Beserta Dengan Itinerary


Anda dah pernah bercuti ke Pulau Pangkor ke belum? 
 
Kalau jawapan anda belum pernah, kat sini saya nak kongsikan serba sedikit pengalaman saya dan isteri berbulan madu di Pulau Pangkor awal tahun ini.
 
Pulau Pangkor dipilih sebagai destinasi percutian sebabnya kali ini kami mahukan suasana percutian yang lebih santai dan relax. Apa yang penting tempat tersebut mesti ada pantai yang cantik dan lebih dekat dengan alam semulajadi.
 
Kebiasaannya kami akan bercuti ke Pulau Langkawi, tapi kali ini kami pilih untuk lalui pengalaman yang berbeza. In Shaa Allah tahun ini kami ke Langkawi, sama ada sebelum bulan puasa atau selepas raya. Langkawi ini macam destinasi wajib pergi setiap tahun.
 
Cara untuk pergi ke Pulau Pangkor Dari rumah saya memandu melalui Lebuh Raya PLUS sampai ke Jeti Lumut. Bila dah sampai di Lumut, cari medan letak kereta bertingkat sebelum beli tiket untuk ke Pulau Pangkor di jeti.

Saya parking kereta dekat Medan Tempat Letak Kereta ini selama 3 hari 2 malam, dan saya dikenakan caj sebanyak RM32 sahaja. Mujurlah tak kena sampai RM50, kira ok lah harga ini.
 
Harga tiket feri ke Pulau Pangkor Tiket yang dibeli di Jeti Lumut ini adalah untuk perjalanan pergi dan balik.

Harga tiket untuk dewasa adalah RM14.00
 
Dari Jeti Lumut ke Jeti Pangkor, perjalanannya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Saya ada baca dalam blog orang lain, yang dalam feri tu kita boleh duduk bahagian luar dan lihat pemandangan laut, ambil gambar berlatarbelakangkan awan biru dan laut yang kehijauan, tapi sayangnya feri yang saya naik tu, semua penumpang kena duduk dekat tempat yang disediakan sahaja.
 
Nampaknya apa yang saya bayangkan tak jadi kenyataan. Pengalaman naik feri ke Pangkor ini kiranya lebih kurang je dengan pengalaman saya sebelum ini naik feri dari Jeti Kuala Perlis nak ke Jeti Langkawi.
 
Pengangkutan dari Jeti Pangkor ke Hotel Dekat jeti akan ada ejen-ejen yang akan tawarkan khidmat sewa kereta, sewa motosikal dan juga pakej aktiviti.
 
Hari pertama ini, biasanya saya akan berehat sahaja di hotel. Saya rasa macam agak rugi kalau ambik kereta pada waktu ini. Jadi untuk pengangkutan ke hotel, saya sewa teksi sahaja.

Dekat Pulau Pangkor, teksi yang dimaksudkan sebenarnya adalah van warna pink. Harga untuk kemana-mana destinasi memang telah ditetapkan dan tak boleh nak tawar-menawar.
 
Macam saya, saya nak ke Anjungan Beach Resort di Teluk Nipah, caj yang dikenakan adalah RM16 untuk satu hala. Dari Teluk Nipah kembali ke Jeti Pangkor juga caj yang sama.
 
Tak perlu risau kalau anda bawa beg bagasi yang besar, sebabnya ada banyak ruang dalam van ini untuk anda simpan bagasi anda.
 
Cuma bila naik van ini, saya syorkan anda cari tempat untuk berpaut sebab driver dekat sini bawa agak laju. Apa yang buat rasa seram ialah sebab jalan dekat Pangkor ini cuma ada satu lorong, dengan selekoh tajam dan berbukit-bukit.
 
Check in Hotel di Teluk Nipah Hotel pilihan kami adalah Anjungan Beach Resort.

Baca juga: Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort Pulau Pangkor
 
Alhamdulillah selamat sampai di hotel. Kalau nak buat sebarang aktiviti pun macam tak berapa sesuai, dengan cuaca yang agak panas. Cukup terasa bahang matahari ketika itu.
 
Buat sementara, saya cuma berehat dibilik dan akan mula jelajah sekitar Pangkor selepas waktu Asar. Harap-harap waktu tu keadaan akan jadi lebih redup.
 
Itinerary Percutian ke Pulau Pangkor Pulau Pangkor jauh beza dengan Pulau Langkawi.
 
Walaupun kedua-dua pulau ini adalah Pulau Bebas Cukai, tapi masih tetap tak sama. Ah… kenapa nak cerita pasal Langkawi, atau nak banding-bandingkan pulau ini dengan Langkawi pulak kan, so saya rasa lebih baik saya tak sentuh lagi pasal Langkawi.
 
Hari Pertama percutian di Pulau Pangkor Hotel yang kami pilih ini lokasinya adalah di Teluk Nipah.
 
Dekat sini ada dua pantai yang popular dan cantik pemandangannya, iaitu Pantai Teluk Nipah dan juga Pantai Coral.

Kita boleh jalan kaki sahaja dari hotel untuk ke pantai ini.
 
Hari pertama ini, aktiviti lebih kepada duduk santai tepi pantai, jalan-jalan sekitar teluk nipah dan singgah di mana-mana gerai yang menyajikan makanan ikut selera tempatan.

Sambil-sambil tu melihat pemandangan matahari terbenam di Teluk Nipah.
 
Tak ada apa yang nak dikejarkan. Kita datang nak berehat, nak bercuti dan mungkin lapangkan fikiran. Bukan datang nak bekerja, atau nak create satu masalah baru, kan.

Just enjoy anugerah yang tuhan berikan kepada kita.
 
Bila suasana dah mula gelap, balik semula ke bilik. Solat Maghrib boleh di jamakkan dengan solat isya. Lepas tu waktu malam boleh keluar semula dan tengok apa-apa yang menarik di sekitar Teluk Nipah.

Waktu malam ada banyak kedai-kedai yang dibuka. Kedai menjual cenderahati, kedai runcit, kedai makan semua ada.
 
Hari kedua percutian di Pulau Pangkor Apa-apa pun kita mulakan hari kedua ini dengan sarapan pagi.

Ada macam-macam menu makanan untuk sarapan pagi yang dihidangkan.

Ada menu untuk selera tempatan dan ada juga menu untuk ala-ala barat. Maklumlah, dekat sini juga ada banyak pelancong dari negara asing.

Menu sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel ada macam-macam pilihan. Untuk itu, saya rasa sangat berpuas hati dengan hotel ini.
 
Aktiviti snorkeling dan Island Hopping di Pulau Pangkor Agak rugi kalau datang bercuti ke Pangkor tapi tak buat sebarang aktiviti snorkeling. Jadi saya syorkan anda cubalah buat aktiviti ini.
 
Pulau Pangkor ini tidaklah begitu besar. Kalau nak bersiar-siar sekitar pulau, saya rasa dalam masa satu jam kita dah boleh pusing satu pulau. Jadi, bila kita buat snorkeling dekat Pangkor ni, at least kita boleh jelajah pulau-pulau kecil yang terdapat dalam kawasan Pangkor.

Pakej snorkeling di Pulau Pangkor ini boleh dapatkan dari beach boy di Teluk Nipah. Saya dapat harga RM60 untuk dua orang.
 
Dekat sini anda boleh cuba minta kurang harga. Kalau tak dapat, boleh cuba beach boy lain. Saya sendiri mula-mula ditawarkan harga RM80. Bila saya pergi ke kaunter yang lain, baru dapat harga RM60 sahaja.
 
Snorkeling ini dibuat di Pulau Giam, yang tak jauh dari Teluk Nipah. Actually dari Teluk Nipah ini kita dah boleh nampak pulau ini.

Naik bot rasanya tak sampai 10 minit pun dah sampai.
 
Aktiviti snorkeling ini kita boleh buat ikut masa kita. Bila rasa dah bosan dan rasa nak balik, boleh call sahaja beach boy yang bawa kita ke sini, dan dia akan datang jemput.
 
Nanti masa nak balik, barulah akan dibawa meninjau pulau-pulau lain yang berhampiran.
 
Ini adalah crocodile rock.

Ini pula adalah Turtle Rock.

Manakala yang dibawah ini pula adalah whale rock.

Kita tak singgah di pulau ini, cuma bot akan berhenti dekat untuk bagi peluang kita ambil gambar
 
Sewa Motosikal di Pulau Pangkor Pengangkutan yang popular untuk digunakan bila bercuti ke Pangkor adalah motosikal.

Kos untuk sewa motosikal adalah RM50 sahaja untuk penggunaan selama 24 jam. Apa yang saya dapat katakan, pengendali perkhidmatan sewa motor di Pangkor ini bukanlah seorang yang berkira.
 
Saya tak follow pun sistem 24 jam cuma saya beritahu waktu jam berapa saya akan pulangkan motosikal. Harganya tetap sama. Saya tak pasti, adakah sebab waktu ini memang tak ramai yang nak sewa motor ataupun mereka memang mesra.
 
Bersiar-siar sekeliling pulau pangkor Kata brader yang bagi sewa motor tu dekat saya, “ko jalan je mana-mana yang rasa boleh lalu, agak-agak jalan tu terputus atau jalan mati, baru patah balik. Selagi masih boleh lalu, nanti akan jumpa balik tempat mula-mula ko lalu”.
 
Dah nama pun pulau kan, macam manapun kita akan berpusing dekat tempat yang sama sahaja.
 
Pantai Pasir Bogak Pantai ini merupakan satu lagi pantai peranginan yang popular di Pulau Pangkor. Dekat sini juga ada banyak tempat penginapan yang kita boleh pilih seperti Coral Bay Resort, Puteri Bayu dan juga Sandy Beach Pangkor.

Baca juga: Suatu petang di Pantai Bogak Pulau Pangkor
 
Cuaca petang tu nampak seperti akan hujan. Jadi saya tak dapat nak duduk lama-lama dekat pantai ini.
 
Makan malam menu Shell Out di Selera Teluk Dalam Perancangan asal, saya sebenarnya nak makan ikan bakar. Ada banyak restoran yang menjual ikan bakar di Teluk Nipah. (cuma harganya mahal dan tak berbaloi la…)

Tapi itulah, orang kata bukan rezeki.
 
Disebabkan tak dapat makan ikan bakar, saya terus cari tempat lain yang sesuai untuk makan malam. Jumpa restoran Selera Teluk Dalam menerusi carian di Google.
 
Saya pun terus start motor dan pergi ke sini.
 
Selesai makan malam, kami sempat pusing pulau pangkor satu round.

Memanglah ada banyak lampu jalan, tapi waktu saya pergi tu ada bahagian yang memang gelap sebab lampu jalan tak menyala. Fikir banyak kali. Kalau tak berani, baik jangan buat.
 
Kalau nak pusing pulau Pangkor waktu malam juga, hati-hati dengan keadaan jalan yang agak licin, berbukit-bukit dengan selekoh tajam. Satu lagi hati-hati juga dengan kehadiran anjing liar yang keluar mencari makanan diwaktu malam.
 
Hari ketiga percutian di Pulau Pangkor Hari ketiga ini merupakan hari terakhir di Pulau Pangkor. Walaupun hari terakhir, kita masih ada lagi masa untuk jelajah pulau ini.
 
Apa pun, mulakan dengan breakfast dulu.

Selesai breakfast, bolehlah bersiap sedia untuk check out.
 
Waktu check out di Anjungan Beach Resort ini adalah jam 11 pagi. Jadi lepas breakfast dah kena siap-siap untuk keluar. Lagipun pada waktu ini, saya ada beberapa tempat yang nak pergi tapi tak sempat.
 
Melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor Aktiviti bersiar-siar dengan motor semalam, masih ada beberapa tempat yang tak sempat nak singgah. Ada beberapa tempat yang nampak menarik, tapi saya tak singgah pun.

Contohnya macam Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan Sate Ikan Pak Su Enterprise ini.
 
Saya sebenarnya plan nak shopping bila dah sampai di Lumut nanti. Jadi memang tak singgah ke tempat ini. Mungkin lain kali.
 
Masjid Al-Badr Seribu Selawat Masjid ini juga dikenali dengan nama panggilan masjid terapung.

Dibina betul-betul atas air menjadikan ia kelihatan seperti terapung.

Singgahlah ke masjid ini untuk melihat keunikkan senibina masjid ini. Boleh ambil gambar kenang-kenangan apabila balik nanti.
 
Masjid ini juga menerima kunjungan pelancongan yang bukan beragama Islam. Tak kira walau siapa anda, dan apa latarbelakang kepercayaan anda, semuanya boleh singgah ke masjid ni.
 
Batu Bersurat Tiada sebarang penerangan dapat ditemui tentang batu bersurat ini.

Tapi ada macam-macam kisah diceritakan dari mulut ke mulut oleh masyarakat setempat.
 
Saya tertarik dengan perbincangan mengenai apakah sebenarnya haiwan yang diukir pada batu bersurat tersebut. Adakah ia sebenarnya seekor harimau yang sedang membaham sosok tubuh seorang kanak-kanak ataupun sebenarnya ia merupakan seekor singa?
 
Jika ia sebenarnya adalah gambar seekor singa, maka ia selari dengan Dutch coat of arm yang menggunakan seekor singa sebagai lambangnya.
 
Kota Belanda Tak jauh dengan lokasi Batu Bersurat letaknya binaan yang sebelum ini merupakan saki baki tinggalan Kota Belanda.

Kota Belanda pernah dijadikan tempat untuk mengumpulkan hasil bijih timah yang dilombong di Perak.
 
Namun kota ini dimusnahkan oleh penduduk setempat yang memberontak dan tak berpuas hati dengan cara pengurusan pihak Belanda.

Saya percaya, buat mereka yang minat untuk mengetahui sejarah disebalik kota ini, pasti akan berminat juga untuk singgah ke sini.
 
Jeti Pangkor untuk kembali ke Lumut Baik itu sahaja aktiviti yang sempat saya lakukan sepanjang percutian ke Pulau Pangkor.

Untuk balik ke jeti, saya gunakan khidmat teksi dengan caj RM16.
 
Bila dah sampai di Lumut barulah saya mula shopping dan beli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. In Shaa Allah, jika ada rezeki, ada kesihatan dan umur yang panjang, mudah-mudahan saya dapat datang sekali lagi bercuti di pulau ini.
 
Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat dan berguna untuk pembaca sekalian. Nak baca versi yang lebih panjang? Boleh mula dengan artikel dibawah ini ya.
Baca disini: Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari Pertama
 
Selamat bercuti ke Pulau Pangkor!
 
 
The post Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/percutian-3-hari-2-malam-di-pulau-pangkor-beserta-dengan-itinerary/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Day 1 3 Hari 2 Malam Percutian Kami Di Berjaya Resort Pulau Tioman

Day 1 3 Hari 2 Malam Percutian Kami Di Berjaya Resort Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 1443 hits
3 HARI 2 MALAM PERCUTIAN KAMI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Lama tak bercuti jauh jauh Baru baru ini kami bercuti jauh sket je ke Berjaya Resort Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam Tapi entri ini ...
Travelog Percutian Ke Pulau Pangkor 2020 Hari Pertama Di Pangkor

Travelog Percutian Ke Pulau Pangkor 2020 Hari Pertama Di Pangkor

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 861 hits
Beberapa bulan sebelum saya pergi bercuti ke Pulau Pangkor saya menerima emel dari seseorang yang mewakili syarikat percutian Mereka ini mempromosikan pakej percutian di pulau pulau yang popular yang terdapat di Malaysia Oleh sebab saya mem...
Pengalaman Menginap Di Anjungan Beach Resort Semasa Percutian Di Pulau Pangkor

Pengalaman Menginap Di Anjungan Beach Resort Semasa Percutian Di Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 729 hits
Saya dah lama teringin nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor Seingat saya sejak saya masih lagi dibangku sekolah sekitar tahun 90an lagi saya teringin menjejakkan kaki ke pulau ini Tapi sayangnya hasrat tersebut asyik tak kesampaian Sama ada s...
Hari 2 Percutian Ke Jakarta Di Pasar Mayestik

Hari 2 Percutian Ke Jakarta Di Pasar Mayestik

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 238 hits
Walaupun macam dah lama tertangguh saya tuliskan juga sambungan percutian kami ke Jakarta untuk rujukan kami di masa akan datang Terlalu sibuk dengan penjualan buku masakan saya iaitu 101 Resepi Dari Azie Kitchen Siapa dah beli buku ini Waa...
Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 592 hits
Bercuti 3 Hari 2 Malam di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel Assalamualaikum semua Amboi baru je melangkah tahun baru 2020 dah sibuk bercuti ye Alaaa macam ni la nasib orang yang bekerja sendiri wakk Time orang sibuk bercuti time tu la ke...
Suatu Petang Di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor

Suatu Petang Di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 844 hits
Apa lagi yang lebih mengujakan selain meluangkan masa diwaktu petang sambil bersantai di tepi pantai dan melihat pemandangan matahari terbenam Kalau ada peluang sedemikian pastinya saya tak akan lepaskan begitu sahaja Hari kedua percutian d...
Serius Cantik Jom Ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor

Serius Cantik Jom Ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 1016 hits
Pertama kali menjejakkan kaki di Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor Saya terus jatuh cinta Serius Pantai Teluk Nipah ni cantik And I am wondering kenapalah saya tunggu begini lama untuk jejakkan kaki ke Pulau Pangkor Patutnya dua atau tiga ta...
Doa Dikabulkan Pada Malam Hari

Doa Dikabulkan Pada Malam Hari

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 755 hits
Doa dikabulkan pada malam hari bahkan seluruh malamnya Namun ada dari malam tersebut yang lebih dikabulkan doa Posting ditampilkan lebih awal di
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa