Suatu Petang Di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor


Apa lagi yang lebih mengujakan, selain meluangkan masa diwaktu petang sambil bersantai di tepi pantai dan melihat pemandangan matahari terbenam!
 
Kalau ada peluang sedemikian, pastinya saya tak akan lepaskan begitu sahaja. Hari kedua percutian di Pulau Pangkor, saya berkesempatan untuk singgah di salah satu pantai peranginan yang popular di pulau ini.
 
Pantai yang saya maksudkan adalah Pantai Pasir Bogak.

Pantai Pasir Bogak merupakan salah sebuah pantai yang menjadi tumpuan pengunjung sama ada orang luar yang datang bercuti ke pulau ini mahupun penduduk setempat.
 
Pantai ini agak lebar dan panjangnya kira-kira 1.3KM. Pengunjung boleh berjalan kaki, atau berlari-lari anak ditepian pantai bagi mengeluarkan peluh apabila berada disini.

Pantai ini sentiasa meriah dengan kehadiran para pengunjung.

Namun ia sedikit pun tidak mencemarkan suasana tenang dan damai apabila berada disini.

Suasana dipantai ini cukup mendamaikan. Dengan tiupan angin senja yang sepoi-sepoi bahasa, dan deruan ombak kecil yang menghempas pantai.

Semuanya seakan-akan menghasilkan sebuah irama pantai yang cukup mengasyikkan. Memang cukup mudah untuk membawa kita semua melayan perasaan.
 
Hotel yang terdapat berhampiran dengan Pantai Pasir Bogak Kalau nak rasa puas bersantai dan beristirehat di tepi pantai Pasir Bogak, lebih molek kalau kita cari tempat penginapan yang tak jauh dengan pantai ini.
 
Bila saya kata tak jauh, maksud saya dari lokasi penginapan tu, kita boleh jalan kaki untuk ke pantai. Saya dapati ada beberapa hotel yang berhampiran dengan pantai ini, iaitu
(1) Pangkor Coral Bay Resort

Dari Coral Bay Resort ini pengunjung boleh jalan kaki sahaja untuk ke Pantai Pasir Bogak. Boleh semak harga untuk bermalam di sini. Semak dulu harga terkini sebab kadang-kadang ada diskaun untuk menginap pada tarikh yang kita pilih.
 
(2) Pangkor Sandy Beach
Dekat Pulau Langkawi juga ada hotel nama Sandy Beach. Mungkin cawangan yang sama, saya pun kurang pasti. Tapi kedudukan Sandy Beach Resort dengan Pantai Pasir Bogak memang tak jauh. Ya, boleh jalan kaki sahaja. Anda boleh semak harga terkini untuk menempah hotel ini melalui laman web ini.
 
(3) Puteri Bayu Beach Resort

Semak harga terkini untuk penginapan disini. Mungkin ada promosi potongan harga! 
 
Untuk percutian seterusnya, kalau saya nak merasa pengalaman mandi pantai dan bersantai di Pasir Bogak, saya pasti akan pilih salah satu daripada hotel yang saya senaraikan.
 
Aktiviti sekitar Pantai Pasir Bogak Pantai ini hidup dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pengunjung disini.

Pilih sahaja, apa aktiviti yang berkenan dihati. Banana Boat, Bumber Ride ataupun Big Mable boleh dijadikan pilihan.

Saya tumpang seronok melihat sekumpulan pemuda yang sedang menunggu giliran untuk bermain bumper ride.

Ada pengendali sukan air yang mungkin anda minat nak approach kalau anda nak cuba buat aktiviti.
 
Asalkan ada keberanian, (dan ada duit of course) anda boleh mencuba aktiviti-aktiviti tersebut. Basah sikit, apa salahnya.
 
Tak minat? Ok fine. How about just duduk santai dan menikmati pemandangan sahaja.

Satu pemandangan yang pastinya tak terdapat ditempat lain.
 
Pemandangan seperti ini, hanya eksklusif terdapat di Pulau Pangkor, atau lebih tepat lagi… hanya ada di Pantai Pasir Bogak.

Ramai je yang datang ke sini sebab nak piknik, mandi-manda atau memancing. Macam saya dan isteri, kami datang sekadar nak meluangkan waktu petang bersama, dan bersiar-siar menghirup udara pantai yang bersih.
 
Bersih ke Pantai Pasir Bogak ini? Pada saya, pantai ini bersih dan airnya juga boleh tahan jernih. Boleh jadi sebab ada yang menjaga aspek kebersihan pantai ini.

Kalau dapat mandi dekat sini, atau sekadar main air pasti menyeronokkan.

Percutian ke Pulau Pangkor ini saya menginap di Anjungan Beach Resort yang letaknya dekat Teluk Nipah. Saya pun tak bercadang untuk mandi-manda dekat sini. Sekadar basahkan kaki memang rasa tak puas.
 
Tunggulah next time bila datang bercuti sekali lagi kesini, waktu tu mungkin boleh atur satu masa khas untuk mandi kat sini.

Cuma saya nak pesan, berhati-hati ketika mandi disini.
 
Ada kawasan yang banyak batu-batu besar. Sebenarnya bukanlah batu-batu besar tu yang jadi isu, tetapi saya lebih bimbangkan kulit-kulit kerang yang melekat pada batu.
 
Keadaannya lebih kurang sama seperti batu-batu yang saya lihat ketika snorkeling di Pulau Giam waktu siang tadi. Kulit kerang tersebut agak tajam dan boleh mengakibatkan kecederaan kalau tak berhati-hati.

Kawasan dekat atas ini, juga dipanggil Meditation Point.

Lokasi ini memang cukup menarik kalau nak bergambar.

Cuma sayangnya, ada tangan-tangan manusia yang mencemarkan pemandangan yang indah dengan menconteng grafiti yang langsung tak ada unsur seni. Sekadar nak beritahu dia pernah sampai ke sini, tulis blog macam saya buat tak cukup ke?
 
Atau just upload gambar kenang-kenangan dekat media sosial pun dah ok kan. Tak perlu sampai nak buat vandalisme.

Sebelum ini saya ada sebutkan, antara aktiviti yang popular di Pasir Bogak adalah memancing. Kalau anda nak tahu, dekat meditation point ini saya ada jumpa sekumpulan remaja yang sedang memancing.

Nampak macam agak susah kalau nak datang dekat, jadi saya hanya lihat dari jauh sahaja. Bagus juga mereka pilih tempat ini untuk memancing.
 
Setidak-tidaknya, mata kail yang mereka lempar ke laut tidak mengganggu pengunjung lain yang sedang asyik mandi manda atau bermain banana boat.
 
Di meditation point ini juga adalah tempat popular untuk melihat pemandangan matahari terbenam.

Oh saya dah berjalan hampir ke penghujung Pantai Pasir Bogak. Kalau jalan ke depan sikit lagi, kita akan sampai ke Hutan Rizab Pangkor Selatan.
 
Petang tu, langit agak gelap dengan kehadiran awan mendung. Saya kira, pada bila-bila masa hujan akan turun.

Saya masih berkira-kira, patutkah saya stay lama sikit sampai matahari terbenam (dan mungkin terpaksa tunggu hujan berhenti kalau ditakdirkan hujan turun) atau jangan ambil sebarang risiko dan balik terus ke Teluk Nipah?

Hmm berat hati.
 
Tapi saya terpaksa pilih untuk balik ke Teluk Nipah tanpa menunggu matahari terbenam. Jika ada rezeki, boleh lihat pemandangan matahari terbenam dari Teluk Nipah sambil makan malam di tepi pantai.
 
Pengalaman dapat berkunjung ke Pantai Pasir Bogak adalah satu pengalaman yang saya tak akan lupakan. In Shaa Allah, ada rezeki saya akan sampai ke pantai ini sekali lagi.
 
Kalau ada pembaca yang masih belum pernah jejakkan kaki ke tempat ini, bolehlah mula atur jadual dan waktu cuti, untuk datang bercuti ke sini.
 
Sekali-sekala bercuti ke tempat yang kita tak pernah pergi, apa salahnya. Malahan saya juga sebenarnya baru kali pertama sampai ke tempat ini.
 
Tak menyesal dan rasa macam nak datang sekali lagi ke sini.
 
