Prn Melaka Ismail Sabri Diberi Mandat Runding Dengan Bersatu Pas


bharian.com
Oleh Ahmad Suhael Adnan 
[email protected]
 Oktober 30, 2021 @ 6:52pm

Bendera parti politik mula memenuhi persekitaran ketika tinjauan di Sungai Udang hari ini, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November nanti. - NSTP/SYAFEEQ AHMAD
KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti dalam kerajaan, termasuk dengan BERSATU ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan beliau sedang menjalankan rundingan dengan PAS dan BERSATU bagi memastikan pertembungan sesama sendiri pada pilihan raya dapat dielakkan serta bagi menentukan bentuk kerjasama pada PRN Melaka selaras mandat yang diberi Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

"Keputusan UMNO adalah kita berhasrat mengelakkan pertembungan dengan mana-mana parti dalam kerajaan, terutama tiga parti di Semenanjung. MKT UMNO memberi mandat kepada saya untuk berunding dan berbincang dengan parti dalam kerajaan bagi mengelak pertembungan," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Sukan Negara 2021 di sini, hari ini.

Perdana Menteri demikian ketika ditanya mengenai bentuk kerjasama di antara UMNO dan PAS dalam PRN Melaka, memandangkan PAS akan turut bekerjasama dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN).

Pada 28 Oktober lalu, Mesyuarat Khas MKT UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS pada PRN Melaka, selaras ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020, iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Ismail Sabri menegaskan, hanya parti pembangkang yang akan meraih keuntungan sekiranya berlaku pertembungan antara tiga parti kerajaan itu dalam PRN Melaka.

"Kalau berlaku pertembungan tiga penjuru, pihak lain yang dapat keuntungan dan faedah. Mereka memang tengah tunggu untuk lihat parti kerajaan bertembung. Seperti kata orang dulu-dulu, 'antan sama antan berlaga, beras tertumpah keluar' dan ayam di tepi lesung yang kenyang. Ini kita kena elakkan, (sebab itu) kita sedang mengadakan rundingan," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 November ini, manakala tarikh mengundi pula pada 20 November.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-ismail-sabri-diberi-mandat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Pas Bersatu Tak Setuju Hanya Diberi 4 Kerusi Kata Nazri

Prn Melaka Pas Bersatu Tak Setuju Hanya Diberi 4 Kerusi Kata Nazri

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 225 hits
October 23 2021 11 24 PMNazri Aziz berkata PAS dan Bersatu perlu menerima hakikat sebarang kerjasama untuk PRN Melaka harus memastikan Umno menjadi ketua kerajaan negeri itu semula PETALING JAYA Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Azi...
Prn Melaka Siapa Jadi Si Luncai Pas Pilih Bersatu

Prn Melaka Siapa Jadi Si Luncai Pas Pilih Bersatu

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 162 hits
Pimpinan Pas semakin tersepit dan berserabut antara berkerjasama dengan UMNO dalam Muafakat nasional atau Bersama bersatu dalam Perikatan nasional Apa sebenarnya yang PAS nak buat di PRN Melaka Di mana mereka hendak bertanding Siapa yang me...
Prn Melaka Gabungan Pas Bersatu Bakal Kalah Teruk Lapor Portal

Prn Melaka Gabungan Pas Bersatu Bakal Kalah Teruk Lapor Portal

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 196 hits
perakinsights com PRN Melaka yang bakal diadakan dijangka menjadi penentu landskap politik di peringkat nasional menuju PRU15 Ia terutama berkaitan kekuatan gabungan Perikatan Nasional antara Bersatu dengan PAS yang sama ada berisiko kalah ...
Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka

Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 297 hits
puteradaily comKeputusan Pas untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional di Pilihan Raya Negeri Melaka membuktikan Pas tidak percaya sepenuhnya kepada Umno sebaliknya memilih kekal dengan Bersatu Penganalisis politik dari UTM Dr Mazlan Ali...
Tiada Mandat Yang Diberi Mt Ismail Sabri Yang Menawarkan Diri

Tiada Mandat Yang Diberi Mt Ismail Sabri Yang Menawarkan Diri

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 158 hits
Pada 30 Oktober lalu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberitahu media MT UMNO telah memberi mandat kepadanya untuk melakukan rundingan dengan parti parti dalam kerajaan bagi mengelakkan berlakunya pertandingan tiga penjuru dalam PRN Me...
Prn Melaka Bersatu Pas Sepatutnya Syukur Keputusan Umno Setuju Berikan Empat Kerusi

Prn Melaka Bersatu Pas Sepatutnya Syukur Keputusan Umno Setuju Berikan Empat Kerusi

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 226 hits
SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS sepatutnya bersyukur dengan keputusan UMNO bersetuju mengagihkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi dua parti Melayu berkenaan pada pilihan raya negeri Melaka kelak Ahli Parl...
Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri

Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 245 hits
agendaily com4 11 2021Sidang media Ketua ketua UMNO Bahagian Melaka yang diketuai oleh Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengumumkan pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu Pencatur utama UMNO bagi Pilihan Raya Negeri Melaka adalah ...
Logo Pas Di Prn Melaka Pas Cuba Pancing Jerung Dengan Kail Panjang Sejengkal

Logo Pas Di Prn Melaka Pas Cuba Pancing Jerung Dengan Kail Panjang Sejengkal

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 373 hits
MALAYSIA DATELINECadangan Timbalan Presiden Pas Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man agar Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menggunakan logo Pas dalam pilihan raya negeri Melaka disifatkan sebagai percubaan untuk memancing jerung tetapi de...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun