Kerjasama Bn Pn Mungkin Mustahil Atau Perangkap Buat Ismail Sabri




Di sebalik Pas telah membuat ketetapan akan menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka yang sekaligus bermaksud parti itu tidak akan menggunakan logonya sendiri dan secara tidak langsung menolak untuk bekerjasama dengan UMNO, namun masih ada pihak yang mengharapkan akan wujud kerjasama antara BN dengan PN.UMNO sebelum ini berhasrat ingin meneruskan kerjasama dengan Pas serta berharap parti itu akan menggunakan logonya sendiri dalam PRN Melaka.Tetapi, dengan Pas akan menggunakan lambang PN, sudah tentulah ia bermaksud parti itu hanya akan bekerjasama dengan Bersatu.Dalam hal ini, sementara UMNO kekal menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu, Pas pula makin merapatkan keintimannya dengan Bersatu.Soalnya, dalam kemelut ini, khususnya setelah Pas muktamad akan menggunakan lambang PN, bolehkah BN bekerjasama dengan PN?Yang pertama, harus difahami bahawa BN ialah gabungan yang dianggotai parti-parti politik yang diterajui oleh UMNO.Pengerusi BN ialah juga Presiden UMNO iaitu Ahmad Zahid Hamidi.Sama seperti BN, PN juga adalah gabungan parti-parti politik yang diterajui oleh Bersatu.Pengerusi PN ialah Presiden Bersatu iaitu Mahiaddin Md Yasin.Bermakna, untuk memastikan kerjasama terbentuk antara BN dan PN, pertama sekali, kedua-dua peneraju gabungan itu mestilah ada keinginan untuk bersama dan sedia untuk bertolak ansur.Adakah Zahid Hamidi dan Mahiaddin masing-masing mempunyai keinginan untuk bekerjasama?Kalau Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Mahiaddin Presiden Bersatu setiap masa lebih cenderung untuk membawa kedua-dua parti itu berbalah dan berpisah, bolehkah mereka sebagai Pengerusi BN dan Pengerusi PN untuk saling berdamai dan bekerjasama?Tidakkah hasrat menginginkan kerjasama antara BN dan PN itu bermakna seperti mengharapkan permusuhan antara UMNO dengan Bersatu boleh didamaikan?Memang betul ada yang ingin melihat BN dan PN saling bekerjasama, tetapi mereka itu antaranya hanyalah daripada Pas dan kelompok kluster kabinet dalam UMNO seperti Shahidan Kasim misalnya.Sebaliknya, pemimpin utama dan tegar UMNO kekal dengan hasrat menolak dan mahu melihat Bersatu “mati” begitu saja.Bolehkah suara mereka yang mahu melihat BN dan PN bekerjasama itu mempengaruhi Presiden UMNO dan Presiden Bersatu?Lebih daripada itu, di ketika kedudukan Pengerusi BN dan Pengerusi PN amat penting dan diperlukan untuk membuat keputusan berhubung kemungkinan kerjasama antara kedua-dua gabungan itu, Pengerusi PN yang juga Presiden UMNO kini sedang berada di Jerman kerana menjalani pembedahan tulang belakangnya.Jadi, bagaimana rundingan hendak dijalankan?Meskipun dalam kes ini ada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang diberi mandat oleh MT untuk mengetuai rundingan dengan parti-parti dalam kerajaan bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam PRN Melaka, hakikatnya kedudukan beliau dalam parti amat terhad.Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang bukan Pengerusi BN dan bukan juga Presiden UMNO.Dengan itu, walau sebagai Perdana Menteri, kuasa beliau dalam BN dan UMNO tidak dapat mengatasi kedudukan serta kuasa Zahid Hamidi.Bolehkah Ismail Sabri berjaya dalam misi rundingannya atau beliau sebenarnya sedang “diperangkap” oleh Zahid Hamidi dengan diberikan tugas yang tidak mungkin berjaya dilakukannya dengan sempurna?Seterusnya, adakah dengan kegagalan misi rundingan itu, lebih-lebih lagi jika BN kecundang dalam PRN Melaka nanti, semuanya akan memungkinkan Ismail Sabri bukan lagi calon Perdana Menteri pilihan UMNO dan BN dalam PRU15 akan datang? – ShahbudinHusin 04/11/2021.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/kerjasama-bnpn-mungkin-mustahil-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Bakal Menjadi Hab Pengeluaran Vaksin Ismail Sabri

Malaysia Bakal Menjadi Hab Pengeluaran Vaksin Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 303 hits
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI Ismail Sabri berucap pada Majlis Pelancaran PPVN dan MGVI hari ini KAJANG Malaysia akan mengeluarkan vaksin sendiri dan bakal menjadi hab pengeluar vaksin pada masa hadapan menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan ...
Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri

Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 398 hits
agendaily com4 11 2021Sidang media Ketua ketua UMNO Bahagian Melaka yang diketuai oleh Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengumumkan pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu Pencatur utama UMNO bagi Pilihan Raya Negeri Melaka adalah ...
Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia Pm Ismail Sabri

Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 428 hits
Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia PM Ismail Sabri Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam tidak meminggirkan golongan belia dalam negara kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri...
Prn Melaka Ismail Sabri Diberi Mandat Runding Dengan Bersatu Pas

Prn Melaka Ismail Sabri Diberi Mandat Runding Dengan Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 590 hits
bharian comOleh Oktober 30 2021 6 52pmBendera parti politik mula memenuhi persekitaran ketika tinjauan di Sungai Udang hari ini menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November nanti NSTP SYAFEEQ AHMADKUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasi...
Asean Boleh Manfaat Kepakaran Rusia Dalam Memerangi Jenayah Siber Ismail Sabri

Asean Boleh Manfaat Kepakaran Rusia Dalam Memerangi Jenayah Siber Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 290 hits
Oleh PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ASEAN boleh memanfaatkan kepakaran Rusia dalam teknologi digital bagi memerangi jenayah siber Beliau berkata pelaku jenayah siber mengambil kesempatan terhadap peningkatan kadar pe...
Penakut Mat Sabu H3ntaam Ismail Sabri Gagal Kelola Negara

Penakut Mat Sabu H3ntaam Ismail Sabri Gagal Kelola Negara

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 262 hits
Kenapa Ismail Sabri jadi takut sangat dan hilang kelolaaan kepada negara ini Teguran padu dari Mohamad Sabu kepada Perdana Menteri
Tiada Mandat Yang Diberi Mt Ismail Sabri Yang Menawarkan Diri

Tiada Mandat Yang Diberi Mt Ismail Sabri Yang Menawarkan Diri

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 282 hits
Pada 30 Oktober lalu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberitahu media MT UMNO telah memberi mandat kepadanya untuk melakukan rundingan dengan parti parti dalam kerajaan bagi mengelakkan berlakunya pertandingan tiga penjuru dalam PRN Me...
Ismail Sabri Terus Kukuh Sebagai Bapa Perlantikan Tapi Jawatan Duta Tak Sesuai Untuk Tajuddin

Ismail Sabri Terus Kukuh Sebagai Bapa Perlantikan Tapi Jawatan Duta Tak Sesuai Untuk Tajuddin

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 255 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kini sedang berada di Indonesia untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke negara tersebut Turut bersama dalam rombongan lawatannya itu ialah Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman Keberadaan bekas ...
Ismail Sabri Diberi Sambutan Rasmi Oleh Presiden Jokowi

Ismail Sabri Diberi Sambutan Rasmi Oleh Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 270 hits
Oleh Ismail Sabri Yaakob diberi sambutan rasmi oleh Presiden Jokowi di Istana Bogor hari ini Gambar PMO DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Indonesia bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikena...
Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jogja Travel Diary Dari Pendopo Lawas Ke Jalan Jalan Di Malioboro

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma