Ismail Sabri Umum November Dikenali Sebagai Bulan Keluarga Malaysia



KUALA LUMPUR: Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada bulan November setiap tahun kini dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjenamaan itu dilakukan selaras dengan pelaksanaan Dasar Keluarga Negara yang bermatlamat membangunkan keluarga yang sejahtera, sihat dan teguh serta berdaya tahan untuk memastikan kestabilan sosial demi kesejahteraan negara.
Bagaimanapun, katanya, ia berbeza dengan konsep Keluarga Malaysia yang menumpukan kepada usaha menyatupadukan rakyat dalam sebuah keluarga besar bagi menghadapi cabaran krisis berkembar iaitu ekonomi dan Covid-19.
“Ia juga bersifat actionable kerana setiap kementerian akan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu program dan inisiatif yang bermatlamat membantu mengurangkan kesan ekonomi yang ditanggung rakyat.
“Seiring dengan semangat dan aspirasi Keluarga Malaysia, saya mengisytiharkan mulai tahun ini, Bulan Keluarga Kebangsaan akan dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia,” katanya ketika melancarkan bulan Keluarga Malaysia di Taman Botani Perdana, hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Pada masa sama, katanya, sambutan pada bulan November akan menjadi platform untuk menyemarakkan keutuhan serta keterangkuman dalam Keluarga Malaysia, sekali gus menjamin kemakmuran dan perpaduan sebuah keluarga yang besar.
“Selain penyertaan kementerian-kementerian dan kerajaan negeri sebagai penggerak utama program, kerajaan amat berharap sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti turut mengambil bahagian agar program kesejahteraan keluarga dilaksanakan sebaik dan sebanyak mungkin mengikut kapasiti masing-masing.
“Penganjuran program juga boleh dilakukan pada peringkat nasional secara gandingan kerjasama dengan agensi kerajaan sebagai satu acara nasional negara bagi mempertingkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.
Tambahnya, bulan Keluarga Malaysia juga didukung oleh Bajet 2022, apabila kerajaan memperuntukkan hampir RM2.7 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif mendokong kesejahteraan rakyat khususnya orang kurang upaya (OKU), wanita, warga emas, kanak-kanak dan keluarga.
“Antara inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah kementerian ini pada tahun hadapan ialah program di bawah Yayasan Keluarga Malaysia. Sebanyak RM25 juta diperuntukkan untuk membantu anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.
“Beberapa program telah dirangka untuk memastikan nasib anak-anak ini terus dibela. Selain daripada bantuan kewangan, anak-anak ini juga akan dibantu daripada segi emosi mereka dalam mendepani cabaran yang dihadapi ketika membesar tanpa ibu dan ayah.
“Pendekatan setiap anak memerlukan keluarga perlu dipupuk dalam setiap rakyat di negara ini.
“Yayasan ini juga akan diperluaskan bagi membantu anak-anak Keluarga Malaysia lain yang turut memerlukan sokongan seumpamanya,” katanya.
Justeru, Ismail Sabri memberi jaminan untuk terus komited dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat.
“Konsep Keluarga Malaysia yang dibawa kerajaan hari ini akan terus dijadikan sebagai falsafah pentadbiran negara. Teruskan usaha bagi memastikan institusi keluarga di Malaysia terus terpelihara dan sejahtera,” katanya. -UTUSAN ONLINE
Ismail Sabri umum November dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia
Baca Artikel Menarik:
Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah Letak duit dalam coli pun tak selamat Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal Gelagat politik PAS tidak patuh syariah? Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketepi perbezaan, fokus jayakan bajet Keluarga Malaysia

The post Ismail Sabri umum November dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/07/ismail-sabri-umum-november-dikenali-sebagai-bulan-keluarga-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Terus Kukuh Sebagai Bapa Perlantikan Tapi Jawatan Duta Tak Sesuai Untuk Tajuddin

Ismail Sabri Terus Kukuh Sebagai Bapa Perlantikan Tapi Jawatan Duta Tak Sesuai Untuk Tajuddin

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 188 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kini sedang berada di Indonesia untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke negara tersebut Turut bersama dalam rombongan lawatannya itu ialah Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman Keberadaan bekas ...
Malaysia Bakal Menjadi Hab Pengeluaran Vaksin Ismail Sabri

Malaysia Bakal Menjadi Hab Pengeluaran Vaksin Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI Ismail Sabri berucap pada Majlis Pelancaran PPVN dan MGVI hari ini KAJANG Malaysia akan mengeluarkan vaksin sendiri dan bakal menjadi hab pengeluar vaksin pada masa hadapan menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan ...
Ker4jaan Umum B4ntuan 2500 Rm Utk Keluarga Malaysia Baca Syarat2 Nya

Ker4jaan Umum B4ntuan 2500 Rm Utk Keluarga Malaysia Baca Syarat2 Nya

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 297 hits
BKM RM2 000 untuk isi rumah 3 anak atau lebih pendapatan kurang RM2 500 sebulan
Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia Bantu Mahasiswa Memerlukan Ismail

Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia Bantu Mahasiswa Memerlukan Ismail

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 298 hits
Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan Ismail Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia sebagai sebuah badan berperanan membantu golongan mahasiswa yang ...
Nu Est Umum Konsert The Black Secara Luar Talian Selama 3 Hari November Ini

Nu Est Umum Konsert The Black Secara Luar Talian Selama 3 Hari November Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 177 hits
NU EST akan kembali ke pentas untuk konsert secara bersemuka dengan peminat selama 3 hari The Black Konsert itu akan berlangsung selama tiga hari pada hari Jumaat 26 November jam 6 petang pada hari Sabtu 27 November jam 5 petang dan pada ha...
Keluarga Malaysia Just Another Slogan For Another Pm

Keluarga Malaysia Just Another Slogan For Another Pm

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 291 hits
On Oct 23 Prime Minister Ismail Sabri Yaakob launched his government s Keluarga Malaysia in Kuching Sarawak This theme was first introduced in his as prime minister in August 2021 after he was appointed to head the executive arm of the gove...
Fokus Minggu Depan Keluarga Malaysia Merentasi Fahaman Politik Hargai Kebersamaan

Fokus Minggu Depan Keluarga Malaysia Merentasi Fahaman Politik Hargai Kebersamaan

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 375 hits
FokusMingguDepan Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroa...
Weki Meki Umum Comeback November Ini Dengan Album Mini I Am Me

Weki Meki Umum Comeback November Ini Dengan Album Mini I Am Me

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 242 hits
WEKI MEKI akan kembali tidak lama lagi Pada 8 November jam 2 petang poster dikeluarkan mengumumkan tajuk album baharu kumpulan itu dan tarikh kemunculan semula Album mini ke 5 WEKI MEKI I AM ME akan dikeluarkan pada 18 November ini jam 5 pe...
Kerajaan Umum Mekanisme Dan Sop Ibadah Umrah November

Kerajaan Umum Mekanisme Dan Sop Ibadah Umrah November

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 159 hits
Kerajaan akan mengumumkan mekanisme dan prosedur operasi standard bagi mengerjakan umrah pada November depan kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary Kita akan menyusun mekanisme yang sesuai dan selamat unt...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip