Jangan Jahil Murakkab


Pas tidak melarang sesiapa pun daripada membuat kenyataan sama ada dalam kalangan agamawan ataupun bukan mengenai tindakan parti itu di Perlis

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas juga tidak melarang sama ada kenyataan itu menyokong mereka atau pun tidak

“Kebebasan bersuara tidak dihalang dalam sebuah negara demokrasi asalkan jangan terbabas atau bercakap tanpa pengetahuan yang betul atau jahil murakkab yang tidak sedar dirinya jahil dan berlagak tahu semua perkara.
“Akhirnya, akan memalukan diri sendiri. Prinsip tidak memisahkan Islam daripada politik menjadi akidah perjuangan Pas bahkan dimaktubkan dalam perlembagaannya.
“Semua tindakan dilakukan mengikut disiplin jemaah sepertimana yang ditetapkan dalam undang-undang tubuhnya. Pas tidak bercakap dengan cara yang terpilih dalam melaksanakan kewajipan amar ma‘ruf nahi munkar. Bahkan, semua ahli Pas ditarbiah menghadapi sesiapa sahaja dan tidak takut kepada apa-apa tindakan, daripada pihak berkuasa yang paling tinggi dalam negara hinggalah tindakan rakyat yang menghukum melalui pilihan raya,” katanya dalam Minda Presiden Pas hari ini.
Menurut Abdul Hadi, Pas berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam semua urusan bukan terpilih mengikut kemahuan atau disebabkan takut-takutan

Menjadi ketetapan Allah apabila hendak mencipta manusia dengan menentukan kewajipan mereka dalam tiga perkara iaitu aspek ibadah, khilafah (politik) dan amanah. Tiga perkara itu tidak boleh dipisahkan, katanya

Menurut Abdul Hadi, penubuhan Pas oleh kumpulan Islam selepas kehilangan negara merupakan usaha menunaikan kewajipan menyambung perjuangan Islam dengan dipimpin oleh para ulama’ dan ilmuwan Islam dalam segala lapangan

“Hal ini demikian kerana, Pas menjadikan politik satu kewajipan dan tidak menjadikan politik satu permainan dan kerja sambilan.
“Pas berpolitik dengan ilmu dan matang dalam memahami isu serta tidak boleh diganggu oleh mereka yang tidak bertafaqquh dalam politik dan salakan anjing yang menjadi khadam kepada syaitan yang mengacau dalam perjalanannya.
“Pas tidak menyerah kalah, walaupun ramai dalam kalangan ahli dan pemimpinnya menjadi mangsa kezaliman. Maka, untuk melaksanakan kewajipan politik Islam dalam perkara yang besar, diwajibkan baiah kepada pemimpin dan petugas yang penting seperti wakil rakyat, supaya taat dan wala’ (setia) kepada arahan dan perintah kepimpinan jemaah yang tidak bercanggah dengan dasar Islam yang bersifat rukun dalam perjuangan.
“Maka, Pas tidak mudah diperdaya oleh syaitan-syaitan yang banyak. Kalau ada yang terpedaya atau tergoda, akan diambil tindakan disiplin mengikut hukum Islam,” katanya.
Pas juga telah membuktikan kejayaannya di beberapa negeri yang dikuasainya dengan menegakkan kerajaan yang bersih sehingga diakui oleh kawan dan lawan

“Hal ini dilakukan dengan berpegang teguh kepada prinsip aqidah dan konsep muhasabah yang betul. Pas juga boleh bekerjasama serta berta‘awun dengan semua pihak,” katanya.
Menurut beliau, Pas menolak kalangan yang berani memberi nasihat yang terpilih sahaja dan berlagak berani bukan kerana benar tetapi kerana mengampu yang meletakkan fikirannya di dalam perutnya

“Pas juga menolak kalangan yang berilmu tetapi tidak bertafaqquh dalam urusan yang diperkatakannya lalu membuat tafsiran yang salah tanpa kefahaman dalam lapangan yang disentuhnya,” katanya
MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2026/01/jangan-jahil-murakkab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Salah Pilih Ketahui Maksud Label Pada Produk Makanan Anda

Jangan Salah Pilih Ketahui Maksud Label Pada Produk Makanan Anda

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 127 hits
Jangan Salah Pilih Ketahui Maksud Label Pada Produk Makanan Anda Dalam kehidupan seharian kita pemilihan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya menjadi salah satu rutin penting yang mempengaruhi kesihatan perbelanjaan dan kualiti hidup ...
Keluar Saja Jangan Ugut Ugut Pas Dok Tunggu Nak Join Umno Pas Tu Pas Kencing

Keluar Saja Jangan Ugut Ugut Pas Dok Tunggu Nak Join Umno Pas Tu Pas Kencing

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 129 hits
KENYATAAN RASMI KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN INDERA MAHKOTA Kami Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota menegaskan pendirian yang jelas dan konsisten dimana kami menghormati sepenuhnya keputusan Mahkamah serta kedaulatan undang undang negara Say...
Jangan Itu Macam Lah Yb

Jangan Itu Macam Lah Yb

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 110 hits
Kali ini giliran saya pula untuk rasa tidak puas hati saya kata peguam Najib Razak punya sebab dan alasan sendiri apabila mendakwa penolakan permohonan tahanan rumah oleh mahkamah konon telah mengurangkan kuasa raja raja Ini saya kata keran...
Kerajaan Nak Diam Atau Macamana Hangpa Jangan Nganga Lama Sangat

Kerajaan Nak Diam Atau Macamana Hangpa Jangan Nganga Lama Sangat

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 105 hits
Che Ibrahim Pejabat Peguam Negara wajar mempertimbangkan satu tindakan undang undang ke atas kenyataan kenyataan yang mempertikai mencabar serta memenipulasi keputusan Mahkamah Tinggi kelmarin
Sebab Tu Jangan Mengejek Orang

Sebab Tu Jangan Mengejek Orang

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 135 hits
Che IbrahimANTARA DULU DULU DAN KELMARINDulu dulu bila Najib sindir Wan Azizah kamu gelak Tapi hari ini bila Najib disindir kamu melenting Sebab itu Islam larang kita mengejek atau menyindir orang lain
Ya Inilah Rumahku Tolong Jangan Ambil Ya Bekas Isteri Nubhan

Ya Inilah Rumahku Tolong Jangan Ambil Ya Bekas Isteri Nubhan

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 126 hits
Dr Afifah Hidayah Mohd Yusof bekas isteri penyanyi Nubhan telah menarik perhatian netizen dengan hantaran emosional yang dimuat naik di platform Threads baru baru ini Dalam perkongsian tersebut Dr Afifah lebih dikenali sebagai Dr Fie seolah...
Ceplos Jangan Cepat Gabra

Ceplos Jangan Cepat Gabra

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 107 hits
Leon Wen Erin Nash Kammal Shah Jusi tapi aku pun tau geng ceplos Damai yang terlompat lompat dulu nak tumpang peluang tibai Rafizi Rafizi baru bersin kecil baru achit mencicit dah semua ceplos ceplostit terkuit kuit macam punggung kena gigi...
Aceh Nazak Jangan Halang Bantuan Kemanusiaan Sidang Media Ppim 18 12 2025

Aceh Nazak Jangan Halang Bantuan Kemanusiaan Sidang Media Ppim 18 12 2025

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 147 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan termasuk Harmoni Prihatin Malaysia Muslim Care Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini mendedahkan situasi krisis kemanusiaan yang amat serius di Aceh In...
Jangan Ulangi Politik Kompromi Keberanian Kerajaan Diuji Pada Penguatkuasaan

Jangan Ulangi Politik Kompromi Keberanian Kerajaan Diuji Pada Penguatkuasaan

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 117 hits
HarapandailyDecember 19 2025Kepimpinan Kerajaan MADANI diingatkan supaya tidak mengulangi budaya politik kompromi yang melemahkan kedaulatan undang undang sebaliknya membuktikan keberanian melalui tindakan penguatkuasaan tegas bukan sekadar...
Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Countdown Hotspots In Klang Valley

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga

Balik Kampung Cuti Sekolah

What Could Be The Best New Year Message Ever

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selamat Tahun Baru 2026 Dari Blog Mekyuhhh

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Cara Kurangkan Bayaran Cukai Pendapatan

Jangan Jahil Murakkab

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000