Malaysia Bakal Menjadi Hab Pengeluaran Vaksin Ismail Sabri


Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

Ismail Sabri berucap pada Majlis Pelancaran PPVN dan MGVI hari ini.KAJANG – Malaysia akan mengeluarkan vaksin sendiri dan bakal menjadi hab pengeluar vaksin pada masa hadapan menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) yang dilancarkan hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau yakin perkara tersebut dapat direalisasikan apabila Institut Genom Malaysia (MGI) kini dinaiktaraf kepada Institut Genom & Vaksin Malaysia atau Malaysia Genome & Vaccine Institute (MGVI).
Beliau berkata, naik taraf MGVI ini bersesuaian dengan skop MGI yang memberi tumpuan kepada penyelidikan genom dan biologi molekular dalam usaha penghasilan vaksin.
Jelas Ismail Sabri, penubuhan MGVI juga dapat memberi kesan positif kepada negara daripada sudut ekonomi, sosial dan teknologi sekali gus menyumbang kepada kestabilan ekonomi kerana tiada kebergantungan kepada sumber bekalan dari luar.
“Melalui pelaksanaan PPVN dan penubuhan MGVI, Malaysia mampu mencorak laluan dalam mengeluarkan produk vaksin sendiri yang berkualiti, berkesan dan selamat mengikut syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
“Selain itu, ia juga sekali gus menjadi hab pengeluar vaksin dan meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan vaksin,”katanya di ketika berucap pada Majlis Pelancaran PPVN dan MGVI di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, melalui pelaksanaan PPVN dan penubuhan MGVI itu juga, modal insan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang penyelidikan terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan dan vaksin akan dapat dilahirkan.
“Lebih banyak peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan untuk Keluarga Malaysia
sekaligus membantu meningkatkan jumlah tenaga pekerja mahir dan meningkatkan taraf hidup serta kesihatan rakyat.
“Walaupun pembangunan R&D dan penghasilan vaksin ini merupakan suatu pelaburan yang tinggi, tetapi ia berpotensi
memberikan pulangan jangka panjang buat Keluarga Malaysia melalui penjimatan kos merawat penyakit, selain membawa pelaburan syarikat multinasional ke Malaysia,”ujarnya.
Dalam pada itu Ismail Sabri menjelaskan, PPVN tidak akan tertumpu hanya pada vaksin Covid-19 semata-mata, tetapi ia diperluaskan juga kepada vaksin bagi penyakit-penyakit lain antaranya pembangunan vaksin untuk kanser kepala dan leher (head and neck) oleh Pusat Penyelidikan Kanser.-K! ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/malaysia-bakal-menjadi-hab-pengeluaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Bakal Keluar Vaksin Influenza Halal

Malaysia Bakal Keluar Vaksin Influenza Halal

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 167 hits
Malaysia bakal keluar vaksin influenza halal KUALA LUMPUR Menjelang 2024 Malaysia bakal mengeluarkan vaksin influenza untuk manusia berstatus halal menerusi kilang Malaysian Vaccines and Pharmaseutical Sdn Bhd bukan sahaja bagi pasaran temp...
Ismail Sabri Umum November Dikenali Sebagai Bulan Keluarga Malaysia

Ismail Sabri Umum November Dikenali Sebagai Bulan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada bulan November setiap tahun kini dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penjenamaan itu dilakukan selaras dengan pelaksanaan ...
Belanjawan Ismail Sabri Macam Sampah Bursa Saham Jatuh Menjunam

Belanjawan Ismail Sabri Macam Sampah Bursa Saham Jatuh Menjunam

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 295 hits
November 2 2021 Setakat jam 12 tengahhari untuk dagangan tengahhari Pasaran Saham menjunam jatuh kepada 32 Mata dibawah 1530 mata setelah jumaat lalu ianya bertahan dan jatuh tak sampai 1 Mata Biarpun Belanjawan ini dibentangkan oleh seoran...
Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri

Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 246 hits
agendaily com4 11 2021Sidang media Ketua ketua UMNO Bahagian Melaka yang diketuai oleh Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengumumkan pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu Pencatur utama UMNO bagi Pilihan Raya Negeri Melaka adalah ...
Asean Boleh Manfaat Kepakaran Rusia Dalam Memerangi Jenayah Siber Ismail Sabri

Asean Boleh Manfaat Kepakaran Rusia Dalam Memerangi Jenayah Siber Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 197 hits
Oleh PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ASEAN boleh memanfaatkan kepakaran Rusia dalam teknologi digital bagi memerangi jenayah siber Beliau berkata pelaku jenayah siber mengambil kesempatan terhadap peningkatan kadar pe...
6007 Mahkamah Benarkan Semakan Kehakiman Kes Bekas Sarjan Enggan Vaksin Malaysia Kini 28 10 2021

6007 Mahkamah Benarkan Semakan Kehakiman Kes Bekas Sarjan Enggan Vaksin Malaysia Kini 28 10 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 255 hits
Seorang bekas sarjan hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan cabaran undang undang terhadap pemecatannya kerana menolak vaksinasi Covid 19 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memberi kebenaran kepada Wan Ramli Wan Seman untu...
Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia Pm Ismail Sabri

Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 282 hits
Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia PM Ismail Sabri Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam tidak meminggirkan golongan belia dalam negara kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri...
Kerjasama Bn Pn Mungkin Mustahil Atau Perangkap Buat Ismail Sabri

Kerjasama Bn Pn Mungkin Mustahil Atau Perangkap Buat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 429 hits
Di sebalik Pas telah membuat ketetapan akan menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka yang sekaligus bermaksud parti itu tidak akan menggunakan logonya sendiri dan secara tidak langsung menolak untuk bekerjasama dengan UMNO namun masih ada pi...
Prn Melaka Ismail Sabri Diberi Mandat Runding Dengan Bersatu Pas

Prn Melaka Ismail Sabri Diberi Mandat Runding Dengan Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 408 hits
bharian comOleh Oktober 30 2021 6 52pmBendera parti politik mula memenuhi persekitaran ketika tinjauan di Sungai Udang hari ini menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November nanti NSTP SYAFEEQ AHMADKUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasi...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami