Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri
agendaily.com4/11/2021
Sidang media Ketua-ketua UMNO Bahagian Melaka yang diketuai oleh Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengumumkan pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu.
Pencatur utama UMNO bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah Datuk Seri Najib Razak, hampir semua Ketua UMNO Bahagian (KB) di negeri itu sudah termakan hasutan bekas Presiden yang mahu mereka menolak kerjasama dengan Bersatu.
Arahan diberikan Najib bukan sahaja menolak Bersatu, malah menolak sebarang usaha yang sedang digiatkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memastikan kerjasama dengan Bersatu dan PAS di negeri itu berhasil.
Sumber memberitahu hampir semua KB menuruti arahan Najib dan ia dibuktikan dengan sidang media baru-baru ini yang mengumumkan pendirian akar umbi UMNO menolak Bersatu dan hanya bekerjasama dengan PAS dalam PRN nanti.
Sidang media tersebut yang diketuai, KB Tangga Batu Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad itu dikatakan diadakan selepas mendapat arahan daripada Najib sendiri.
Malah, Mohamad Ali juga mendedahkan pendirian itu juga sudah disampaikan kepada Ismail Sabri, ia secara tidak langsung memberi amaran supaya PM tidak lagi meneruskan usaha untuk menjayakan sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu.
“KB UMNO di Melaka sudah termakan hasutan Najib, arahan sudah diberikan supaya mereka menolak kerjasama dengan Bersatu.
“Malah sebarang usaha yang digiatkan Ismail Sabri juga dihalang, difahamkan PM masih berusaha keras untuk memastikan kerjasama dengan rakan parti di peringkat kerajaan pusat membuahkan hasil,” kata sumber.
Keadaan tersebut menyebabkan Ismail Sabri tersepit kerana sekiranya gagal membentuk kerjasama dengan Bersatu dan PAS di Melaka ia akan menjejaskan kedudukannya di koridor kuasa.
Menurut sumber lagi, Najib juga memiliki kedudukan kewangan yang lebih kuat berbanding Ismail Sabri, ia selepas wang RM114 juta yang sebelum ini disita sudah dikembalikan semula.
Malah, difahamkan Najib membuat pelaburan yang besar dengan KB UMNO di Melaka bagi memastikan mereka menolak kerjasama dengan Bersatu.
“Belum mula kempen, Najib sudah melabur… Jika tidak masakan KB UMNO di Melaka ini mahu ikut cakap Najib, apa ingat mereka bodoh ikut membuta tuli tak bersebab?” dedah sumber lagi.
Lebih mengejutkan, kecenderungan Ismail Sabri yang memihak kepada Perikatan Nasional (PN) juga dijadikan modal Najib bagi menghasut pemimpin akar umbi di Melaka.
PRN di Melaka nampaknya bukan sahaja akan menyaksikan pertembungan antara UMNO dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) tetapi juga merupakan pertembungan antara dua kem dalam UMNO.
Bagaimanapun, UMNO Melaka akan berdepan kerugian yang besar sekiranya berterusan keras kepala dan masih mempercayai hasutan yang dimomokkan oleh Najib kononnya Bersatu adalah musuh UMNO walhal musuh sebenar mereka adalah PH.
Jika Bersatu adalah musuh UMNO, bagaimana pula Ismail Sabri dapat menjadi PM tanpa sokongan Bersatu dan PAS. Dimana logiknya Bersatu adalah musuh UMNO apabila kerajaan pusat yang dibentuk sekarang juga terdiri daripada sokongan Ahli Parlimen Bersatu.
Namun, pemimpin akar umbi di Melaka lebih mempercayai Najib kononnya UMNO akan mampu menang PRN tanpa kerjasama dengan rakan parti lain sekiranya masuk bertanding solo.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO hanya memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka daripada 28 kerusi, Bersatu yang ketika itu bersama Pakatan Harapan (PH) menang dua kerusi DUN, manakala PAS gagal merebut sebarang kerusi DUN.
PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/ketua-umno-bahagian-melaka-dihasut.html