 
The post Suatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/pantai-pasir-bogak-pulau-pangkor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Serius Cantik Jom Ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor

Serius Cantik Jom Ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 1017 hits
Pertama kali menjejakkan kaki di Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor Saya terus jatuh cinta Serius Pantai Teluk Nipah ni cantik And I am wondering kenapalah saya tunggu begini lama untuk jejakkan kaki ke Pulau Pangkor Patutnya dua atau tiga ta...
Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor Beserta Dengan Itinerary

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor Beserta Dengan Itinerary

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 1148 hits
Anda dah pernah bercuti ke Pulau Pangkor ke belum Kalau jawapan anda belum pernah kat sini saya nak kongsikan serba sedikit pengalaman saya dan isteri berbulan madu di Pulau Pangkor awal tahun ini Pulau Pangkor dipilih sebagai destinasi per...
Pengalaman Menginap Di Anjungan Beach Resort Semasa Percutian Di Pulau Pangkor

Pengalaman Menginap Di Anjungan Beach Resort Semasa Percutian Di Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 730 hits
Saya dah lama teringin nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor Seingat saya sejak saya masih lagi dibangku sekolah sekitar tahun 90an lagi saya teringin menjejakkan kaki ke pulau ini Tapi sayangnya hasrat tersebut asyik tak kesampaian Sama ada s...
Travelog Percutian Ke Pulau Pangkor 2020 Hari Pertama Di Pangkor

Travelog Percutian Ke Pulau Pangkor 2020 Hari Pertama Di Pangkor

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 861 hits
Beberapa bulan sebelum saya pergi bercuti ke Pulau Pangkor saya menerima emel dari seseorang yang mewakili syarikat percutian Mereka ini mempromosikan pakej percutian di pulau pulau yang popular yang terdapat di Malaysia Oleh sebab saya mem...
238 Rakyat Indonesia Dikuarantin Di Pulau Natuna Selepas Keluar Dari China

238 Rakyat Indonesia Dikuarantin Di Pulau Natuna Selepas Keluar Dari China

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 399 hits
Rakyat Indonesia termasuk pelajar yang dipindahkan dari China menuruni pesawat yang disewa khas setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim di Pulau Batam hari ini JAKARTA Indonesia hari ini memindahkan 238 rakyatnya dari wilayah ...
Indonesia Kuarantin 238 Rakyat Dari Wuhan Di Pulau Natuna

Indonesia Kuarantin 238 Rakyat Dari Wuhan Di Pulau Natuna

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 365 hits
Indonesia hari ini mengevakuasi 238 warganya dari wilayah Hubei China dan menempatkan mereka di Pulau Natuna bagi menjalani proses kuarantin selama 14 hari Pesawat komersial penerbangan Batik Air yang membawa warga Indonesia dari Wuhan itu ...
Kedah Negeri Kedua Selepas Pulau Pinang Sedia Kemudahan Perpustakaan Digital

Kedah Negeri Kedua Selepas Pulau Pinang Sedia Kemudahan Perpustakaan Digital

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 373 hits
ALOR SETAR 3 Feb Kedah muncul negeri kedua selepas Pulau Pinang dalam penyediaan kemudahan perpustakaan awam digital kepada rakyat Perpustakaan Digital Kedah akan beroperasi Oktober tahun ini bagi memudahkan orang ramai mengakses bahan baca...
Konsulat China Di Pulau Pinang Kecoh Dengan Bungkusan Misteri

Konsulat China Di Pulau Pinang Kecoh Dengan Bungkusan Misteri

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 317 hits
Konsulat China di Pulau Pinang kecoh sebentar apabila tiga buah kotak misteri telah ditinggalkan oleh sekumpulan 7 orang di luar konsulat China di Ayer Rajah di Pulau Tikus yang mencetuskan kekecohan selepas skuad pemusnah bom meletupkan ko...
Pulau Devon Pulau Yang Mirip Planet Mars Di Bumi

Pulau Devon Pulau Yang Mirip Planet Mars Di Bumi

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 644 hits
Banyak gambar gambar permukaan planet mars yang bertebaran di publikasikan oleh NASA Dan diantara gambar gambar pendaratan NASA di daratan Mars beserta gambar gambar tentang kehidupan di planet Mars Semua Adalah Gambar HOAX tidak benar atau...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu